06/12/2025
SESI PERTAMA - 27/11/2025 (KHAMIS)
SESI KEDUA - 1/12/2025 (ISNIN)
Program Sukan Tahunan Kakitangan KWSP Cawangan Batu Pahat. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada KMBP untuk menguruskan program sukan tahunan mereka setiap tahun semenjak 2021 hingga kini. Tahniah kepada semua yang terlibat. Jom kita libatkan diri dalam program sihat dan bermanfaat.
18/11/2025
Jom sertai guyzzz..
https://linktr.ee/SmartArchery
10/11/2025
BENGKEL ASAS MEMANAH SIRI 2 2025 |
8 NOV 2025
Program hujung tahun dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah Batu Pahat . Terima kasih kepada peserta dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Politeknik Mersing, SRJT Chaah, SRJC Bukit Pasir dan ahli KMBP berjaya menyertai bengkel ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
01/11/2025
Pendaftaran telah pun ditutup. Tahniah kepada peserta yang berjaya mendaftar dan terima kasih di atas sokongan. Jumpa di sana nanti π
14/10/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan sukan ini atau mereka yang berminat tapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan atau ingin tahu apa itu memanah? Anda digalakkan sertai program ini. Ianya terbuka kepada semua golongan. Program ini dianjurkan oleh Kelab Memanah Bitara Persada dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah Batu Pahat sebagaimana ketetapan berikut:
π BENGKEL ASAS MEMANAH SIRI 2 2025
π ποΈ 8 November 2025
π Bilik Taklimat Korporat,
Pejabat Daerah Batu Pahat,
Jalan Bakau Condong, Batu Pahat, Johor.
π TUTUP PENDAFTARAN
ποΈ 31 Oktober 2025
π Tempat terhad. Pendaftaran akan ditutup
sekiranya kuota mencukupi.
π Pemakaian pelitup muka digalakkan semasa
sesi taklimat dijalankan.
π΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈ
πΊ Untuk pendaftaran, sila klik pautan :
https://forms.gle/cuwsVF5M7nP9hPjX8
Penyertaan anda amat dialu-alukan dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan πΉ
13/10/2025
11 OKTOBER 2025 (SABTU)
PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MEMANAH BAWAH 12 BPHC 1.0 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH 2025.
Pertandingan anjuran PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BATU PAHAT bantuan teknikal dari Kelab Memanah Bitara Persada dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah Batu Pahat. Terima kasih pelajar IPGM Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat (ahli THOSAC) menyumbang tenaga membantu melancarkan program pertandingan.
Ianya adalah salah satu platform untuk anak-anak bawah 12 agar mereka dapat pendedahan dan timba pengalaman dalam pertandingan memanah. Selain itu pertandingan ini dapat memeriahkan lagi sukan memanah Batu Pahat. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jangan lepaskan peluang untuk sertai program anjuran KMBP tidak lama lagi. Kita jumpa next program ye. I π BP ARCHERY.
27/09/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacita dijemput semua penggiat sukan memanah berumur bawah 12 untuk sertai pertandingan sebagaimana ketetapan berikut:
π PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT PERTANDINGAN MEMANAH BPHC 1.0 BAWAH 12 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT 2025
π 11 Oktober 2025
π Padang MPBP, Bersebelahan Pejabat Daerah Batu Pahat, Jalan Bakau Condong, Batu Pahat, Johor.
π TUTUP PENDAFTARAN PADA 04 Oktober 2025
π΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈ
πΊ Untuk pendaftaran, sila klik pautan :
https://forms.gle/xk6my2cqqvvLd2r76
πΊ Jemputan dan maklumat pertandingan, sila klik pautan:
https://drive.google.com/file/d/1Cn9tnVKD-7G6l0nwRfyeV9uY7HvjywvZ/view?usp=drivesdk
π΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈπ΅οΈ
Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
17/09/2025
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dimaklumkan PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT PERTANDINGAN MEMANAH BPHC 1.0 BAWAH 12 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT ditangguhkan pada Oktober depan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak urusetia.
Harap maaf di atas segala kesulitan dan terima kasih.
23/08/2025
Jangan bertangguh lagi..tarikh tutup tinggal 3 hari lagi.. cepat-cepat daftar ye.
KURSUS KEJURULATIHAN MEMANAH TAHAP 1 SIRI 5 akan diadakan di Batu Pahat, Johor.
Jom sertai sebelum pendaftaran ditutup pada 26 Ogos 2025 atau cukup kuota. Sila imbas kod qr untuk dapatkan maklumat am dan syarat - syarat penyertaan. Pendaftaran hanya melalui sistem https://mareos.masarchery.org/ sahaja. Jangan lepaskan peluang !!!
22/08/2025
14-17 OGOS 2025 | KHAMIS - AHAD
Anjuran tahun ke 3 untuk acara daerah Batu Pahat. Kami masih bertatih lagi..banyak penambah baikan yang perlu dilakukan untuk penganjuran seterusnya. Sokongan hebat dari pasukan luar negara, pasukan dalam dan luar negeri Johor membuatkan kami akan terus berusaha untuk memastikan kejohanan memanah di selatan tanah air ini tidak terus sunyi. Jutaan terima kasih kepada Majlis Sukan Daerah Batu Pahat yang tidak pernah putus berikan sokongan dan dorongan dalam apa juga program anjuran kami. Sokongan padu dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat dan THO'S Archery Club sama-sama bertungkus lumus membantu dalam menjayakan pertandingan.
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BATU PAHAT, KPJ Specialist Hospital Batu Pahat, LA Sports Corporation dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama yang diberikan. Semoga kita berjumpa lagi di kejohanan yang akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang berjaya menyertai pertandingan ini. Terima kasih sekali lagi dari kami.
13/08/2025
Jualan peralatan memanah di Batu Pahat.. jangan lepaskan peluang.
Team kami akan berada di BP Heritage City 30M Archery Challenge 3.0 bertempat di IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor pada 15 - 17 Ogos 2025.
Banyak barangan menarik dengan harga istimewa akan kami bawa ke sana! Kepada semua warga Johor dan kawasan berdekatan, jangan lepaskan peluang untuk singgah di booth kami nantiβΌοΈ
https://www.lasports.com.my
Showroom kami dibuka :
Weekdays: 9 AM - 5.30 PM
Saturday: 9 AM - 1 PM
Atau SHOP ONLINE
Terima kasih atas sokongan anda!
Telefon: 03-6277 1497 (Office Hours)
WhatsApp: 017-617 6897 (Office Hours)