01/05/2025
Aksi pembukaan Liga Piala Remaja KPM-FAM U17 bermula Sabtu ini menyaksikan pasukan SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN (Akademi Kenari U17) menerima kunjungan VICTORIA INSTITUTION (Akademi KL City FC) di Padang Arena MPKP, Jitra. Sepakmula jam 4.00 petang menjadi detik permulaan kepada skuad muda Akademi Kenari U17 mengharungi perlawanan Liga KPM tahun 2025.
Ayuh Sang Kenari U17, berjuanglah sejiwa murni!
πPerlawanan 1 | Piala Remaja KPM-FAM U17
π Victoria Institution (Akademi KL City FC)
π 3 Mei 2025, Sabtu, 4.00 pm
ποΈ Padang Arena MPKP, Jitra
24/11/2024
[Pengurusan KDAFC turun padang memberi sokongan]
Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar serta barisan pengurusan turut kelihatan turun padang memberi sokongan pada skuad Akademi Sang Kenari!
InsyaAllah kita teruskan perjuangan ini bersama-sama!
Pulun Kedah Pulun!
23/11/2024
ππ KDA FC E TUNDUK TIPIS, IMPIAN KE FINAL TERHENTI ππ
KDA FC E terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada SSN Pulau Pinang dalam separuh akhir Piala Remaja KPM-FAM U17 2024. Gol tunggal di minit ke-52 oleh Muhammad Aniq Haikal memastikan pasukan lawan mara ke pentas final. Walaupun kecewa, perjalanan musim ini membuktikan kemampuan besar pemain muda Kedah, dari kedudukan dua terbaik kumpulan hingga mara ke separuh akhir.
Kekalahan ini bukan pengakhiran, tetapi batu loncatan untuk terus bangkit. Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, dan penyokong setia atas usaha dan sokongan sepanjang musim. Pulun Kedah Pulun!
16/11/2024
TAHNIAH, KDA FC E KE PENTAS SEPARUH AKHIR LIGA KPM 2024!
Kejayaan menewaskan SSN Perak petang ini 2-1 memberi petanda positif buat pemain muda Sang Kenari selepas kali akhir layak ke Separuh Akhir 10 tahun lepas.
Keazaman tinggi pemain muda ini sudah pasti ditagih pada perlawanan Sabtu hadapan di Stadium Mini SMK TATAR, Kepala Batas menentang SSN Pulau Pinang.
Tahniah anak muda, Pulun Kedah Pukun!
16/11/2024
Aksi terikat 0-0 di separuh masa pertama yang berlangsung dalam cuaca hujan.
HT: KDA FC E 0-0 SSN PERAK