27/03/2024
Ameerah Malaysia berdukacita dengan kezaliman dan kebiadaban tentera Isra_€l laknatullah ke atas wanita mengandung di Hospital Al-Syifa.
Isra_€l tidak bertamadun!
Kami mengalu-alukan semasa peringkat remaja dan belia, lelaki dan wanita untuk turut serta dalam pel
27/03/2024
Ameerah Malaysia berdukacita dengan kezaliman dan kebiadaban tentera Isra_€l laknatullah ke atas wanita mengandung di Hospital Al-Syifa.
Isra_€l tidak bertamadun!
21/02/2024
04/08/2022
Alhamdulillah program Lets Hike Your Spirit pada 30hb Julai di Air Terjun Lata Lembu S*k yang lepas berjalan lancar.
*k
13/07/2022
Antara gambar panorama Air Terjun Lata Lembu S*k... Cantik kan??
Jom mendaki bersama kami dalam program Let's Hike Your Spirit di Air Terjun Lata Lembu S*k, Lata Mengkuang🏔️
12/07/2022
⛰️ *LET'S HIKE YOUR SPIRIT*⛰️
🏔️ Anda minat mendaki?
🏞️ Anda sukakan alam, air terjun dan santai?
🧕🏻 Anda berumur 18-40 tahun?
*Ya, program ini sangat tepat untuk anda sertai!*
Jom sertai program *Let's Hike Your Spirit* pada:
🗓️ *Tarikh: 30 Julai 2022 (Sabtu)*
⏰ *Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang*
⛰️ *Tempat: Lata Lembu, Lata Mengkuang, S*k*
🎗️Yuran Serendah *RM37 SAHAJA!* (termasuk permit, sarapan, makan tengah hari, 'guider' dan 'cap' AFC Kedah.
🎗️Tarikh tutup pendaftaran: *17 Julai 2022*
🎗️Apa tunggu lagi? Mai daftar sekarang! Kalau terlepas, rugi aiii🥹🥹🥹
🎗️Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi:
📱 *Solehah:* http://www.wasap.my/60135078650/hikingAFC
📱 *Noorain:* http://www.wasap.my/60195968869/hikingAFC
🎗️Dibawakan oleh *Ameerah Fan Club (AFC) Kedah* dengan kerjasama *GAMIS* dan *SIGMA*.
⛰️ *Jumpa anda di sana!*⛰️
09/05/2022
Ameerah Fan Club ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada atlet terjun wanita negara; Nur Dhabitah Sabri yang berjaya menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama Sukan SEA ke-31 dalam acara Aquatic (Diving) Women’s Springboard 1m.
Semoga kemenangan ini dapat memberikan semangat kepada kontinjen atlet Malaysia yang lain untuk melakar lebih banyak kemenangan buat Malaysia pada temasya Sukan SEA kali ini.
Boleh!
02/04/2022
Ramadan sudah datang menjelma
banyak peluang direbut bersama
Malam ini jangan lupa niat puasa
Moga keberkatan mengiringi kita.
Ramadan Kareem💕
02/04/2022
Ramadan bertandang lagi
Bulan yang amat dinanti
Membawa segunung ganjaran
Diberi kepada kesungguhan insan.
Ahlan Wa Sahlan Ya Madrasah Ramadan 1443 Hijrah
Marilah sama-sama kita rebut peluang untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa kepadanya.
08/03/2022
"Seorang wanita yang cantik adalah yang membangun dengan sebuah kekuatan dari masalah yang menimpa. Seorang wanita hebat adalah yang menjadi lebih utuh dengan doa-doa yang dipanjatkan kepada Rabbnya. Wanita luar biasa itu sering tersenyum dengan setiap tekanan yang dihadapinya. Kamu adalah wanita terhebat dan terbaik pernah aku kenal."
Selamat Hari Wanita Sedunia
20/02/2021
Antara kelebihan aktiviti kayuh basikal :
1. Berdasarkan sumber yang diperoleh daripada National Forum Coronary Heart Disease Foundation penunggang basikal biasa akan menikmati tahap kecergasan yang sama dengan seseorang yang berumur sepuluh tahun lebih muda.
2. Aktiviti fizikal yang dapat memberi manfaat kepada golongan emas yang berusia antara 60 tahun ke atas seperti meningkatkan kekuatan, keseimbangan dan koordinasi tubuh badan.
3. Senaman yang dikategori sebagai “non-weight bearing” ini mampu memberi tekanan yang sedikit ke atas sendi terutama di bahagian kaki namun ia tidak seperti senaman yang lain seperti berlari dan bersenam.
4. Kajian yang dilakukan oleh British Heart Foundation, berbasikal sebanyak 32 kilometer selama seminggu akan mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak melakukan sebarang aktiviti senaman.
5. Melalui tinjauan pengguna basikal daripada sebuah artikel yang diterbitkan di Jurnal of Environmental and Public Health, berbasikal adalah cara terbaik untuk meluangkan waktu bersama ahli keluarga dengan membawa anak kecil bersama. Ini dapat melahirkan keakraban dalam situasi kekeluargaan.
6. Kekerapan menunggang basikal akan menjadikan tubuh semakin sihat. Kehilangan lemak di badan akan mencapai perubahan keseimbangan tenaga, seterusnya mudah untuk mengawal berat badan.
7. Aktiviti ini dapat menghasilkan perubahan sikap yang luar biasa seperti memperoleh keyakinan diri, mengimbangi tekanan serta menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.
8. Gangguan seperti sukar tidur, mengalami keletihan serta pengambilan ubat – ubatan juga kurang berlaku dalam kehidupan seharian.
9. Aktiviti fizikal ini dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit kanser. Kajian mendapati berbasikal dapat mengurangkan risiko purata sebanyak 40 – 50 % terhadap penyakit kanser kolon manakala bagi kekerapan wanita yang aktif berbasikal p**a dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser payudara kepada 34 %.
10. Mewujudkan kemahiran berfikir secara lebih kreatif. Ini disebabkan pengaliran oksigen yang lancar dapat memberi ruang untuk proses berfikir secara lebih aktif dan kreatif.
11. Berbasikal dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang memberi kedamaian dan ketenangan kepada penunggang basikal.
12. Berbasikal dapat mengelak daripada pencemaran udara. Ini kerana penunggang basikal hanya menghirup asap yang sedikit jika dibandingkan pemandu yang berada di atas jalan raya kerana penunggang basikal dapat melalui laluan atau lorong yang berlainan dari kenderaan lain.
13. Salah satu daripada aktiviti bersosial. Kelebihan berbasikal secara berkump**an dapat menyumbang idea, pengalaman, perjalanan serta cabaran di samping bertukar pandangan.
14. Berbasikal menjadikan anda berasa lebih sihat dan bahagia serta sekaligus dapat meningkatkan prestasi kerja dengan lebih yang baik di dalam kehidupan.
Sumber : Majalah Sains
Kredit : Khalid (Pengarah AFC Malaysia)