12/12/2022
Masalah mental BUKAN dibuat buat untuk meraih simpati atau belas kasihahan
Jus Eurika - Jus Lulusan KKM untuk merawat sakit sendi dan gout berulang
12/12/2022
Masalah mental BUKAN dibuat buat untuk meraih simpati atau belas kasihahan
01/12/2022
Tonsil adalah dua kelenjar kecil yang terletak di kedua-dua belah tekak. Pada kanak-kanak kecil, mereka membantu melawan kuman dan bertindak sebagai perisai terhadap jangkitan.
Apabila tonsil dijangkiti, ia sebenarnya telah berjaya menghalang jangkitan dan menghentikannya dari merebak lebih jauh ke dalam badan! Syukur ada tonsil.
Biasanya tonsillitis berpunca dari jangkitan virus. Oleh itu ia TIDAK memerlukan rawatan antibiotik. Jangkitan bakteria berlaku apabila ada nanah keputihan di tonsil, tanpa batuk dengan kelenjar membengkak di tengkuk. Jika anda disyaki mengalami jangkitan bacterial tonsillitis, antibiotik akan diberikan.
Rawatan tonsillitis adalah ubat demam, minum banyak air & berehat. Jika gejala berterusan melebihi 4 hari atau anak tidak makan/ minum sila dapatkan pemeriksaan lanjut.
Apabila sistem imun kanak-kanak berkembang dan menjadi lebih kuat, tonsil menjadi kurang penting dan biasanya mengecut. Dalam kebanyakan orang, badan mampu melawan jangkitan tanpa tonsil.
Pembedahan membuang tonsil dilakukan jika ia terlalu kerap dijangkiti.
29/11/2022
26/11/2022
Gangren boleh membawa kepada komplikasi yang serius jika ia tidak dirawat dengan segera. Bakteria boleh merebak dengan cepat ke tisu dan organ lain. Anda mungkin perlu membuang bahagian badan (dipotong) untuk menyelamatkan nyawa anda.
Sebagai pencegahan, pastikan diabetes terkawal, berhenti merokok dan kawal berat badan.
*masih awal lagi, layan dahulu info dari PHM 🤗
24/11/2022
Ramai yang alami batuk dan sakit tekak selepas penat berkempen dan berhujah menganalisa situasi politik tanahair.
Jangan risau. Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik.
Gunakanlah cara alternatif yang telah terbukti berkesan.
1 . Madu
Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.
2. Kumur Air Garam
Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati jangan tertelan p**a
3. Minum teh
Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk
4. Pelembab Udara
Selain itu, jika ada humidifier atau pelembab udara boleh gunakan untuk melembabkan persekitaran. Minum banyak, jangan merokok dan pastikan cukup tidur untuk menguatkan ketahahanan tubuh
22/11/2022
Akibat kurang tidur dan ingatkan hari ni cuti. ðŸ˜
Ambil peluang tengahari ini untuk power nap.