Munduk Running Club Brunei
OFFICAL PAGE OF PERSATUAN PELARI MUNDUK BRUNEI DARUSSALAM
Munduk Running Club Brunei
#Trail Running
#Running #Mountainclimber
01/06/2026
Tahniah diucapkan kepada Coach Faiz dan Boss Talip atas pencapaian luar biasa dalam Event BSRC Backyard baru-baru ini!
Coach Faiz berjaya menamatkan cabaran sejauh 167.5 km manakala Boss Talip berjaya mengharungi sejauh 100.5 km. Satu pencapaian yang membanggakan hasil daripada semangat, disiplin dan ketabahan yang luar biasa.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan mental serta dipermudahkan segala urusan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelari untuk terus mencabar kemampuan diri dan tidak mudah berputus asa.
Sekalung tahniah dan doa daripada Team Munduk Brunei. 🇧🇳👏
01/06/2026
16 Munduk Brunei akan beraksi dalam 3 running event di hari yang sama.
Julie, Talip dan Asri akan beraksi di Pearl Of Borneo Marathon 2026 yang berada di Labuan.
Azra, Faiz dan Zaza akan beraksi di Kie Shoe Run Half Marathon 2026 yang berada di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Duan, Meme, Ruby, Azmi, Meome, Ameerah, Muaz, Che Jul, Joy dan Mateen p**a akan beraksi di Babulang Run & Fun Walk 7.0.
mari kita menyaksikan larian mereka pada hujung minggu ini.💪🏻🔥
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-65 Tahun (1961–2026).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atas jasa, pengorbanan, dedikasi dan komitmen dalam mempertahankan kedaulatan, keamanan serta kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.
Semoga ABDB terus cemerlang, berwibawa dan sentiasa diberkati dalam melaksanakan amanah demi agama, raja dan negara.
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Kami memohon ke hadrat-Mu agar Engkau melimpahkan rahmat, keberkatan dan perlindungan-Mu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, serta seluruh rakyat dan penduduk negara ini.
Ya Allah, peliharalah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, kurniakanlah kekuatan, kesihatan, keselamatan dan ketabahan kepada seluruh anggotanya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan ikhlas.
Jadikanlah negara kami sentiasa aman, makmur, sejahtera dan terpelihara daripada segala bentuk ancaman dan musibah.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Memperkenankan doa.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Daripada Team Munduk Brunei. 🇧🇳✨
28/05/2026
Tahniah Faiz Anwar aka Munduk Coach & Talip aka Munduk Leader 🔥
Berjuang tanpa tidur, tanpa mengalah demi mencipta sejarah di Brunei Backyard Ultra 2026 💪
Respect juga buat semua support crew Munduk Running Club Brunei yang sentiasa kuat memberi semangat hingga ke akhir.
Othman Kamaluddin Terima kasih kerana mengabadikan kenangan indah bersama Team Munduk Brunei
28/05/2026
Captured moments, endless memories ✨
Gambar-gambar semasa event Backyard yang berjaya dirakam oleh photographer professional Othman Kamaluddin 📸 Dan juga Support Crews.
Terima kasih kerana mengabadikan kenangan indah bersama Team Munduk Brunei.
Bukan sekadar gambar, tapi penuh cerita, gelak tawa dan semangat kebersamaan ❤️
27/05/2026
Mark your calendar!
26/05/2026
Congratulations 🎉🎉🎉
BRUNEI BACKYARD ULTRA 2026 RECORD BREAKERS
🇧🇳 The 24-loops barrier has officially been broken by:
An incredible milestone for Brunei ultra running history. 🔥
🏆 Longest Distance Record
26 loops • 174KM • 25 Hours 51 Minutes by
A historic performance of endurance, grit, and relentless forward motion through day and night. One yard at a time, the limits were rewritten.
The backyard never gives anything for free. These athletes earned every single loop. 🇧🇳
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Muara