"Pewaris Menggerakkan Seni " Beliau berhasrat untuk "mengebom Melaka" iaitu ingin meluaskan seta memperkenalkan Seni Gayung Fatani di Melaka .
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
"..Adat dagang kembali ke negeri, adat gayung bersambut, adat kata bersahut, jika hutang dibayar yang dipinjam dipulangkan, dariNya kita datang kepadaNya sekelian kembali atas syariat Rasulullluah. InsyaAllah" -Anuar Abdul Wahab AMN 13 April 2006
Sejarah Pembukaan Gelanggang Di Ayer Keroh
- Pada mulanya Tok Guru Ust Amizan menyatakan hasra
t beliau untuk membuka gelanggang di Ayer Keroh . Mulai saat itu , selangkah demi selangkah usaha dilakukan . Ahli-ahli Seni Gayung Fatani Cawangan Melaka bertungkus-lumus berganding bahu memikul amanah guru-guru untuk membangunkan warisan ini . Dengan usaha ahli-ahli Seni Gayung Fatani yang Senior , pada Tahun 2012 , beberapa Gelanggang telah dibuka di negeri Melaka ini .
- Pada 23 November 2011 , Hari yang bersejarah , Ust Amizan telah membuka gelanggang Seni Gayung Fatani Di Ayer Keroh . Seramai 8 orang ahli baru mendaftar ahli . Saat berganti minit , minit berganti jam , jam berganti hari , hari berganti bulan , ahli-ahli Seni Gayung Fatani Ayer Keroh kian bertambah . Banyak aktiviti-aktivii berfaedah telah dilakukan .
- Sedang Kelab ini membangun , banyak dugaan yang dihadapi . Ust Amizan dan anak-anak didik beliau tetap tabah menghadapinya . Pantang Pendekar Berundur walau Selangkah ! Guru Seni Gayung Fatani Peringkat Melaka iaitu Cikgu Arif banyak membantu , beliau banyak memberi kata-kata semangat yang membakar . "Pentingkan Kualiti daripada Kuantiti" ! itulah antara kata-kata beliau .
- Alhamdulillah , segala Puji Bagi Nya , Kelab ini tetap membangun . Seramai 3 orang Ahli wanita yang baru mendaftar .
- Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ust Amizan kerana memperkenalkan Seni Gayung Fatani di Ayer Keroh ini , jika tidak kami tidak kenal apa itu ilmu kependekaran Melayu . Dalam aliran ini juga , kami belajar mengenal tuhan , selangkah demi selangkah kami berubah mendekati Nya . Terima Kasih Cikgu Arif yang banyak memberi kata-kata motivasi , yang banyak memberi bantuan kepada kami . Terima Kasih banyak-banyak Guru-Guruku , Ust Amizan Dan Cikgu Arif . Terima Kasih juga kepada jurulatih-jurulatih Seni Gayung Fatani yang banyak membantu kami mengenal langkah tari , membantu kami mengenal seni , tanpa mengenal rasa penat dan jarak yang jauh . Jasamu Ibarat Lautan Tak Bertepi , Mencurah ilmu menabur bakti , Membimbing kami membentuk peribadi .