Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah

Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah

Share

Mengenai Skuad Tenpin Boling Para Negeri Kedah

Photos from Majlis Sukan Negeri Kedah's post 04/09/2026
03/09/2026

🎳 TENPIN BOLING – KLUSTER PETALING πŸ”₯

Aksi penuh ketepatan, fokus dan kemahiran bakal mewarnai persaingan apabila acara Tenpin Boling dipertandingkan sempena Para SUKMA Selangor 2026! Setiap balingan menjadi taruhan atlet para terbaik dari seluruh negeri dalam memburu kejayaan, mencatat skor terbaik serta mengharumkan nama negeri masing-masing. πŸ’ͺπŸ»πŸ†

🎳 Antara acara yang dipertandingkan:
β€’ Individu Lelaki , Wanita & Campuran
β€’ Berpasukan Campuran

πŸ…19 pingat emas menjadi rebutan!

Najwan Halimi
Media Selangor
SELANGORfm 100.9


Photos from Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah's post 26/08/2026

πŸ”₯ FASA LATIHAN INTENSIF TEAM PARA SUKMA KEDAH 2026 πŸ”₯

Bermula Ogos 2026, Team PARA SUKMA Kedah terus mempergiatkan persiapan menerusi fasa latihan intensif sebagai persediaan menghadapi Temasya PARA SUKMA Selangor 2026 yang bakal berlangsung pada September nanti. πŸ’ͺπŸ½πŸ†

Dalam tempoh ini, para atlet menjalani latihan secara lebih tersusun dan berfokus dengan penekanan terhadap peningkatan kemahiran, teknik, kecergasan, disiplin serta kesiapsiagaan mental bagi memastikan setiap atlet berada pada tahap terbaik ketika turun beraksi.

Sesi latihan turut diperkasakan menerusi tunjuk ajar dan bimbingan Coach Shah, yang sentiasa berkongsi ilmu, pengalaman serta strategi bagi memenuhi keperluan setiap atlet mengikut disiplin dan kemampuan masing-masing.

Setiap sesi latihan bukan sekadar mengejar prestasi, tetapi membina keyakinan, semangat berpasukan dan daya juang untuk membawa nama Kedah Darul Aman ke pentas PARA SUKMA Selangor 2026. πŸ’ͺ🏽πŸ”₯

Terus berlatih. Terus fokus. Terus percaya.

Sasaran kita jelas β€” berikan yang terbaik untuk Kedah! πŸŸ’βš«πŸ†

TEAM PARA SUKMA KEDAH 2026

Bersatu β€’ Berjuang β€’ Menang







Photos from Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah's post 26/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN TENPIN BOLING PARA NEGERI KEDAH KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH

πŸ“… 13 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 3.00 petang
πŸ“ Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Wisma Persekutuan Anak Bukit, Kedah

Delegasi Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah (PTBK) yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Encik Mohd Khairul bin Ishak, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Azura binti Hajin Sarbin, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Turut hadir bersama delegasi PTBK ialah Encik Ariff bin Abdullah, Timbalan Pengerusi dan Puan Siti Sarah Yahya, Setiausaha Persatuan, manakala pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut diwakili oleh pegawai-pegawai kanan jabatan.

Kunjungan hormat ini merupakan sesi perkenalan rasmi Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, di samping memperkenalkan peranan, aktiviti serta hala tuju persatuan dalam pembangunan sukan tenpin boling para di Negeri Kedah.

Dalam pertemuan tersebut, turut dibincangkan usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara PTBK dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, khususnya dalam pembangunan serta pemerkasaan sukan para di Negeri Kedah.

Perbincangan turut menyentuh persiapan Team Para Boling Negeri Kedah bagi menghadapi Temasya Para SUKMA Selangor 2026, selain perancangan pelaksanaan Karnival Tenpin Boling Para Negeri Kedah 2026 yang akan dilaksanakan melalui kerjasama PTBK dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan sokongan Dana Sukan Komuniti.

Karnival ini diharap dapat menjadi platform untuk memperkasa sukan tenpin boling para, menggalakkan penyertaan komuniti serta mencungkil dan mengembangkan bakat baharu dalam kalangan atlet para di Negeri Kedah.

Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah atas kesudian menerima kunjungan serta komitmen dan sokongan yang diberikan. Semoga kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuh demi pembangunan dan kecemerlangan sukan tenpin boling para Negeri Kedah. 🎳πŸ’ͺ

Photos from Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah's post 24/08/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Persatuan Tenpin Bowling Kedah - PTBK Official atas sumbangan dana yang diberikan bagi membantu persiapan Team Para Boling Negeri Kedah ke Temasya Para SUKMA Selangor 2026 yang bakal berlangsung pada September ini.

Sumbangan ini amat bermakna dan pastinya menjadi suntikan semangat kepada para atlet serta seluruh pasukan dalam membuat persiapan rapi sebelum turun beraksi membawa nama Negeri Kedah di pentas Para SUKMA.

Sesungguhnya, sokongan dan keprihatinan daripada warga boling negeri amat dihargai. Semoga kerjasama dan semangat kebersamaan ini terus diperkukuh demi pembangunan serta kecemerlangan sukan tenpin boling para di Negeri Kedah.

Buat Team Para Boling Kedah, teruskan perjuangan, percaya pada kemampuan diri dan berikan yang terbaik! Kita bawa nama Kedah dengan penuh bangga. Ayuh buru kejayaan! πŸ’ͺπŸŽ³πŸ†


Photos from Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah's post 03/08/2026

SEKITAR PERLAWANAN PERSAHABATAN TENPIN BOLING ANTARA PARA KEDAH DAN KELAB KILAT ALOR SETAR

Sekitar aksi dan kemeriahan Perlawanan Persahabatan Tenpin Boling yang berlangsung antara Kelab Kilat Alor Setar dan Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah.

Program ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dan semangat kesukanan, malah menjadi medan terbaik untuk meningkatkan keyakinan serta menguji tahap kesiapsiagaan atlet-atlet Para Boling Kedah menjelang Temasya Para SUKMA Selangor 2026.

Terima kasih Kelab Kilat Alor Setar atas sokongan dan kebersamaan. Ayuh Team Para Boling Kedah, terus berjuang dan buru kejayaan! πŸ’ͺ🎳


Photos from Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah's post 03/08/2026

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kelab Kilat Alor Setar, Kedah atas keprihatinan serta sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang disalurkan kepada persatuan.

Sumbangan berupa wang tunai ini amat bermakna dalam membantu persiapan atlet-atlet Tenpin Boling Para Negeri Kedah bagi menghadapi Temasya Para SUKMA Selangor 2026 yang akan berlangsung pada bulan September nanti.

Bersempena penyampaian sumbangan tersebut, turut diadakan perlawanan persahabatan tenpin boling yang menghimpunkan ahli-ahli Kelab Kilat Alor Setar bersama atlet-atlet Tenpin Boling Para Negeri Kedah. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak, malah turut menyuntik semangat, keyakinan dan motivasi kepada atlet para kedah dalam menghadapi kejohanan yang bakal tiba.

Semoga jalinan kerjasama dan sokongan yang diberikan ini menjadi pemangkin kepada semangat para atlet untuk terus berjuang, mengharumkan nama Negeri Kedah serta mencapai kecemerlangan di pentas Para SUKMA.

Buat seluruh kontinjen Tenpin Boling Para Negeri Kedah, teruskan berlatih dengan penuh disiplin, semangat juang dan keyakinan. Bawalah nama Negeri Kedah dengan penuh kebanggaan, berikan yang terbaik di gelanggang, dan buktikan bahawa tiada halangan yang mampu membatasi tekad serta keazaman untuk mencipta kejayaan.

Ayuh....!!!Team Para Boling Kedah, kita buru kejayaan dan hadiahkan yang terbaik buat negeri tercinta.. πŸ’šπŸ’›πŸ’šπŸ’›



27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H πŸŒ™βœ¨

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam setiap langkah kehidupan.

Salam Aidiladha daripada PTBPKedah buat seluruh umat Islam. Maaf zahir dan batin. πŸ€πŸ„

20/03/2026

Salam Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Ikhlas daripada,
Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan 1447H / 2026M

Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk meningkatkan ketakwaan, memperbanyakkan amal kebajikan serta mempereratkan silaturahim dalam kalangan kita.

Ikhlas daripada
Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Alor Setar