Asak Swing - Shahir

Asak Swing - Shahir

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Asak Swing - Shahir, Sports Event, Alor Setar.

03/12/2025

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
15)Tatkala mereka (saudara-saudara Yusuf) pergi dengannya (Yusuf) dan mereka telah sepakat hendak melemparkannya ke dalam dasar telaga, (lalu dilemparkan). Kami (Allah) telah mewahyukan kepadanya (Yusuf), demi, engkau akan mengkhabarkan kepada mereka tentang urusan (perbuatan) mereka itu, sedang mereka tidak sedar.
16) Dan mereka datang kepada bapa mereka (Yaakub) pada petang hari, sedang mereka menangis.
17)Mereka berkata: Wahai bapa kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf dekat pakaian kami, lalu dia dimakan oleh serigala, tentu bapa tidak percaya kepada kami, meskipun kami orang yang benar.
18) Dan mereka datang membawa baju Yusuf (yang berlumur) dengan darah palsu. Berkata bapanya: Bahkan dirimu menghiaskan (memandang baik) urusan itu. Sabarlah yang lebih baik. Dan kepada Allah meminta pertolongan tentang apa yang kamu terangkan itu.
19) Dan kemudian musafir-musafir datang (dari negeri Madyan yang hendak ke Mesir), lalu mereka menyuruh seorang di antara mereka mengambil air, lalu dihulurkannya (dijatuhkan) timba ke dalam telaga itu, (dan Yusuf berpegang kepadanya). Berkata orang yang mengambil air itu: Ya khabar gembira, ini seorang pemuda. Kemudian mereka sembunyikan Yusuf ke dalam barang perniagaan, sedang Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
20) Dan kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, beberapa dirham sahaja, sedang mereka orang yang zuhud (kurang s**a) kepadanya.
21) Dan berkata orang yang membelinya di Mesir kepada perempuannya (Zulaiha): Muliakan kedudukannya, mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia menjadi anak. Demikianlah Kami tempatkan Yusuf di bumi (Mesir) dan supaya Kami ajarkan kepadanya takwil mimpi. Allah Maha Menang (Kuasa) atas urusanNya. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Surah YUSUF)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.







**aubesarmelaka










Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.

03/12/2025

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
7) Sesungguhnya dalam (riwayat) Yusuf dan saudara-saudaranya menjadi keterangan (ibrah) bagi orang-orang yang bertanya.
8)Ketika mereka berkata: Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) lebih dicintai oleh bapa daripada kita, sedang kita satu jemaah. Sesungguhnya bapa kita dalam kesesatan yang nyata.
9)Kamu bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke negeri yang jauh, supaya muka bapamu mengadap kepadamu, dan kamu sesudah itu menjadi kaum yang soleh.
10)Berkata salah seorang di antara mereka (Yahuda): Jangan kamu bunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dalam telaga, nanti diambil oleh musafir, jika kamu mahu melakukannya.
11)Mereka berkata: Wahai bapa kami! Mengapa engkau tidak mempercayai kami terhadap Yusuf, sesungguhnya kami akan memberi nasihat kepadanya.
12)Biarkanlah dia pergi bersama kami esok untuk makan dan bermain dan sesungguhnya kami akan menjaganya.
13)Sahut bapa mereka: Sesungguhnya aku akan berdukacita jika kamu pergi (membawa) dengannya dan aku takut, jika dia dimakan serigala, sedang kamu lalai daripadanya.
14)Jawab mereka: Demi, jika dia dimakan serigala sedang kami satu jemaah, sesungguhnya kami orang yang rugi.
(Surah YUSUF)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.







**aubesarmelaka










Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.

03/12/2025

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
25)Bukankah Kami (Allah) menjadikan bumi, untuk menghimpunkan,
26)Orang-orang hidup dan orang-orang mati?
27) Dan Kami jadikan di atasnya gunung-gunung yang tinggi dan Kami curahkan kepadamu air yang tawar (hujan)?
28)Celakalah pada hari itu untuk orang-orang yang mendustakan.
29)(Dikatakan kepada mereka): Berangkatlah kamu kepada (seksa) yang kamu dustakan dahulu.
30)Berangkatlah kamu kepada naungan (asap neraka) yang mempunyai tiga cabang.
31)Yang tidak melindungi (mereka dari kepanasan) dan tidak p**a mempertahankan (mereka) dari api neraka.
32) Sesungguhnya neraka melemparkan bunga api seperti istana (tingginya)
33)Seolah-olah unta-unta kuning tua (kelihatannya),
34)Celakalah pada hari itu untuk orang-orang yang mendustakan.
35)Inilah hari, mereka tidak dapat berbicara,
36) Dan mereka tidak di izinkan untuk meminta uzur.
37)Celakalah pada hari itu untuk orang-orang yang mendustakan.
38)Itulah hari keputusan (memutuskan hukuman). Kami himpunkan kamu dan orang-orang yang dahulu kala.
39)Jika kamu dapat menipu (sekarang) cubalah kamu menipu Aku (Allah).
40)Celakalah pada hari itu untuk orang-orang yang mendustakan.
(Surah AL-MURSALAAT)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.







**aubesarmelaka










Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.

Photos 03/12/2025

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
6) Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), tetapi mereka tidak mempunyai saksi-saksi, kecuali dirinya sendiri, maka kesaksiannya ialah empat kali bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa dia seorang yang benar.
7) Dan yang kelima, bahawa kutukan Allah atas dirinya, jika dia berdusta.
8) Dan hukuman dapat ditolak dari isteri, jika dia bersumpah empat kali dengan nama Allah, bahawa suaminya itu berdusta.
9) Dan yang kelima, bahawa murka Allah atas dirinya, jika suaminya benar.
10) Dan jika tiadalah kurnia Allah kepadamu dan rahmatNya, nescaya (diseksaNya kamu dengan segera). Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Bijaksana.
(Surah AN-NUR)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.







**aubesarmelaka










Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.

Photos 03/12/2025

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
36)Mengapakah orang-orang kafir menentang (dengan matanya) ke arah engkau (ya Muhammad)?
37)Sambil berkumpul-kumpul (berkelompok), di sebelah kanan dan kiri engkau (untuk memperolok-olokkan)?
38)Adakah setiap orang di antara mereka berharap bahawa, dia akan masuk ke syurga kenikmatan?
39)Sekali-kali tidak. Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan mereka dari apa yang mereka ketahui (air mani).
40)Aku bersumpah dengan Tuhan beberapa timur dan beberapa barat, bahawa Kami (Allah) berkuasa,
41)Untuk mengganti mereka dengan (umat) yang lebih baik daripada mereka dan Kami tidak dapat dikalahkan.
42) Maka biarkanlah mereka tenggelam pada yang bukan-bukan dan bermain-main, sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan,
43)(Iaitu) pada hari, mereka dikeluarkan dari dalam kuburnya dengan segera, seolah-olah mereka bersegera kepada berhalanya,
44)Sedang pandangan mereka rendah serta ditimpa kehinaan. Itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
(Surah AL-MA’AARIJ)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.







**aubesarmelaka










Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.

Photos from Asak Swing - Shahir's post 03/12/2025
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Alor Setar
06500