11/03/2021
Rasa cuaca semakin panas, hujan semalam pun sekejap sahaja. Malam pun panas. Cuaca sehari dua ni lain macam panasnya. Mandi malam pun airnya suam panas. Tekak p**a rasa kering dan haus. Anda hadapi apa yang kami rasai?
Jabatan Meteorologi Malaysia telah menyatakan kita sedang berada pada penghujung Fasa Monsun Timur Laut. Taburan hujan di Semenanjung Malaysia adalah rendah dan cuaca menjadi panas.
Pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang mencukupi. Banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas.
Di sini kami senaraikan perbezaan keletihan haba dan strok haba. Strok haba boleh berlaku jika anda mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Jika anda mengalami gejala keletihan haba, pastikan anda mencegahnya daripada menjadi strok haba dengan mengamalkan seperti yang tertera di dalam infografik ini.
Simpan infografik ini atau share di profile anda. Jika kawan anda pengsan di waktu kepanasan ini, senang nak rujuk jika diperlukan nanti.
Dan juga, elakkan pembaziran air dan pembakaran terbuka. Ianya akan meningkatkan suhu dan kita mungkin akan mengalami masalah air nanti.
Semoga membantu.
10/03/2021
05/03/2021
04/03/2021
03/03/2021
01/03/2021
27/02/2021
26/02/2021
25/02/2021
27/01/2021