21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Salam dua sama buat semua 😊👍
Behavioral Influence & Applied Psychology
Body Language • Cognitive Bias • Decision-Making
Strategic Advisory & Corporate Training
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Salam dua sama buat semua 😊👍
20/03/2026
Pejam celik, Ramadan yang penuh barakah kini melabuhkan tirainya. Ada rasa sayu yang terselit di celah kegembiraan menyambut kemenangan, mengenangkan adakah ini kali terakhir kita berpeluang merebut rahmat-Nya di bulan mulia.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185:
"...وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ"
"...Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan hendaklah kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
Kemenangan sebenar bukan pada pakaian yang baru tetapi pada hati yang kembali kepada fitrah dan ketaqwaan yang bertambah. Marilah kita menyambut Aidilfitri ini dengan penuh rasa tawaduk dan syukur.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan ini (Taqabbalallahu Minna Wa Minkum).
Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan usia untuk kembali bertemu dengan Ramadan-Mu pada tahun hadapan. Amin Ya Rabbal Alamin.
20/03/2026
Alhamdulillah, kita menghampiri tirai penutup Ramadan setelah sebulan berpuasa.
Namun, dalam keriangan menyambut Aidilfitri, terbit rasa sayu di hati apabila mengenangkan Ramadan yang telah berlalu.
Banyak kenangan manis yang kita lakar bersama sepanjang bulan mulia ini. Solat Terawih, berbuka puasa dengan ahli keluarga, bersahur bersama-sama. Segala pahala yang dijanjikan, segala keampunan yang ditawarkan. Semuanya begitu berharga.
Kini, Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Namun, marilah kita teruskan semangat ibadah yang telah kita tanam sepanjang bulan ini.
Teruskan solat, teruskan membaca Al-Quran, teruskan bersedekah. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.
"Ya Allah, terimalah segala amalan kami sepanjang bulan Ramadan ini. Ampunilah segala dosa kami. Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan usia agar kami dapat bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan. Perbanyakkanlah rezeki kami, sihatkanlah tubuh badan kami. Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kami dunia dan akhirat. Amin."
Mari kita doakan agar kita semua diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat keampunan dan keredhaan.
24/02/2026
Masalah Organisasi Bukan Pada Sistem Tetapi Pada Ego Yang Tidak Dikawal
Banyak organisasi hari ini terperangkap dalam kitaran yang meletihkan. Apabila timbul masalah, perkara pertama yang mereka lakukan adalah menyalahkan prosedur.
Mereka mula menukar SOP, merombak carta organisasi, malah sanggup mengubah keseluruhan struktur syarikat.
Namun, ada satu perkara yang mereka jarang sekali berani sentuh: perubahan tingkah laku.
Realitinya, hampir 90% krisis dalaman sebenarnya bermula daripada ego defensif yang tidak disedari.
Secara psikologinya, apabila seseorang merasa kedudukan atau pandangannya tercabar, dia tidak lagi bertindak berdasarkan logik rasional. Sebaliknya, dia bertindak semata-mata untuk mempertahankan identiti dan maruahnya.
Di sinilah bermulanya bibit-bibit kerosakan yang bersifat 'halus' melalui:
Sabotaj secara senyap yang sukar dikesan oleh mata kasar;
Komunikasi pasif-agresif yang merosakkan budaya kerja, serta
Keputusan yang sengaja diambil hanya untuk "mengajar orang lain" tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Ini bukan lagi isu kegagalan sistem. Ini adalah Risiko Tingkah Laku (Behavioral Risk) yang kritikal.
Selagi risiko ini tidak dikenal pasti dan diuruskan dari awal, organisasi tersebut akan terus berputar dalam kitaran kegagalan yang sama walau berapa kali pun SOP ditukar.
18/02/2026
Ramadan datang bukan sekadar untuk mengubah jadual makan tetapi ia hadir untuk mentarbiah diri.
Bulan ini adalah satu bentuk latihan pengurusan risiko dalaman yang melibatkan risiko emosi, ego serta keputusan yang dibuat dalam keadaan marah, tergesa-gesa atau dipengaruhi bias.
Kita sering berbicara tentang risiko dalam organisasi, namun jarang sekali kita mengaudit risiko di dalam diri sendiri. Sebenarnya, Ramadan melatih kita tentang:
- Disiplin apabila tiada siapa yang memerhati.
- Kawalan emosi ketika diprovokasi.
- Keputusan yang lebih sedar dan tidak reaktif.
- Integriti walaupun wujud peluang untuk mengambil jalan mudah.
Inilah asas kepada kepimpinan sebenar. Pada masa yang sama, Ramadan juga mengingatkan kita untuk mengetepikan sengketa.
Konflik yang berpanjangan selalunya bukan berpunca daripada fakta, sebaliknya datang daripada persepsi dan ego yang tidak diurus.
Jika kita mampu menahan lapar dan dahaga, kita seharusnya mampu menahan keinginan untuk menang dalam setiap perdebatan. Kembali bersatu bukan tanda lemah, ia adalah tanda matang.
Gunakanlah Ramadan ini untuk membersihkan niat, menstruktur semula keutamaan, menguatkan disiplin peribadi dan membina semula hubungan yang retak.
Salam Ramadan. Semoga bulan ini menjadikan kita lebih sabar, lebih bijaksana dan lebih berintegriti.
11/02/2026
Jangan Terpedaya dengan Wajah!
Pernah tak kita berjumpa seseorang dan dalam masa 3 saat, kita merasakan dia "sombong" atau "tak mesra" hanya sebab dia tak senyum?
Sebenarnya, itu adalah bias kognitif iaitu jalan pintas otak kita yang malas nak berfikir panjang!
Hakikatnya, ramai kawan-kawan kita yang mengalami kelumpuhan muka (seperti Bell’s Palsy atau sindrom Moebius) sering dihakimi secara salah. Mereka bukan tak mesra, tapi otak kita yang "gagal" membaca isyarat yang tak lisan.
Baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Mengapa Ekspresi Muka Bukan Penentu Karakter? Memahami Bias Terhadap Kelumpuhan Muka Ekspresi Muka Bukan Penentu Karakter: Mengapa Otak Kita Sering Terpedaya? Banyak yang percaya bahawa manusia adalah makhluk rasional, namun hakikatnya itu hanyalah sebuah ilusi. Dalam tempoh kurang daripada lima saat pertama Fahami mengapa ekspresi muka bukan penentu karakter sebenar. Ketahui kesan bias kognitif terhadap individu dengan kelumpuhan muka (Bell's Palsy) dan....
10/02/2026
Realiti Pahit Dunia Kerjaya: Usaha vs. Kuasa
Ramai yang masih terperangkap dengan pemikiran bahawa satu-satunya kunci kejayaan di tempat kerja adalah usaha keras. Kita sering percaya bahawa jika kita datang awal dan balik lewat, maka tangga korporat akan menjadi milik kita secara automatik.
Itu adalah naratif yang paling selamat untuk dipercayai kerana ia membuatkan kita rasa mulia dan berintegriti. Namun hakikatnya, dunia korporat jarang sekali memberi ganjaran kepada usaha semata-mata.
Sistem tidak memandang peluh, sebaliknya ia memandang kesan dan keselarasan.
Ganjaran sebenarnya diberikan kepada tingkah laku yang bijak menyesuaikan diri dengan sistem kuasa yang wujud dalam organisasi. Itulah sebabnya kita sering melihat fenomena yang kelihatan tidak adil, antaranya:
Si Rajin yang Statik iaitu mereka yang bekerja kuat di belakang tabir namun kekal di takuk lama kerana tidak tahu cara menonjolkan nilai diri.
Si Lantang yang Pantas yang mana mereka mungkin kurang bekerja tetapi tahu bila mahu bersuara dan di hadapan siapa mereka perlu kelihatan sibuk.
Si Jujur yang Tersingkir terutamanya mereka yang terlalu berpegang pada prinsip sehingga dianggap sebagai ancaman atau batu penghalang kepada agenda politik pejabat.
Ini bukan soal menjatuhkan moral, tetapi ini adalah tentang celik realiti.
Jika kita masih memegang prinsip bahawa buat baik nanti sistem akan balas, kita mungkin tidak naif malah kita cuma belum benar-benar diuji oleh badai politik pejabat. Dalam dunia realiti, kita bukan sahaja perlu menjadi pekerja yang baik, tetapi juga perlu menjadi pemain catur yang bijak.
22/01/2026
Budaya “ikut sahaja” jarang bermula dengan arahan.
Ia bermula dengan isyarat.
Isyarat yang datang bukan daripada ayat tetapi daripada bahasa badan yang berulang.
Nada suara yang turun bila soalan diajukan. Mata yang tidak bertentang ketika idea dicadangkan. Badan yang condong ke belakang sebaik cadangan muncul. Tangan yang disilangkan ketika pandangan berbeza dibuka. Semua ini dibaca lebih cepat daripada kata-kata.
Pemimpin sering menyangka mereka bersikap neutral. Hakikatnya, tubuh mereka sedang menghantar mesej:
“Ini bukan masa untuk berbincang.”
Manusia menyesuaikan diri dengan cepat. Contohnya, setiap kali seorang pemimpin memandang jam ketika orang bercakap, memotong ayat sebelum selesai, menarik nafas panjang tanpa sedar, mengetuk meja ketika tidak bersetuju, tanpa disedari satu pelajaran sedang diajar.
Berfikir itu berisiko. Diam lebih selamat.
Budaya “ikut sahaja” tidak dibentuk oleh dasar. Ia dibentuk oleh postur, reaksi wajah, dan cara berada dalam ruang.
Apabila badan pemimpin menutup, fikiran pasukan turut menutup. Apabila bahasa badan mengawal, keberanian mula mengecil.
Pemimpin kemudiannya mulai keliru. Mereka bertanya kenapa pasukan tidak proaktif, tidak berani mencadangkan idea atau tidak mencabar keputusan.
Jawapannya jarang pada sikap staf.
Ia hadir daripada isyarat bukan lisan yang dihantar setiap hari.
Organisasi tidak kehilangan daya fikir kerana orang tidak pandai berfikir. Ia 'hilang' kerana mereka membaca bahasa badan pemimpin dan memilih untuk kekal selamat.
21/01/2026
Ada satu soalan penting yang jarang ditanya oleh pemimpin, “Adakah orang di sekeliling saya benar-benar bercakap jujur?”
Ramai menganggap kejujuran wujud selagi tiada bantahan.
Mesyuarat sunyi dianggap setuju.
Ketiadaan konflik dianggap harmoni.
Hakikatnya, kejujuran jarang hilang secara mendadak. Ia hilang secara perlahan-lahan.
Satu idea dipatahkan tanpa disedari.
Satu soalan dijawab dengan nada defensif.
Satu mesyuarat ditamatkan terlalu cepat.
Perkara kecil begini menghantar mesej jelas iaitu bersuara ada kosnya, lebih baik diam. Diam lebih selamat.
Apabila perkara ini berlaku secara berulang, pemimpin akan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang sudah ditapis.
Bukan kerana mereka tidak bijak tetapi kerana ruang untuk kejujuran semakin sempit.
Kadang-kadang masalah sebenar bukan keputusan yang salah tetapi tingkahlaku yang membuatkan orang berhenti bercakap benar.
20/01/2026
Hari ini ramai bercakap tentang strategi, KPI dan sistem. Tetapi dalam banyak organisasi yang saya perhatikan, masalah sebenar jarang berpunca daripada semua itu.
Ia berpunca daripada tingkah laku kecil yang tidak disedari.
Contohnya:
a. Pemimpin yang tidak sedar reaksinya membuat orang 'berhenti bercakap',
b. Mesyuarat yang nampak harmoni tetapi sebenarnya 'senyap',
c. Keputusan yang berulang bukan kerana ia keputusan yang betul tetapi kerana selesa (comfort zone).
Semua ini bukan isu sikap. Ia risiko tingkahlaku.
Masalahnya, risiko ini jarang direkodkan, tidak muncul dalam laporan dan selalunya hanya disedari apabila prestasi sudah jatuh.
Sebab itu kerja saya bukan mengajar orang bercakap dengan lebih yakin tetapi membantu pemimpin melihat isyarat yang mereka hantar tanpa sedar dan bagaimana isyarat itu mempengaruhi kepercayaan, keputusan, dan keberanian orang di sekeliling mereka.
Organisasi jarang gagal kerana kurang idea. Ia gagal kerana tingkah laku manusia yang dibiarkan terlalu lama.
07/01/2026
Apabila Wajah Senyap, Bahasa Badan Lain Bersuara.
Apabila Wajah Senyap, Bahasa Badan Lain Bersuara Ada satu perkara yang jarang kita sedari. Dalam beberapa saat pertama bertemu seseorang, kita belum pun mendengar cerita hidupnya, tetapi kita sudah
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 12:00 |