24/08/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐇𝐈𝐊𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐌𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔)
𝟐𝟐 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Program Johor Merdeka Hike 2026 (JMH 2026) merupakan penganjuran kali kelima yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Isrec Adventure dan Malim Gunung Perhutanan Johor. Program ini melibatkan tujuh (7) lokasi pendakian yang terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Johor.
Seramai 311 orang peserta telah menyertai program ini. Mersing telah dipilih sebagai lokasi utama pelepasan (flag-off) bagi peserta program JMH 2026. Sesi 𝑓𝑙𝑎𝑔-𝑜𝑓𝑓 utama telah berlangsung di Hutan Taman Negeri (HTN) Gunung Arong, Mersing sebelum para peserta meneruskan pendakian ke puncak Gunung Arong yang mempunyai ketinggian 240 meter dari aras paras laut (a.p.l.). Acara pelepasan peserta telah bermula pada jam 8.00 pagi dan disempurnakan oleh YBrs Tuan Mohd Syahrir Azrin bin Salleh, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, serta diiringi oleh pegawai-pegawai kanan yang hadir.
Program Johor Merdeka Hike 2026 (JMH 2026) merupakan program tahunan yang dianjurkan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan yang melibatkan komuniti pendaki, khususnya di Negeri Johor. Penganjuran program ini turut menjadi salah satu platform bagi mempromosikan potensi eko-pelancongan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Johor, di samping memperkenalkan keunikan serta kepelbagaian sumber rekreasi hutan kepada masyarakat.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, para peserta turut membawa Jalur Gemilang sepanjang aktiviti pendakian dan mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera Negeri Johor sebaik sahaja tiba di puncak gunung. Pengisian tersebut bukan sahaja menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, malah turut menyumbang kepada usaha memupuk semangat patriotisme, semangat cintakan tanah air iaitu Negara Malaysia dan Negeri Johor Darul Ta'zim.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan Johor Merdeka Hike 2026 (JMH 2026) bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai destinasi rekreasi dan eko-pelancongan, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti rekreasi hutan secara sihat, selamat dan bertanggungjawab. Program ini juga diharap dapat memberi impak positif kepada pembangunan sektor eko-pelancongan Negeri Johor serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah hutan negeri.
Isrec Adventure ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program Johor Merdeka Hike 2026 (JMH 2026). Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang disamping memupuk semangat