Rahsia Lelaki 40 tahun Maintain Power

Rahsia Lelaki 40 tahun Maintain Power

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rahsia Lelaki 40 tahun Maintain Power, Sports & Fitness Instruction, NO 49 KM 11 , SIMPANG EMPAT, Alor Setar.

26/07/2022

10 TIPS MELAWAN ‘ANXIETY’ SECARA ASASNYA :

1. Mendekatkan diri dengan Tuhan dan perbanyakkan istighfar dan selawat.

2. Tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif . Biar tidak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Apabila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan tertekan dan bertambah parah anxiety.

3. Betulkan mindset dengan selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “Aku sihat dan tidak takut.”

4. Jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami. Luah segalanya, mesti lega.

5. Lakukan aktiviti yang seronok bersama kawan kawan, suami, anak-anak atau ibu bapa untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang ‘perkara’ itu .

6. Jangan tidur keseorangan dan sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Sebagai contoh pesakit anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan.

7. Jika perlu, dapatkan nasihat doktor psikologi. Anxiety bukan gila dan jangan takut kerana sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami dan anda boleh dapatkan nasihat mereka.

8. Amalkan makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air masak.

9. Cabar diri untuk pecah tembok yang anda takuti seperti takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin dan tukar mindset.

10. Sokongan moral mental dan fizikal daripada keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety Sentiasalah beri mereka dorongan untuk pulih.

18/07/2022

Buat Amal Untuk Habuan Dunia. Allah Memang Akan Bagi, Tetapi...

Zaman sekarang, apabila seseorang mendapat jualan mencecah juta-juta, orang mula akan bertanya apa amalannya. Sedangkan usaha keras untuk mendapat hasil sebanyak itu bukan kepalang.

Semakin parah, apabila diajar dalam seminar, amalan tertentu untuk tarik sales. Bukan sedikit, bahkan makin berlambak orang yang mengajar bisnes, diajar dulu tentang amalan murah rezeki. Sedangkan kita pun tahu rezeki itu bukan duit semata-mata.

Ada yang guna hadis sahih, ada yang salah faham hadis sahih, ada yang guna hadis tidak sahih, ada juga ajaran mengarut.

Contoh ajaran mengarut, apabila sale jatuh, telefon segera ibu ayah supaya ibu ayah merestui urusan dan mendoakan kita. Ajaran dari alam mana datang pun tidak tahu.

Jadi diajar, kita minta ibu ayah doakan kita supaya kita dapat habuan dunia semata-mata. Bukannya ketika ibadah kita kurang, amal makin menurun, barulah minta ibu ayah doakan kita.

Setiap amal yang kita buat mestilah ikhlas untuk Allah. Apabila ikhlas untuk Allah tidak terdetik di hati yang kita buat amal itu supaya sale makin naik. Cuma apabila kita beramal untuk habuan dunia, seolah-olah Allah dan Akhirat bukan lagi tujuan utama.

Kita tidak boleh sorok apa yang ada di dalam benak hati yang dalam dari Allah. Tidak perlu untuk berdalih dengan Allah, Allah tahu segalanya.

Apa yang kita buat dan niatkan itu Allah boleh berikan. Kita buat amal sedekah supaya bisnes kencang, Allah boleh bagi segera. Memang Allah berkuasa untuk memberikan apa yang kita inginkan.

Tetapi...

Kita teliti ayat ini. Baca terjemahannya ayat demi ayat.

مَّن كَانَ یُرِیدُ ٱلۡعَاجِلَةَ عَجَّلۡنَا لَهُۥ فِیهَا مَا نَشَاۤءُ لِمَن نُّرِیدُ ثُمَّ جَعَلۡنَا لَهُۥ جَهَنَّمَ یَصۡلَىٰهَا مَذۡمُومࣰا مَّدۡحُورࣰا ﴿ ١٨ ﴾

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. (18)

Surah al-Isra' ayat 18

Secara peribadi saya juga tersentak dan tersentap membaca ayat ini.

Beranikah kita untuk beramal selain daripada ikhlas kepada Allah?

Astaghfirullah...

Kita mesti ubah kali ini. Jangan lagi kaitkan apa yang kita amal dengan apa yang kita dapat. Rezeki yang kita dapat itu adalah kurniaan dari Allah sama ada atas usaha keras kita menggunakan daya usaha badan dan fikiran atau daripada kurniaan rezeki dari Allah yang Maha Kaya.

Apa yang kita amal seperti solat, puasa, sedekah adalah murni hanya untuk Allah. Bukan untuk sale naik, bukan untuk beli kereta mewah, bukan untuk beli rumah besar.

Kita amal untuk Allah sahaja. Atas faktor taat perintah-Nya dan patuh suruhan Rasulullah Sollallahu 'Alayhi wa Sallam dengan mengharapkan kebaikan di akhirat. Allah 'Azza wa Jalla menyambung ayat ini;

وَمَنۡ أَرَادَ ٱلۡـَٔاخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعۡیَهَا وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ كَانَ سَعۡیُهُم مَّشۡكُورࣰا ﴿ ١٩ ﴾

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. (19)

Surah al-Isra' ayat 19

Kita nilai sendiri apa dalam hati kita. Adakah benar kita buat amal itu 'solid' ikhlas kerana Allah atau ada juga terlintas mahukan habuan dunia?

Saifuddin Yusof
Kita baiki sama-sama

10/07/2022

“KINI BUAT KERJA BERAT TIADA MASALAH,TAK RASA LETIH , KERJA TERTUNGGAK CEPAT SETEL”

Bila Boss Hepi
Cepat Naik Gaji

08/07/2022

"BAGAIMANA TARONG DAPAT MEMBANTU ANDA MENDAPAT UDARA YANG FRESH SEPERTI AIR TERJUN"

Jom dengar penerangan dari Aisyah bagaimana "Ion Negatif" dalam Tarong membuatkan anda lebih segar bugar walaupun berada dalam keadaan letih.

www.tarongmalaysia.my

23/06/2022

“RASA LESU DAH KURANG MACAM ADA TENAGA TAMBAHAN WALAUPUN TIDUR LEWAT MALAM”


17/06/2022

Salam Jumaat

Jom baca Al-Kahfi




10/06/2022

TERSENTUH HATI DENGAN KATA-KATA NI

😪Ketika ada kesempatan, pergilah bersama adik beradik dan saudara. Berkumpul - kumpul, bukan sekadar makan dan minum ,tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkan lah Persaudaraan.

😪 Mungkin lain waktu kita Tidak akan bertemu lagi.

😪 Mungkin lain waktu kita sudah semakin Susah untuk berjalan.

😪 Menghabiskan sebagian waktu dengan adik beradik akan membuat Hidup lebih sihat secara Mental dan Fizikal.

😪 Umur itu seperti ais batu, Dipakai atau tidak akan tetap mencair dan berakhir.

😪 Begitu juga dengan umur kita.Digunakan atau Tidak Digunakan, umur kita akan tetap berkurang, dan Akhirnya kembali ke hadirat ILLAHI.

😪 Tersenyumlah dan berfikir positif. Air yang Mengalir tidak dapat berbalik arah. Kita tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi. Air di tetak tak kn putus.

😪 Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal Jalani hidup ini dgn ceria, sabar dan santai.

😪 Jangan s**a mau menang sendiri, sementara adik beradik lain selalu salah.

😪 Terimalah persaudaraan.Jangan s**a mengeluh atau membenci.

😪 Hidup ini terlalu singkat untuk selalu benar sendiri (Penting kan diri sendiri)

😪 Jangan buang adik beradik saudara sedaging, cuma karena tak sepakat.

😪 Satu keburukan adik beradik/keluarga, bukan bererti hilang sembilan kebaikan nya.

😪 Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan adik beradik kita.

😪 Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak. Buanglah jauh jauh sifat egois dan iri hati.

😪 Terimalah kekurangan dan kelebihan dari adik beradik.

😪 Bertemanlah dengan apa adanya, bukan karena ada apanya.

😪 Nikmati semua masa, canda dan tawa. Hargai semua perbedaan. Percayakan kemampuan adik beradik kita.

😪 Jaga perasaannya, tutupi aibnya. Bantu ketika dia jatuh,Sediakan bahu ketika dia menangis.

😪 Tepuk tangan dan gembira ketika dia sukses.Sebut namanya dalam doa kita.

😪 Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Tuhan juga akan selalu bersama mu.Teruskan bersilaturahim dengan adik beradik sampai Tuhan berkata waktunya pulang.

🤲 Semoga kita jadi keluarga yang bahagia, adik beradik yang baik, anak-anak yang berjaya. Berjaya di di dunia dan di akhirat sana.

Aamiin....❤️

Kredit : Senyum Semanis Madu

10/06/2022

Salam Jumaat

Jom amalkan surah alkahfi

Orang lelaki Jangan lupa solat jumaat yee..


09/06/2022




03/06/2022

Salam Jumaat

Salam Bulan Zulqaedah


01/06/2022

Buku yang mesti dibaca setiap 6 bulan sekali.Buku ni antara yang konsisten setiap 6 bulan mesti khatam sekali.Setahun 2x.Buku Dale yang ni paling special setiap kali Baca&Gali akan jumpa kefahaman baru. Lagenda

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


NO 49 KM 11 , SIMPANG EMPAT
Alor Setar
06650