Takraw Kedah Eagle

Takraw Kedah Eagle

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Takraw Kedah Eagle, Sports Team, Alor Setar.

Photos from Takraw Kedah Eagle 's post 14/05/2026

PESTAK SERIUS BANGUNKAN SEPAK TAKRAW KEDAH

Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah ( PESTAK ) telah menghantar 2 Jurulatih wanita ke Kursus Jurulatih Sepak Takraw Wanita anjuran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia - PSM di Akademi Sepak Takraw Malaysia .

Takraw Kedah cukup serius membantu Pembangunan Akar umbi sekarang di mana kerjasama erat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah & di bawah Program National Sepaktakraw Development Program NSTDP telah wujud Department baru ( Sepak Takraw Wanita ) dalam misi membantu Sepak Takraw Negara melahirkan lebih ramai Pemain Sepak Takraw yg berkualiti .

2 peserta tersebut merupakan Pemain Sepak Takraw Wanita ,
salah satunya adalah Puan Anis , beliau merupakan bekas Pemain Sepak Takraw Negeri Kedah & Negara yg juga Pemenang Pingat Sukan Sea tahun 2011 kini melatih Pasukan Sepak Takraw Wanita di bawah Program NSTDP berpusat di SMK TATAR bersama Cik Wana yg juga Pemain Sepak Takraw Negeri Kedah .

Langkah seterusnya akan di susuli di peringkat sekolah bagi kategori wanita InSyaaAllah , sama² kita doakan Sepak Takraw Kedah & Negara terus bergerak maju 🤲 .

12/04/2026

Tahniah Pak Long kita Zuleffendi Sumari Feeder Terbaik Kejohanan 💪

08/04/2026

Perit untuk di telan 😔

Tetapi Ini lah proses ...
Usaha membangunkan sesuatu memerlukan Usaha & kesabaran yg tinggi ...

Terima kasih kepada semua yg mendoakan serta menyokong Pasukan Kedah dlm kempen Piala Emas Khir Johari 2026 Kali ini ...

Terima kasih Dato' Abd Aziz Sheikh Fadzir ( DAFA ) , GajahMas , YB Radhi Mat Din , Majlis Sukan Negeri Kedah , serta Kapli Sportswear yg membantu dr segi pembiayaan Pasukan Takraw Kedah ,
Terima kasih Pengurusan Pasukan serta semua Pemain yg memberi komitmen yg sngt tinggi ...

Kami akan terus berusaha ...
Ini Darulaman 🦅


08/04/2026

MISI WAJIB MENANG ‼️

Petang ni ( Rabu ) jam 3 petang jgn lupa , di Channel YouTube Persekutuan Sepaktakraw Malaysia - PSM Kedah menentang Melaka ...

Bantu Team Kedah Doakan keajaiban berlaku dlm kempen Piala Emas Khir Johari Edisi kali ini ...

Ini Darul Aman 🦅🔰

Photos from Radhi Mat Din's post 07/04/2026

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KEBANGSAAN PIALA EMAS KHIR JOHARI KE-58 | 2026.

Jangan lupa malam ini, perlawanan tumpuan Kedah lawan Negeri Sembilan.

Jom hadir berikan sokongan kepada pasukan kesayangan kita di Stadium Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur atau ikuti siaran langsung di Youtube Channel Persekutuan Sepaktakraw Malaysia - PSM BOLAROTANTV.




07/04/2026

Memperkenalkan Barisan Pengurusan & Pemain yg membawa Nama Negeri Kedah dalam Kejohanan Sepaktakraw Piala Emas Khir Johari 2026 ....

Mohon Doa & sokongan dari seluruh warga Negeri Kedah dlm kempen Piala Emas Edisi ke 58 ini ...

Ini Darul Aman 🦅🔰

07/04/2026

Jangan lupa MALAM ni Perlawanan tumpuan Kedah vs Negeri Sembilan ...
Yg mana ada TV android bole buka YouTube channel Persekutuan Sepaktakraw Malaysia - PSM BOLAROTANTV utk tgk LIVE game ...
Yg mana dok kat area KL Mai ramai² kat Stadium Jalan Raja Muda Kampung Baru Kuala Lumpur ....

06/04/2026

Jangan lupa Game malam ni , Kedah vs Negeri Sembilan ....

04/04/2026

Bismillah 🤲 ...

Berikut senarai Nama Pemain yg akan menggalas Nama Negeri Kedah ke Pentas besar Piala Emas Khir Johari 2026 .

Format utk Kejohanan ini berbeza dari Kejohanan lain , antara Syarat dlm Kejohanan ini adalah bermain dlm Kategori Berpasukan bg Lelaki & Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja .

Kedah menyenaraikan hampir 95 % Pemain yg berasal & bermaustatin di Negeri Kedah di mana kerjasama yg erat bersama Majlis Sukan Negeri Kedah telah membawa kpd 8 Pemain SUKMA Kedah ke Kejohanan besar ini dalam persedian Pasukan SUKMA Kedah bersaing di SUKMA pd Ogos ini ...

Projek ini adalah sebahagian daripada perancangan Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah dlm mengangkat semula pemain² yg berasal atau bermaustatin di Negeri Kedah ke peringkat Kebangsaan & antarabangsa .

Semoga Usaha ini membuahkan hasil seterusnya mengangkat martabat Sukan Sepak Takraw Negeri Kedah ke tahap yg lebih tinggi .

Ini Darul Aman 🦅🔰

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Alor Setar