28/10/2021
5 Tips Mudah kita boleh sama-sama amalkan.!
5 Tips Pemakanan Sihat l Ringkas, Mudah dan Menarik
Pemakanan sihat tidak semestinya hanya perlu makan sayur semata-mata, ada perlu ikuti tips mudah yang diberikan, dan hasilnya pada kesihatan anda sendiri.Ton...
17/09/2021
Semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon mendaftarkan institusi masing-masing di Portal Vaksin-Anak-Ku.
Ibu/bapa dan penjaga kepada remaja disaran untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera.
28/05/2021
Kita masih berada dalam fasa PKP dan darurat. Elakkan pergi ke tempat orang ramai. Gunakan alternatif yang ada.
27/05/2021
Jika kita melihat kepada PKP pertama dahulu, rakyat rata-rata bersemangat dan bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi membendung penularan C-19 dan kita berjaya melandaikan keluk kes jangkitan.
Namun sejak September tahun lepas ditambah dengan kebenaran merentas negeri serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kes positif C-19 kian bertambah. Ini membuatkan rakyat mula letih dan berfikir bila pandemik ini akan berakhir.
Sekarang ini, ada mengikut SOP dan ada yang tidak. Mengapa? Ini adalah kerana 'kelesuan pandemik' yang menyebabkan masyarakat leka dan tidak berwaspada. Segala ceruk kampung ada jangkitan komuniti, siapa yang membawanya kalau bukan warga kota yang merentas negeri.
Sikap sesetengah pemimpin masyarakat, influencer berpengaruh yang bersikap acuh tidak acuh terhadap kelesuan yang dialami rakyat mengeruhkan lagi keadaan. Apa susah sangatkah untuk menunjukkan contoh yang baik? Takkan perkara basic seperti tatacara pemakaian facemask masih tidak lepas.
Lihat polis yang menjaga sempadan negeri pun sudah cukup kasihan. Berhujan berpanas dalam pondok kanvas menyaring satu demi satu, mendengar alasan demi alasan
Apakah yang tinggal untuk mengembalikan semangat masyarakat untuk kembali bersemangat melawan pandemik?
26/05/2021
Kalori/ tenaga yang diambil secara berlebihan daripada makanan sangat susah untuk disingkirkan sepanjang tempoh “Duduk Di Rumah” ini terutamanya jika kita tidak aktif.
Makanan bergoreng dan bersantan antara contoh makanan tinggi kalori yang boleh menyumbang kepada risiko kegemukan dan penyakit tidak berjangkit.
Jom hadkan makanan yang berlemak dan berminyak dan ambil peluang untuk makan secara sihat bersama keluarga di rumah😎
Kita bukan sahaja perlu elakkan dari jangkitan Covid-19 tetapi juga penyakit berkaitan pemakanan yang lain..
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Selangor
25/05/2021
Sedih 😭. Sebak bila melihat wajah anak-anak sewaktu video call yang viral di whatsapp. "Mak! Mak! Ya Allah. Ampunkan kami mak. Maafkan kami." Mereka menjerit kesedihan membayangkan mungkin itulah kali terakhir mereka meratap wajah mak dan ayah mereka.
Baru-baru ini juga terdapat kes si anak menyesal kerana balik beraya kerana menjadi punca kepada kematian orang tersayang. Gambar raya bersama ibu bapa tercinta tidak lagi ditatap sebagai hari yang menggembirakan. Ada yang mengalami tekanan dan depression dan sedang menjalani rawatan. Kesan C19 meninggalkan kesan yang berpanjangan.
Di dalam hati mereka menyesal seumur hidup kerana tidak dapat melakukan lebih untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi.
Semakin banyak video call yang telah direkod viral di whatsapp. Ada diambil ketika pesakit sedar dan ada atas ihsan anggota kesihatan di ICU.. Kita patut berterima kasih pada mereka. Keluarga pesakit kongsikan untuk supaya kita boleh mengambil iktibar kerana mungkin ada di antara kita yang masih ada lagi insan yang kita perlu lindungi.
24/05/2021
Infectious Disease Society (IDSA) telah menyenaraikan aktiviti mengunjungi kasino sebagai aktiviti BERISIKO TINGGI bersama aktiviti mengunjungi bar, konsert besar dan acara sukan di stadium
Oleh itu, aktiviti mengunjungi kasino menerusi Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik sewajarnya TIDAK DIBENARKAN dan berpotensi menyebabkan risiko penularan penyakit dikalangan pengunjung yang rata rata merupakan golongan berisiko tinggi.
Adalah penting untuk menjana aktiviti pelancongan domestik pada ketika ini, namun keselamatan dan kesihatan perlu diutamakan.
21/05/2021
Selamat Menjamu Selera~
Jangan lupa untuk makan secara SEIMBANG & SEDERHANA, ok!
Jomm amalkan 😎
20/05/2021
Pecahan kes baharu (6,806)
18/05/2021
Too much of certain foods can make it harder for your liver to do its job. Over time, that may lead to inflammation, which in turn could cause cirrhosis. https://wb.md/3oc1kAs
07/05/2021
Pecutan terakhir untuk berhenti merokok dalam bulan mulia ini .
https://jomquit.moh.gov.my