03/09/2022
Aku berlindung kepada daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
53)Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah nabi, kecuali jika kamu telah diizinkan untuk makan, tanpa menunggu masak makanan, tetapi apabila kamu diundang hendaklah kamu masuk, dan apabila selesai makan, hendaklah kamu keluar tanpa beramah tamah dengan percakapan (bual kosong). Sesungguhnya demikian itu menyakiti hati nabi, tetapi dia malu (mencegah) kamu, dan Allah tidak malu (menerangkan) kebenaran. Apabila kamu meminta suatu hajat kepada isteri-isteri nabi, hendaklah meminta dari balik dinding (tabir). Demikian itu lebih menyucikan hatimu Dan hati mereka. Kamu tidak boleh menyakiti Rasulullah dan tidak p**a mengahwini isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya. Sesungguhnya demikian itu (dosa) besar di sisi Allah.
54) Jika kamu lahirkan sesuatu atau kamu sembunyikan, nescaya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.
55) Mereka itu (isteri-isteri nabi) tidak berdosa berhadapan (tanpa do dinding) dengan bapanya, anak-anaknya, saudara lelakinya, anak lelaki dari saudara lelakinya, anak lelaki saudara perempuannya, wanita mukmin dan hamba sahayanya. Dan takutlah kamu (Wahai isteri-isteri nabi) kepada Allah. Sesungguhnya Allah menjadi saksi atas setiap sesuatu.
(SURAH AL-AHZAB)
Benarlah firman Allah yang Maha Agung.
**aubesarmelaka
Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.
11/04/2021
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
5) Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi bagiNya sesuatu yang di bumi dan tidak p**a (sesuatu) yang di langit.
6)Dialah yang menggambarkan (membentuk) kamu di dalam rahim ibumu, sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan kecuali Dia Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
7)Dia yang menurunkan Kitab kepadamu, diantaranya ada ayat-ayat yang muhkamat (terang maksudnya), semuanya itu ibu Kitab (pokok isi Al-Quran), dan yang lain mutasyabihat (kurang terang maksudnya). Adapun orang-orang yang condong hatinya (s**a kepada yang batil), maka diikutinya semua yang mutasyabihat, kerana menghendaki fitnah dan mencari-cari takwilnya (maksudnya) sedangkan tiada yang mengetahui takwilnya, melainkan Allah; dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman kepada yang mutasyabihat, semuanya dari sisi Tuhan kami; dan tiadalah yang menerima peringatan, melainkan orang-orang yang berakal.
(Surah ALI-IMRAN)
**aubesarmelaka
Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.
11/04/2021
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Firman Allah:
1)Alif Laam Miim (Allah yang mengetahui maksudnya).
2)Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri (Memelihara segala sesuatu).
3)Dia menurunkan Kitab (Al-Quran) kepada engkau (ya Muhammad) dengan kebenaran sebagai membenarkan (Kitab) yang sebelumnya, dan Dia telah menurunkan Taurat dan Injil.
4)Sebelum Al-Quran, menjadi petunjuk bagi manusia dan Dia menurunkan Furqan (yang membezakan antara yang hak dengan yang batil). Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, untuk mereka itu siksa yang keras dan Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai balasan seksa.
(Surah ALI-IMRAN)
**aubesarmelaka
Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.
10/04/2021
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
285)Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, begitu juga orang-orang mukmin. Semuanya beriman kepada Allah, malaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya (seraya mereka berkata): Tidaklah kami bezakan seorang jua diantara Rasul-Rasul itu. Mereka berkata: Kami dengar dan kami ikut, kami meminta keampunan Engkau, ya Tuhan kami dan kepada Engkau tempat kembali.
286)Allah tidak memberati manusia, melainkan sekadar tenaganya. Baginya (pahala) kebajikan yang diusahakannya dan di atasnya (dosa) kejahatan yang diperbuatnya: Ya Tuhan kami, jangan Engkau seksa kami, jika kami terlupa atau salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat di atas bahu kami, sebagaimana Engkau pikulkan di atas bahu orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas bahu kami apa-apa yang tiada kesanggupan kami. Maafkanlah kami dan ampunilah dosa kami dan kasihanilah kami. Engkau Wali (Pemimpin) kami, maka tolonglah kami melawan kaum yang kafir.
(Surah AL-BAQOROH)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.
**aubesarmelaka
Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.
09/04/2021
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
283) Dan jika kamu di dalam perjalanan dan tidak memperolehi penulis, hendaklah kamu terima gadai. Tetapi jika kamu percaya mempercayai, (tidak perlu gadai), maka hendaklah orang yang dipercayai itu membayar barang yang dipercayakan kepadanya dan hendaklah dia takut kepada Allah, Tuhannya. Janganlah kamu sembunyikan persaksian. Barangsiapa menyembunyikannya, nescaya berdosalah hatinya. Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
284)Bagi Allah apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi. Jika kamu lahirkan atau kamu sembunyikan apa-apa di dalam hatimu, nescaya diperhitungkan Allah juga. Maka diampuniNya sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Surah AL-BAQOROH)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.
**aubesarmelaka
Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.
08/04/2021
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
282)Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berpiutang dengan satu piutang, sehingga masa yang ditetapkan, hendaklah kamu tuliskannya; dan hendaklah seorang penulis diantara kamu menuliskannya dengan keadilan. Janganlah penulis itu enggan menuliskannya, sebagaimana Allah telah mengajarkan kepadanya, sebab itu hendaklah dia menuliskan; dan hendaklah membacakan orang yang berhutang (akan hutangnya kepada penulis) dan hendaklah dia takut kepada Allah, Tuhannya, dan janganlah dikurangkan hak orang sedikitpun. Jika orang yang berhutang itu bodoh, lemah dan tidak kuasa membacakan, hendaklah walinya membacanya dengan keadilan. Persaksikanlah dengan dua orang saksi lelaki. Jika tiada dua orang lelaki, cukuplah seorang lelaki dan dua orang perempuan diantara orang-orang yang kamu s**ai menjadi saksi-saksi, kerana jika lupa salah seorang diantara dua perempuan itu, maka yang lain boleh mengingatkan. Janganlah enggan saksi-saksi itu, apabila mereka dipanggil. Jangan kamu malas menuliskan hutang itu, baik sedikit atau banyak, sehingga sampai janjinya. Demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan kepada persaksian dan lebih dekat kepada tiada keraguan, kecuali perniagaan yang tiada berjanji, yang kamu jalankan diantara kamu, maka tidak berdosa jika kamu tidak menuliskannya. Persaksikanlah apabila kamu berjualbeli. Janganlah diberati penulis dan saksi itu. Jika kamu perbuat, nescaya kamu menjadi fasik. Takutlah kepada Allah dan Allah mengajarkanmu. Dan Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.
(Surah AL-BAQOROH)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.
**aubesarmelaka
Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.
07/04/2021
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
278)Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba itu, jika kamu orang yang beriman.
279)Jika kamu tidak membuatnya ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu, dan jika kamu bertaubat, maka untukmu pokok hartamu, kamu tidak menzalimi dan tidak p**a dizalimi.
280) Dan jika orang yang berhutang di dalam kesempitan, tunggulah sehingga waktu lapang dan jika kamu sedekahkan, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
281) Dan takutlah kamu akan hari yang akan dikembalikan kamu pada hari itu kepada Allah, kemudian disempurnakan (balasan) setiap orang apa yang diusahakannya, sedang mereka tidak dizalimi.
(Surah AL-BAQOROH)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.
**aubesarmelaka
Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.