Real Bonito FC

Real Bonito FC BASED : SRI AMAN SARAWAK

SINCE : 2024

FOR FRIENDLY MATCH PLEASE DONT HESITATE TO CONTACT US 0145832085(Waynez Jr)

Happy Malaysia Day ‼️
16/09/2026

Happy Malaysia Day ‼️

Gasss ‼️Hujung minggu ini berkampung di Engkelili gess🔥🔥
27/08/2026

Gasss ‼️Hujung minggu ini berkampung di Engkelili gess🔥🔥

FIRST SPONSORSHIP FOR JOGA BONITO FT ‼️THANKS YOU VERY MUCH DATUK AMAR DOUGLAS UGAH EMBAS😉🤝PASUKAN KAMI JUGA MENGALU²KAN...
08/07/2026

FIRST SPONSORSHIP FOR JOGA BONITO FT ‼️THANKS YOU VERY MUCH DATUK AMAR DOUGLAS UGAH EMBAS😉🤝

PASUKAN KAMI JUGA MENGALU²KAN SPONSORSHIP LAIN UNTUK BEKERJASAMA DENGAN KAMI .. SEBARANG INFO PASAL TAJAAN & PERBINCANGAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI 01113282297(RINA) .. TQ FOR UR SUPPORT🤝

Cerita hujung minggu tumpang rezeki kawan² ‼️Terima kasih yg x terhingga pada Tuan JR kerana sudi bersama² menguruskan p...
29/06/2026

Cerita hujung minggu tumpang rezeki kawan² ‼️Terima kasih yg x terhingga pada Tuan JR kerana sudi bersama² menguruskan pasukan untuk kali ini .. MIASIM x BONITO .. ternyata first collab membuahkan hasil positif mahu dari bahagian pengurusan ataupn pemain yg telah all out bertungkus lumus sehingga Champion di Kejohananan Bolasepak 7 Sebelah anjuran PIBG SK ST.MARTIN LACHAU .. Looking forward to work together with all of you once again .. We're the CHAMPION guyss 🔥🔥🔥🔥🔥

SEDIKIT PERSPEKTIF TENTANG PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SARAWAKKadang-kadang mudah untuk memberi amaran, mengkritik atau mempe...
15/06/2026

SEDIKIT PERSPEKTIF TENTANG PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SARAWAK

Kadang-kadang mudah untuk memberi amaran, mengkritik atau mempertikaikan sesuatu usaha yang baru bermula.

Tetapi hakikatnya, membina ekosistem bola sepak bukan perkara yang boleh siap dalam semalam.

Bukan juga sekadar membawa masuk pemain import atau menaturalisasikan pemain sesuka hati.

Setiap negeri mempunyai cabaran, keutamaan dan pelan pembangunan yang berbeza.

Apa yang penting, semuanya perlu selari dengan prinsip pembangunan pemain tempatan dan kepentingan jangka panjang bola sepak.

Di Sarawak, kita baru sahaja memulakan semula usaha membangunkan struktur bola sepak yang lebih tersusun.

Liga Premier Sarawak baru memasuki fasa awal.

Liga bawah umur juga sedang dibangunkan bersama pelbagai pihak termasuk penaja dan pemegang taruh.

Matlamatnya jelas.

⚽ Mencungkil bakat baharu

⚽ Menghidupkan semula bola sepak di peringkat bahagian

⚽ Menyediakan laluan pembangunan yang jelas daripada akar umbi sehingga ke peringkat profesional

Ramai mungkin tidak tahu bahawa syarat penyertaan Liga Premier Sarawak pada peringkat awal sengaja diringankan.

Bukan kerana tiada standard.

Tetapi kerana objektif fasa pertama adalah untuk menarik penyertaan dan mengaktifkan semula ekosistem bola sepak di seluruh Sarawak.

Selepas asas itu kukuh, barulah syarat-syarat tambahan boleh diperkenalkan secara berperingkat.

Contohnya:

✅ Kuota pemain bawah 21 tahun atas padang

✅ Jurulatih berlesen

✅ Fitness Coach

✅ Standard pengurusan yang lebih tinggi

Dan banyak lagi perkara yang sedang dirancang.

Pembangunan bola sepak bukan perlumbaan 100 meter.

Ia adalah maraton.

Kalau baru setahun berjalan, kemudian terus dihukum seolah-olah gagal, bagaimana kita mahu maju?

Kadang-kadang sebelum membuat kesimpulan, lebih baik bertanya dahulu.

Fahami dahulu objektif sesuatu program.

Lihat dahulu keseluruhan pelan yang sedang dibina.

Kerana apa yang sedang dibangunkan di Sarawak hari ini bukan sekadar sebuah liga.

Ia adalah satu laluan pembangunan untuk memastikan lebih ramai anak Sarawak mempunyai peluang bermain bola sepak secara profesional pada masa hadapan.

Dan itu sepatutnya menjadi matlamat yang kita semua sokong bersama.

💙💛❤️

Beri ruang untuk proses berkembang. Nilai hasilnya apabila asasnya sudah kukuh.

JOM PENUHKAN SLOT ‼️BERMINAT NAK HANTAR TEAM BOLEH PM NO DI BAWAH 👍😉
15/06/2026

JOM PENUHKAN SLOT ‼️BERMINAT NAK HANTAR TEAM BOLEH PM NO DI BAWAH 👍😉

Cerita hari ini ‼️Tournament LSK 2026 .. Skuad Joga Bonito Ft berjaya melepasi group stage tapi malangnya terkandas di Q...
14/06/2026

Cerita hari ini ‼️Tournament LSK 2026 .. Skuad Joga Bonito Ft berjaya melepasi group stage tapi malangnya terkandas di Quarter Final apabila seri 0 - 0 di masa penuh & kalah sepakan penalti 3 - 2 kepada pasukan PASIR PANAS FC .. Belum ada rezeki untuk melangkah lebih jauh untuk Joga Bonito Ft serta tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang untuk edisi kali ini iaitu Delisya Ft‼️Bounce back stronger Bonito next tour 💪🔥

SELESAI SESI CABUT UNDI UNTUK FUTSAL LSK SRI AMAN ‼️SEMOGA ADA MANIS² AHAD NI UNTUK JOGA BONITO FT🔥🔥💪
11/06/2026

SELESAI SESI CABUT UNDI UNTUK FUTSAL LSK SRI AMAN ‼️SEMOGA ADA MANIS² AHAD NI UNTUK JOGA BONITO FT🔥🔥💪

Address

Bandar Sri Aman

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Real Bonito FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category