03/09/2026
TERIMA KASIH REGU MSS KEDAH 🙏
Pencapaian yg sangat membanggakan apabila regu Emas ini berjaya mengangkat nama Sepak Takraw Negeri Kedah & telah membuka mata pencinta Sepak Takraw Negara bahawa Takraw Kedah telah kembali ke landasan seiring nama negeri lain yg hebat dlm Sukan Sepak Takraw Negara .
Lebih membanggakan , Kedah berjaya memenangi acara kemuncak atau ibu pingat kepada Kejohanan ini setelah lebih dari 20 tahun Kedah tidak pernah menjadi Juara kategori Bawah 18 tahun.
Kali terakhir Kedah Juara Acara Regu adalah pada tahun 2017 bg kategori bawah 12 Tahun & Juara BEREGU bawah 15 tahun pada tahun 2025.
Saf Kepimpinan Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah mengucapkan Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Barisan Pengurusan serta Jurulatih MSS Kedah ( Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ) kerana sentiasa memberikan komitmen yg sngt luar biasa dlm membentuk serta melatih pemain² seawal usia 9 tahun .
Kerja keras Guru² di balas dgn Kejayaan yg luar biasa .
Terima kasih teramat tinggi kepada KTPC ( Kulim Technology Park Corporation ) yg memberi sumbangan kepada Persatuan untuk membantu serta membangunkan ubi² Sepak Takraw di Negeri Kedah .
Persatuan akan terus memberikan komitmen yg tinggi utk terus membantu Pembangunan Sepak Takraw di dalam Negeri Kedah dlm memastikan Negeri Kedah sentiasa berada dalam kelompok Pasukan terbaik di dalam negara.
Semoga kerjasama erat ini akan lebih utuh demi membangunkan Sukan warisan Sepak Takraw & lebih di minati serta menjadi budaya dlm masyarakat khususnya di Negeri Kedah Darul Aman.
" Dari Akar ke Puncak "
03/09/2026
TRIO TERBAIK MALAYSIA MILIK KEDAH ‼️
Trio bawah 18 tahun Kedah mengguguli Anugerah Pemain terbaik Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2026 ...
Danish ( Tekong ) & Asyraf ( Apit Kiri ) dari Kulim , manakala Ariff ( Apit kanan ) dari Sungai Petani di anugerahkan Tekong , Apit Kanan & Apit Kiri terbaik bg acara Regu bawah 18 tahun 2026 ...
Satu pencapaian yg luar biasa buat Trio Kedah ini ...
Doakan mereka terus mendaki mercu dgn jayanya & menjadi Pemain terbaik Negara 1 hari nnt ...
Ubi Kedah kian menjadi 🤲
Tahniah & terima kasih Jurulatih² yg membina mereka ini dari zero ...
02/09/2026
KEDAH JUARA ‼️
Regu Kedah berjaya menjadi Juara Kejohanan Sepak Takraw MSSM 2026 selepas menundukkan Selangor 2-0 pada Perlawanan Akhir antara Regu U18 ....
Tahniah anak² Kedah , Tahniah Majlis Sukan Sekolah Negeri Kedah Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah , Tahniah pengurusan Pasukan kerana berjaya melakar sejarah luar biasa ...
Kita tidak berhenti di sini , InSyaaAllah kita terus bangunkan Sukan Sepak Takraw di Negeri Kedah 🦅
02/09/2026
KEDAH KE FINAL 🤲
Jom ramai² saksikan aksi Perlawanan Akhir Kejohanan Sepak Takraw MSSM 2026 ...
KEDAH U18 akan bertemu Selangor
2hb Sept 2026 ( Rabu ) jam 2.00 ptg Live di TikTok Kedah Eagle ...
Mohon Doa & sokongan dari semua buat Pasukan Kedah 🦅
01/09/2026
REGU 12 & 18 thn KEDAH KE SEPARUH AKHIR 🤲
Pasukan bawah 12 & 18 tahun berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir selepas menewaskan lawan masing.
Teruskan berdoa buat ke 2 Pasukan Kedah di peringkat seterusnya ...
InSyaaAllah ada LIVE di TikTok Kedah Eagle pagi esok ...
26/08/2026
MSS KEDAH & PESTAK TERUS ERATKAN KERJASAMA ‼️
Tanggal 26hb Ogos 26 telah berlangsungnya upacara simbolik penyerahan Jersi kepada Pasukan Sepaktakraw MSS KEDAH ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) oleh Legenda Emas Negara Tuan Abd Malik Samsudin selaku Naib Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah ( PESTAK ) mewakili Dato' Abd Aziz Sheikh Fadzir selaku Presiden PESTAK kepada Tuan Yusman dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah .
" Semoga sumbangan dari Persatuan ini dapat membantu menaikkan motivasi & semangat Pasukan MSS Kedah dalam mengharungi kempen Kejohanan Sepak Takraw MSSM "
Tn. Abd Malik Samsudin.
Kejohanan Takraw MSSM akan berlangsung pada 29 - 2 Sept 2026 di Seremban , Negeri Sembilan & admin mendapat perkhabaran akan ada Live di saluran Astro Arena .
InSyaaAllah admin akan update dr masa ke semasa .
Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah & Majlis Sukan Sekolah Negeri Kedah akan terus bersatu di bawah 1 payung dalam Usaha mengangkat sukan Sepak Takraw Kedah ke landasan yg lebih baik & di geruni serta di hormati seluruh Negara .
25/08/2026
GOOD LUCK TEAM TAKRAW MSSM KEDAH 🔥
Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah ( PESTAK ) sangat serius dalam Pembangunan semula Sepak Takraw di Negeri Kedah ,
Hubungan antara PESTAK & Majlis Sukan Sekolah Kedah ( MSSK ) di terjemahkan dalam bentuk bantuan Peralatan mahupun kemahiran ...
Semoga sumbangan ini dapat menaikkan motivasi serta semangat buat anak² Kedah yg akan berjuang menaikkan martabat Sepak Takraw Kedah ...
Selamat Maju Jaya Team Takraw MSSM Kedah pd Kejohan di Seramban bermula 29hb Ogos 2026 hingga 2 September 2027 🦅
23/08/2026
LIVE !!!
Separuh Akhir ( Regu )
Kedah v Sabah
TVS Entertainment is LIVE | TikTok
Sepak Takraw Separuh Akhir. | Check out TVS Entertainment's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from TVS Entertainment.
20/08/2026
KUADRAN mula kan Acara dengan kemenangan ke atas Johor ‼️
Skuad Kuadran mula kan Perlawanan pada pagi ini dengan kemenangan 2 - 1 ke atas Johor ...
Laluan tidak begitu mudah kepada Skuad Kuadran apabila di beri tentangan yg hebat oleh Pasukan Johor .
Jam 4 petang ini , Skuad Kuadran akan berhadapan Pahang yg juga gagah dlm Acara KUADRAN ,
Doakan Pasukan KUADRAN dapat melangkah lebih jauh dalam acara ini ...
Bagi Skuad BEREGU p**a , Kedah terpaksa berpuashati di tempat terbawah Kump**an selepas tewas Kali ke 3 pagi tadi di tangan Pahang ...
Kita mengambil maklum & akan mula memberi lebih tumpuan kpd acara Beregu selepas ini ...
Jangan lupa ada Live di TikTok Kedah Eagle jam 4 ptg ni , kita bg sokongan yg padu buat Skuad Kuadran Kedah ...
Pulun Kedah Pulun 💪
17/08/2026
PAHIT HARUS DI TELAN ...
Langkah Pasukan Kedah bg acara Berpasukan terhenti di peringkat Kump**an 🥹 ...
Kiraan mata memisahkan antara Kedah Johor & Terengganu ...
Anak helang akan terus bersemangat utk 3 lagi acara yg di pertandingkan ...
Mohon Doa & sokongan dr semua 🙏