25/01/2026
Persatuan Bola Sepak Daerah Baling
“Halaman rasmi bola sepak daerah Baling – info perlawanan, pasukan, bakat muda & komuniti setempat
25/01/2026
22/06/2025
Satu sesi taklimat ringkas telah diadakan malam ini melibatkan para pengadil yang akan bertugas sempena Kejohanan MSSD Bola Sepak Peringkat Daerah Baling yang bakal bermula esok.
⠀
Perjumpaan ini bertujuan untuk menyelaras tugasan, memperkemas pemahaman terhadap peraturan perlawanan, serta memastikan kelancaran pengurusan kejohanan bola sepak sepanjang minggu pertandingan.
⠀
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Encik Mohd Zohri Tajuddin dan Encik Shaharuddin Man dari KFA, atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama semua pengadil yang hadir.
Semoga segala pengisian yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya sepanjang kejohanan berlangsung.
29/05/2025
Perlawanan persahabatan antara pasukan MDB dan MPSPK bakal berlangsung petang ini sebagai persediaan menghadapi Liga PBT yang dijadualkan bulan depan.
Ini peluang terbaik untuk kedua-dua pasukan menguji keserasian pemain, taktikal dan kekuatan jentera masing-masing sebelum aksi sebenar bermula..
Jom penuhkan MINI STADIUM BALING petang ni...!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke halaman rasmi ini. Saya dengan rendah hati ingin memperkenalkan diri sebagai individu yang bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan kandungan di sini.
Insya-Allah, halaman ini akan digunakan untuk berkongsi maklumat, ulasan dan perkembangan berkaitan bola sepak, khususnya dalam konteks daerah Baling.
Terima kasih atas sokongan anda. Semoga segala perkongsian di sini memberi manfaat kepada semua.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Baling
09200