Minda Cergas

Minda Cergas

Share

Page ini dibuat bertujuan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat.

28/10/2021

Tabiat merokok merosakkan paru-paru dan melemahkan daya tahan badan terhadap jangkitan kuman.

Tidak pernah terlewat untuk berhenti merokok. 👉 jomquit.com

25/10/2021

Mereka dah lama rancang, kita sahaja yang lalai.

"Kurang Haram" Agenda Terbaharu Syarikat Tembakau

YBMK dan KKM jangan mudah terpedaya dengan taktik tembakau. Ada udang di sebalik batu. Ini cara-cara syarikat tembakau menormalisasi tembakau agar ia diterima masyarakat dan kerajaan. Polisi kesihatan seperti kawalan produk tembakau tidak sepatutnya dipengaruhi oleh syarikat tembakau.

Merujuk kepada The Global To***co Industry Interference Index (GTIII) 2020, Malaysia menduduki tangga kedua terendah di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Negara Brunei menduduki tempat pertama dalam GTIII ini. Ini menunjukkan Malaysia amat lemah di dalam mencegah aktiviti melobi dan campur tangan daripada pihak Industri Tembakau. Adakah kita ingin negara kita seperti sebuah negara Amerika Latin di mana industri dadah sedang mengawal penuh struktur pentadbiran dan polisi kerajaan?

KKM dan kerajaan seolah-olah lemah di dalam aktiviti kawalan yang mana sebenarnya kita telah tandatangani perjanjian FCTC WHO.

Di dalam laporan GTIII, indikator no 2 menunjukkan sebuah NGO yang telah disponsor oleh syarikat tembakau, telah membuat satu program "Kembali Ke Sekolah", yang telah dirasmikan oleh setiausaha politik PM ketika itu dan disokong oleh kerajaan dan Menteri Besar Kedah.

Maka tidak hairanlah jika tempoh hari, KKM melalui mantan YBMK dan Pengurusan Tertinggi KKM dilaporkan bergambar dengan Industri Tembakau dan melakukan CSR dengan yayasan ini dan dipaparkan di media sosial KKM. Selepas ianya viral, barulah posting berkenaan diturunkan daripada media sosial. Adakah pengurusan tertinggi KKM menganggap CSR sebegini tidak melanggari mana-mana undang-undang negara di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau PPKHT 2004? Penerimaan ini jelas melanggar Artikel 5.3 WHO Frame work Convention on To***co Control (FCTC) yang telah menggariskan setiap anggota parti mesti memastikan tiada campur tangan industri tembakau di dalam mana-mana pembangunan polisi kawalan tembakau.

Laporan antarabangsa ini juga menunjukkan, tiada perubahan di dalam aktiviti pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan dan KKM.

Malah tiada sebarang pelaporan rekod interaksi antara syarikat tembakau dan kerajaan seolah-olah membiarkan sahaja mereka merancang segala polisi kesihatan berkaitan tembakau tanpa mempedulikan pandangan pakar kesihatan dan NGO-NGO kesihatan.

Terkini kita disesatkan dengan agenda syarikat tembakau termasuk harm reduction (kurang haram), kemasukan rokok tidak sah akibat kawalan di bawah WHO FCTC dan yang lebih menyedihkan permohonan moratorium cukai eksais untuk syarikat ini.

Adakah kita perlu tunduk dan membiarkan syarikat tembakau ini terus mempengaruhi polisi kesihatan kita sedangkan hal ini melibatkan nyawa dan kesihatan masyarakat kita.

Mohon pihak kerajaan, KKM dan agensi kerajaan lain yang terlibat cakna dan patuh tentang apa yang telah kita tandatangani.

Adakah kita masih tidak belajar pengalaman polisi tembakau yang lama dan telah menyebabkan kematian 20,000 penduduk Malaysia setiap tahun dan kerugian 3 billion setiap tahun untuk merawat penyakit yang disebabkan rokok?

Sumber
https://exposetobacco.org/country/malaysia/

Photos 21/07/2021

Pecahan kes baharu , 20 Julai 2021.

14/07/2021

Pecahan kes baharu .

12/07/2021

Bila kita wajib tukar minyak masak?

1. Warna minyak menjadi perang pekat
2. Minyak berbau tengik
3. Warna makanan digoreng tidak menarik
4. Minyak jadi lebih likat
5. Asap banyak dihasilkan ketika dipanaskan
6. Rasa makanan digoreng tidak sedap

Belajar sesuatu hari ini? Kongsikan pada yang lain.

Dan jangan lupa untuk likes FB Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk banyak lagi info keselamatan makanan.

08/07/2021

Pecahan kes baharu , 7 Julai 2021.

Photos 05/07/2021

Status Terkini , 4 Julai 2021
Kes sembuh= 5,271
Jumlah kes sembuh= 705,486
Kes baharu positif= 6,045 (20 import)
Jumlah positif= 778,652
Kes kematian= 63
Jumlah kes kematian= 5,497
Kes dirawat di ICU= 917
Bantuan alat pernafasan= 443

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 01/07/2021
01/07/2021

Pecahan kes baharu , 1 Julai 2021.

Photos 01/07/2021

Status Terkini , 30 Jun 2021
Kes sembuh= 4,929
Jumlah kes sembuh= 682,680
Kes baharu positif= 6,276 (16 import)
Jumlah positif= 751,979
Kes kematian= 62
Jumlah kes kematian= 5,170
Kes dirawat di ICU= 905
Bantuan alat pernafasan= 452

Photos 26/06/2021

Status Terkini , 25 Jun 2021
Kes sembuh= 6,775
Jumlah kes sembuh= 657,739
Kes baharu positif= 5,812 (32 import)
Jumlah positif= 722,659
Kes kematian= 82
Jumlah kes kematian= 4,803
Kes dirawat di ICU= 870
Bantuan alat pernafasan= 433

Photos 16/06/2021

Status Terkini , 15 Jun 2021
Kes sembuh= 6,831
Jumlah kes sembuh= 593,695
Kes baharu positif= 5,419 (6 import)
Jumlah positif= 667,876
Kes kematian= 101
Jumlah kes kematian= 4,069
Kes dirawat di ICU= 922
Bantuan alat pernafasan= 450

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Ayer Keroh