28/05/2021
Semasa kempen pilihanraya, jentera kempen besaran ditubuhkan. Peraih peraih undi datang dari segenap tempat masuk ke kampung kampung pedalaman dan pemimpin pemimpin tempatan menjadi tonggak kepada gerakan kempen.
Kempen untuk vaksinasi haruslah sehebat kempen pilihanraya. Bayangkan, jutaan rakyat masih lagi belum mendaftar untuk vaksin. Mereka ini bukannya anti vaksin atau enggan vaksin, tetapi majoritinya golongan terpinggir dan pedalaman yang tidak mendapat akses untuk pendaftaran.
Hal ini perlu menjadi agenda UTAMA negara kerana ,
- Insidens kes positif berbanding jumlah pop**asi antara yang tertinggi di dunia
- Bilangan kematian harian meningkat, katil ICU sudah penuh
- PKP penuh tidak mampu dilakukan untuk kepentingan ekonomi masyarakat
Jangan hanya tunggu dan mengharap KKM sahaja, mereka telah terlalu sibuk dengan aktiviti merawat dan kawalan penyakit.
Kepada pemimpin tempatan, belia belia kampung harapan bangsa, inilah peluang untuk anda menyinar. Ini ruang untuk anda membantu bersama dalam memerangi pandemik.
Cepat2 kita capai imuniti kelompok dan meletakkan titik noktah kepada kelesuan pandemik ini.
26/05/2021
Kalori/ tenaga yang diambil secara berlebihan daripada makanan sangat susah untuk disingkirkan sepanjang tempoh “Duduk Di Rumah” ini terutamanya jika kita tidak aktif.
Makanan bergoreng dan bersantan antara contoh makanan tinggi kalori yang boleh menyumbang kepada risiko kegemukan dan penyakit tidak berjangkit.
Jom hadkan makanan yang berlemak dan berminyak dan ambil peluang untuk makan secara sihat bersama keluarga di rumah😎
Kita bukan sahaja perlu elakkan dari jangkitan Covid-19 tetapi juga penyakit berkaitan pemakanan yang lain..
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Selangor
25/05/2021
Kekal aktif di rumah semasa tempoh PKP ini disamping amalkan pemakanan sihat..
Walaupun pergerakan kita agak terhad semasa pandemik COVID-19 ini, bukanlah alasan untuk kita tidak aktif..kita harus kekal aktif supaya badan kita sentiasa cergas dan sihat di samping dapat mengawal berat badan.
Semasa tempoh PKP ini banyak masa akan dihabiskan di rumah, berikut merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan supaya kekal aktif. Ayuh kita KEKAL AKTIF & SIHAT!!!
Nutritionist Penang
24/05/2021
Sudahlah berjaya merentas negeri atas pelbagai alasan, kemudian mereka berhimpun p**a beramai ramai semasa aidilfitri bersama sanak saudara di kampung🤦🏻♂️
Ini adalah antara jalan cerita perebakan kluster terkini di Malaysia. Cukup menyakitkan hati melihat kes sebegini masih berlaku disaat kes jangkitan berada di puncak.
Majoriti rakyat Malaysia memang patuh dengan larangan merentas negeri dan berkorban dengan tidak beraya di kampung. Hanya kerana nila setitik begini menyebabkan setempayan perlu menanggung kerosakan.
21/05/2021
LAKSA Mana Pilihan Anda?
Laksa Penang, Laksa Kedah, Laksa Sarawak, Laksa Terengganu, Laksa Kelantan, Laksam, Laksa Johor..yang terbaruu Laksa Pahang😎
Pelbagai jenis LAKSA mengikut negeri boleh didapati dimana-mana kerana ada peminatnya yang tersendiri...
LAKSA merupakan menu hidangan yang lengkap terdiri daripada sumber karbohidrat, protein & terdapat sayur- sayuran yang pelbagai..
Kuah LAKSA yang menggunakan bahan utama daripada IKAN merupakan sumber protein yang baik tidak kisah la ikan mahal atau pun murah..setiap satunya ade nutrien tersendiri yang penting untuk fungsi badan..
Spageti, laksa atau pun bihun juga merupakan dalam kump**an makanan yang sama iaitu KARBOHIDRAT..
Kesimp**annya bergantung kepada selera individu nak pilih yang mana ikut selera tekak masing- masing..yang penting walau sedap macam mana pun tetap perlu ambil secara SEDERHANA dan jangan berlebihan!
Jangan gaduh-gaduh yang penting jaga KUANTITI & KALORI✌️
20/05/2021
Depression can affect your body as well as your mind. Know the physical symptoms: https://wb.md/2SYyVm6
07/05/2021
Jika anda selalu rasa perut tidak selesa selepas berbuka seperti kembung, pedih ulu hati dan lain-lain, cuba elakkan makanan ini.
Mulakan dengan buah-buahan dan air kosong dan makan perlahan-lahan.
Makan secara berlebihan juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut..jadi BERSEDERHANALAH!
Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu
06/05/2021
Malapetaka boleh berlaku pada bila bila masa di mana jua. Tidak kira pada siapa.
Keperluan kepada produk darah tetap ada, tidak mengira pandemik mahupun bulan puasa. Walau bagaimanapun, pendermaan dan pengump**an darah saban hari menunjukkan trend penurunan berbanding pembekalan ke hospital dan pesakit.
Bantu kami menstabilkan stok darah kita 🥺
05/05/2021
Adakah anda merupakan pengguna atau penjual produk kosmetik berikut,
⚠️Deeja Cosmetic Yulai Cream - Hydroquinone
⚠️Deeja Cosmetic Laila Cream - Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
Bahan beracun telah ditemui dalam 2 produk tersebut. Sila hentikan pengambilan serta merta
04/05/2021
Asma merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberi tekanan kepada beban kesihatan awam.
Ramai beranggapan asma hanya menyerang kanak-kanak tetapi sebenarnya asma boleh berlaku pada semua peringkat usia. Penghidap asma tidak membataskan seseorang untuk bersenam jika terkawal.
Walaupun tiada rawatan untuk menyembuhkan asma setakat ini, serangan asma boleh dicegah dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Dengan pandemik yang berlaku, penghidap asma merupakan antara golongan berisiko mendapat jangkitan yang teruk jika dijangkiti dan menjadi golongan sasar untuk Fasa Kedua Program Imunisasi Kebangsaan (PICK).
*Hari Asma Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini.