Gelanggang Tok Lekir Alor Setar

Gelanggang Tok Lekir Alor Setar

Share

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia

26/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kekuatan iman serta mengajar kita erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah ๏ทบ :

โ€œ๐™Ž๐™š๐™จ๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ช๐™๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™ข๐™š๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฉ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ง๐™ช๐™ฅ๐™– ๐™ฅ๐™–๐™ง๐™–๐™จ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™ ๐™–๐™ข๐™ช, ๐™ฉ๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™ข๐™š๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฉ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™–๐™ข๐™ช.โ€ ๐™ƒ๐™–๐™™๐™ž๐™จ ๐™๐™ž๐™ฌ๐™–๐™ฎ๐™–๐™ฉ ๐™ˆ๐™ช๐™จ๐™ก๐™ž๐™ข

Hari Raya Korban bukan sekadar tentang sembelihan, tetapi tentang hati yang sanggup berkorban demi agama, keluarga, ilmu dan perjuangan hidup.

Kerana ilmu persilatan tanpa pengorbanan dan adab hanyalah gerak kosong yang tiada roh.

Semoga Aidiladha ini juga menjadikan kita insan yang lebih kuat jiwa, lebih ikhlas dalam perjuangan dan lebih menghargai setiap pengorbanan insan yang mendidik kita.

โ€œ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง๐™—๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ก๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ ๐™ช๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ, ๐™ ๐™š๐™ž๐™ ๐™๐™ก๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ก๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™—๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ.โ€

26/05/2026
26/05/2026

Assalammualaikum wbt.

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐๐”๐’๐€๐Š๐€ ๐†๐€๐˜๐Ž๐๐† & ๐๐„๐๐ƒ๐„๐Š๐€๐‘ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Assalamualaikum semua Ahli2 & Anak2 Gayong, Bahagian-bahagian Negeri / Cawangan-cawangan & Gelanggang-gelanggang, sukacitanya seluruh Majlis Jawatankuasa Agung Pusaka Gayong dengan rendah hati menjemput semua untuk ke Majlis Korban Perdana & Kenduri Kesyukuran Doa Selamat bagi Ibadah utk anak2 Gayong.

Majlis ini diadakan secara pakatan gotong-royong seperti berikut :

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” / ๐Ÿ๐Ÿ ๐™๐ฎ๐ฅ๐ก๐ข๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ (๐‘๐š๐ฒ๐š ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š)

(Jawatankuasa Gotong Royong Hadir 28 Mei Petang)

๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข: ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐’๐’๐๐†๐Œ ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง,๐Š๐ž๐๐š๐ก.

๐Œ๐š๐ฌ๐š : ๐Ÿ•.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข ๐ฆ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ค๐จ๐ซ๐›๐š๐ง
๐Ÿ.๐Ÿ‘๐ŸŽ - ๐Ÿ”.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ค๐ž๐ง๐๐ฎ๐ซ๐ข ๐ค๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐จ๐š ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ

๐— ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—ฝ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜‚, ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐˜๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ด๐—ผ๐˜๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฟ๐—ผ๐˜†๐—ผ๐—ป๐—ด.

Semoga dengan Doa dan kehadiran semua, majlis ini beroleh barokah Dan Rahmat Kasih Allah SWT.

22/05/2026

๐’๐ž๐ง๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ญ๐ฎ ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ณ๐ข๐ซ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐’๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง?

Ramai pelatih lebih teruja mempelajari silibus dan teknik tempur berbanding latihan asas di awal gelanggang. Senaman sering dianggap sekadar pemanas badan sebelum masuk ke โ€œlatihan sebenarโ€.

Hakikatnya, di situlah badan mula dibentuk. Kekuatan kaki, kestabilan posisi, imbangan serta kawalan tangan dan tendangan semuanya lahir daripada latihan asas yang diulang secara konsisten. Tanpa asas ini, teknik mungkin nampak ada, tetapi mudah hilang apabila menerima tekanan atau keletihan.

Ramai boleh menghafal gerakan, namun tidak semua mampu membawa teknik itu dengan stabil. Ini kerana badan belum cukup dibiasakan dengan disiplin fizikal, daya tahan dan kawalan pergerakan.

Sebab itu latihan asas bukan penghalang kepada silibus. Ia ialah akar yang menyokong setiap ilmu yang dipelajari selepasnya. Bila asas kuat, teknik jadi lebih kemas, stabil dan mudah digunakan dalam keadaan sebenar.

Akhirnya, latihan bukan sekadar belajar gerak. Ia tentang membina badan dan diri supaya ilmu yang dipelajari benar-benar hidup, bukan hanya cantik dipandang.

19/05/2026

Sambungan daripada soalan dari messenger yang kedua :

โ€œ๐˜ผ๐™ฅ๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™ž๐™ก๐™–๐™ฉ ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™—๐™š๐™ง๐™ž ๐™ข๐™–๐™ฃ๐™›๐™–๐™–๐™ฉ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™–๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ข๐™ช๐™™๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ก๐™–๐™ฅ๐™ž๐™จ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™š๐™ง๐™ฅ๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ?โ€

Anak muda yang berpelajaran sangat memerlukan silat. Kerana ilmu akademik menjadikan seseorang pandai berfikir, tetapi silat mengajar seseorang menjadi matang menghadapi kehidupan.

Silat melatih fokus,kesabaran,keyakinan diri,kepimpinan,ketahanan ketika ditekan dan kemampuan membuat keputusan ketika keadaan genting.

๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ด๐˜‚๐—ด๐˜‚๐—ฟ ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐˜‚๐—ท๐—ถ ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—น ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ.

Silat juga membina โ€œjiwa tahan pukulโ€. Bukan sekadar pukulan fizikal, tetapi tahan dihina,tahan gagal tahan diuji,tahan jatuh dan bangkit kembali.

Tokoh-tokoh silat lama selalu berpesan โ€œilmu tanpa adab menjadi racun,kuat tanpa akal menjadi musibah.โ€

Sebab itu seorang pelajar universiti, doktor, jurutera, tentera, polis atau pemimpin semuanya boleh mendapat manfaat daripada silat. Kerana silat menjadikan orang pandai menjadi beradab,orang kuat menjadi terkawal dan orang muda menjadi lebih matang. Nilai inilah yang semakin hilang pada zaman sekarang.

Terima kasih bertanya. Cikgu hanya menjawab semampunya. Pertanyaan itu bukan pertanyaan biasa. Itu tanda akal kamu hidup, tanda kamu mahu memahami ilmu sebelum memikulnya. Silat bukan sekadar gerak tangan dan kaki. Silat ialah warisan akal, adab dan maruah.

19/05/2026

Assalammualaikum wbt. Menjawab pertanyaan dari soalan yang cikgu terima dari messenger.

โ€œ๐˜ผ๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐™จ๐™ž๐™ก๐™–๐™ฉ ๐™ข๐™–๐™จ๐™ž๐™ ๐™ง๐™š๐™ก๐™š๐™ซ๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™จ๐™ž ๐™ ๐™–๐™ข๐™ž?โ€

Ya,silat tetap relevan, malah mungkin lebih penting pada zaman sekarang berbanding dahulu.

Pada zaman lama, musuh datang membawa keris dan pedang. Hari ini musuh datang dalam bentuk yang lebih halus,dalam bentuk keruntuhan akhlak, hilang disiplin, tekanan jiwa, budaya malas, ketagihan media sosial, hilang hormat kepada ibu bapa dan lemahnya semangat mempertahankan diri serta bangsa.

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri. Silat membentuk disiplin,keberanian,kawalan emosi,hormat menghormati,ketahanan mental,kepimpinan dan jati diri amnya bangsa Melayu.

Generasi sekarang hidup dalam dunia teknologi yang sangat maju dan laju. Namun manusia yang tidak mampu mengawal diri sendiri akan mudah hanyut walaupun berilmu tinggi.

โ€œ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ, ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต.โ€

Silat mengajar seseorang bila masanya perlu bertindak,bila perlu mengalah dan bila perlu mempertahankan maruah. Itulah sebab silat masih relevan. Kerana manusia moden masih perlukan adab,keberanian,disiplin dan pegangan diri.

Jawapan kepada soalan kedua, โ€œ๐˜ผ๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ ๐™ ๐™š๐™ก๐™š๐™—๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™ž๐™ก๐™–๐™ฉ ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™–๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ข๐™ช๐™™๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™š๐™ง๐™ฅ๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ?โ€ Akan cikgu jawab sebaiknya di posting berikut nanti.

Photos from Gelanggang Tok Lekir Alor Setar's post 17/05/2026

๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ญ๐š๐ค๐ฎ๐ญ ๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ฌ, ๐ญ๐š๐ค๐ฎ๐ญ๐ฅ๐š๐ก ๐ฃ๐ข๐ค๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ซ๐ข ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐ฆ๐š๐ญ๐ข.

Allhamdulillah latihan di GTL Maktab Mahmud hari ini dipermudahkan,latihan dan ulangkaji pada minggu ini menumpukan kekemasan asas dan tapak.

Diselangi dengan nasihat tentang adab bergelanggang,adab bersama pesilat,adab kepada Guru dan adab kepada ilmu. Tanpa adab dan nasihat,pesilat akan hanyut dengan kesombongan dan bangga diri.

Silat bukan sekadar seni tempur, tetapi jalan membentuk hati agar tetap kuat walau dunia memandang rendah.

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐™๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ž๐๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

16/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐“๐จ๐ค ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐‹๐ž๐ค๐ข๐ซ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก-๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก ๐ฌ๐ข๐ฅ๐š๐ญ ๐†๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐  ๐“๐จ๐ค ๐‹๐ž๐ค๐ข๐ซ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐ฃ๐ž๐ฆ๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค, ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ฆ๐›๐ข๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฃ๐ข๐ฐ๐š ๐š๐ง๐š๐ค-๐š๐ง๐š๐ค ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐š๐๐š๐›, ๐๐ข๐ฌ๐ข๐ฉ๐ฅ๐ข๐ง ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ค๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง.

Setiap peluh, teguran dan ilmu yang dicurahkan menjadi warisan berharga buat anak-anak gelanggang untuk terus berdiri mempertahankan maruah bangsa dan seni warisan.

๐™‹๐™–๐™ฉ๐™–๐™ ๐™œ๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™™๐™ž ๐™ฉ๐™š๐™ฅ๐™ž ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ž๐™œ๐™ž,
๐™๐™š๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ฉ ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ ๐™–๐™ง ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ž๐™ข๐™—๐™– ๐™—๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž,
๐™„๐™ก๐™ข๐™ช ๐™™๐™ž๐™˜๐™ช๐™ง๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™ž,
๐™…๐™–๐™™๐™ž ๐™ฅ๐™š๐™™๐™ค๐™ข๐™–๐™ฃ ๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™– ๐™ ๐™š ๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž.

Semoga Tok Guru dan semua gurulatih sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan serta keberkatan dalam meneruskan perjuangan mendidik generasi pewaris silat agar terus teguh, bersatu dan tidak gentar menghadapi cabaran zaman.

Pusaka Kita Maruah Kita.

Photos from Gelanggang Tok Lekir Alor Setar's post 15/05/2026

๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ ๐๐š๐ซ๐ข ๐›๐š๐ค๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐š, ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐๐š๐ซ๐ข ๐ฃ๐ข๐ฐ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฉ ๐๐ข๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฅ๐ข-๐ค๐š๐ฅ๐ข ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก.

Latihan dan ulangkaji pada malam ini kepada pesilat menumpukan kekemasan dari segi tangkapan dan kuncian.

Penerangan dan kaedah yang diberikan oleh Gurulatih berdasarkan pertunjukkan dan perbuatan mengikut kefahaman setiap pesilat. Ada yang mudah faham dan ada yang perlu diulang-ulang. Itulah sebahagian dari proses mereka untuk belajar.

InsyaAllah para Gurulatih akan sentiasa memantau dekat setiap pesilat-pesilat dan memastikan mereka dapat melakukan kaedah dan teknik yang betul serta faham apa yang sedang mereka lakukan.

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ๐Ÿ– ๐™๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ž๐๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

13/05/2026

๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ข๐ง๐ข ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ค๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง, ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ซ๐ฎ๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ญ๐ž๐ ๐ฎ๐ก๐š๐ง.

Seorang pendekar lahir bukan untuk mencari jalan selamat, tetapi untuk berdiri paling hadapan memikul maruah, memimpin keberanian dan menjadi benteng terakhir ketika semua memilih menyerah.

Kerana keberanian sebenar bukan hadir ketika bersama ramai, tetapi ketika kau masih mampu melangkah walaupun seluruh dunia memilih mengundur.

Pusaka Kita Maruah Kita!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


GelangGang Tok Lekir Alor Setar, Masjid Negeri Masjid Zahir
Alor Setar
05400

Opening Hours

20:30 - 00:00