11/02/2021
Semua individu yang disyaki telah terdedah dengan virus covid-19 diwajibkan menjalani tempoh kuarantin 10 hari.
Mereka adalah kontak rapat kepada kes Covid-19 dan juga Individu yang baru pulang dari negara luar.
Mengapa 10 hari, bukan 7 hari atau 3 hari?
Ini adalah kerana tempoh pengeraman virus (incubation period) bagi virus ini adalah antara 5-6 hari. Sebelum ini, tempoh kuarantin adalah 14 hari, namun selepas kajian lanjut dilakukan, didapati kebolehjangkitan telah menurun sehingga kurang dari 1% pada hari ke 10. Oleh itu, tempoh kuarantin telah dipendekkan dari 14 hari ke 10 hari.
Namun sehingga kini, tiada kajian atau bukti kukuh menunjukkan tempoh 3 hari mencukupi dan selamat walaupun menggunakan kaedah “travel bubble”
Ya, memang benar aktiviti ekonomi perlu dimulakan segera, namun pandemik perlu ditangani dengan berkesan terlebih dahulu 🙏🏻
09/02/2021
Siapa yang malam-malam ini tengah mengidam nak makan benda manis? Sekiranya anda ada gejala berikut, mungkin anda telah mula ketagih kepada gula😱. Anda berisiko menghidap kencing manis, sakit jantung dan sesetengah kanser tau.
08/02/2021
Pecahan kes baharu (3,731)
Selangor
317 kluster sedia ada
103 kluster baharu (Tapak Bina Lembah Selatan, Jalan Bagan, Ampang Campuran)
605 saringan kontak rapat
581 lain-lain saringan
Johor
109 kluster sedia ada
30 kluster baharu (Jalan Gangsa Dua)
87 saringan kontak rapat
271 lain-lain saringan
2 import
KL
48 kluster sedia ada
168 saringan kontak rapat
150 lain-lain saringan
6 import
Melaka
264 kluster sedia ada
26 saringan kontak rapat
23 lain-lain saringan
P.Pinang
197 kluster sedia ada
7 saringan kontak rapat
46 lain-lain saringan
Sarawak
78 kluster sedia ada
34 kluster baharu (Seruas)
48 saringan kontak rapat
59 lain-lain saringan
Sabah
16 kluster sedia ada
97 saringan kontak rapat
47 lain-lain saringan
N.Sembilan
73 kluster sedia ada
18 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan
Perak
29 kluster sedia ada
5 kluster baharu (Taman Segar & Lorong Mawar)
18 saringan kontak rapat
19 lain-lain saringan
Kedah
15 kluster sedia ada
9 saringan kontak rapat
19 lain-lain saringan
Pahang
30 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan
Kelantan
1 kluster sedia ada
23 saringan kontak rapat
8 lain-lain saringan
Terengganu
9 kluster sedia ada
16 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan
Putrajaya
6 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan
Perlis
2 lain-lain saringan
05/02/2021
berisiko mendapat kanser usus
Hari ini adalah Hari Kanser Sedunia. Antara kanser yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia adalah kanser usus kolorektal.
Kami senaraikan beberapa punca kanser usus. Antara yang baru diketahui puncanya adalah daging proses. Risiko kanser kolorektal meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari. 😱
Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!
Perokok? Memang risiko yang diketahui ramai.
Jadi pada yang s**a memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari.
03/02/2021
Bolehkan Vaksin COMIRNATY mengubah DNA atau genetik seseorang?
Rujuk infografik yang disediakan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
02/02/2021
Hanya yang pernah alami sahaja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila sedang alami situasi tubuh dihimpit sehingga menyesakkan. Hendak menjerit mulut terkunci dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan.
Ianya biasa berlaku dalam masa singkat, tetapi yang alaminya terasa cukup lama!
Fenomena ini sebenarnya boleh dijelaskan dari sudut sains. sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.
Walaupun OTAK sudah terjaga, namun OTOT badan masih lagi dalam keadaan tidur. Seseorang itu tidak akan mampu bergerak dan tidak mampu bersuara walaupun mencuba untuk berteriak sekuat hati.
Pada waktu inilah perasaan cemas dan panik menyelubungi diri lebih-lebih lagi sekiranya ia pengalaman pertama kali.
Faktor Penyebab
1. Tidak cukup tidur
2. Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Untuk mencegah kejadian di himpit
1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
4. Mendapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sekiranya kekerapan kejadian semakin bertambah
01/02/2021
senaman lompat tali
Malam-malam sejuk ni, best kalau bersenam. Rasa segar. Apa kata kita cuba lompat-lompak malam ni - skipping.
Semasa kanak kanak, memang ligat anda bermain dengan tali skipping, setelah lama di tinggalkan dan tidak lagi menjadi rutin, ia mungkin agak mencabar untuk anda kembali melompat.
Apa yang hebat mengenai aktiviti melompat tali ini, ia menggerakkan banyak otot SERENTAK dan menguatkan sendi sendi tulang.
Selain melatih kekuatan otot, aktiviti ini juga merangsang koordinasi iaitu keseimbangan tubuh.
Tidak perlu bayar yuran gimnasium, tali skipping juga tidak mahal, tahan lama dan paling penting ia boleh dilakukan dimana mana. Memang rugi jika anda tidak melakukan aktiviti mudah ini terutama jika anda bercita cita untuk menurunkan berat badan.
30/01/2021
info obesiti dan risiko kanser
1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Berat badan berlebihan dan obes meningkatkan risiko kepada pelbagai jenis kanser.
Kawal berat badan anda, kurangkan risiko kanser.
*Hari Kanser Sedunia pada 4 Feb -