Akademi Bola Sepak Bentong Kids

Akademi Bola Sepak Bentong Kids

Share

Memberi peluang kepada kanak-kanak & remaja berusia 6-17 tahun yang berminat untuk mempelajari perm

Photos from Akademi Bola Sepak Bentong Kids's post 15/08/2026

Latihan berkala 15/8/26.

Terus kekal semangat. Pemain juga semakin bertambah.



Photos from Akademi Bola Sepak Bentong Kids's post 13/08/2026

BKFA mengucapkan sekalung tahniah 'The Best Goal Keeper', adik Arman dan Pasukan MSSP Bentong TKB (U15) di atas kejayaan merangkul Naib Johan TKB (U15) di Kejohanan Bola Sepak MSSP 2026.

Tahniah kepada seluruh Pasukan MSSP Bentong U12, U15, Dan U18 bahagian pengurusan, teknikal dan jurulatih di atas kejayaan penganjuran Kejohanan Bola Sepak MSSP 2026.

BKFA amat mengalu-alukan bakat-bakat muda yang berminat dengan bola sepak. Bukan sahaja sesi di padang tetapi BKFA juga menyediakan sesi khas untuk penjaga gol.


09/08/2026

BKFA mengucapkan Semoga Berjaya kepada seluruh Pasukan MSSP BENTONG U12 ,U15 & U18 pemain, penyelaras dan semua jurulatih yang terlibat.

Khususnya buat Pengurus, Jurulatih dan pemain BKFA 💪💪💪.


Photos from Akademi Bola Sepak Bentong Kids's post 19/07/2026

Training 18 Julai 2026

Terus bersemangat mengali ilmu.

Trust The Process



Photos from Akademi Bola Sepak Bentong Kids's post 12/07/2026

Tahniah dan syabas,

Buat Penjaring Gol terbanyak sepanjang Liga BKFA-TFFC U12 2026 untuk Divisyen Super, Perdana Dan A1. Semoga menjadi pendorong untuk maju dalam sukan bola sepak di masa akan datang.



Photos from Akademi Bola Sepak Bentong Kids's post 12/07/2026

Tamat sudah BKFA-TFFC League 2026, telah berlangsung setiap ahad selama 5 minggu bermula 14 Jun 2026 sehingga 12 Julai 2026. Disertai oleh 12 pasukan, menghimpunkan 175 pemain dari umur 9 hingga 12 tahun dan setiap pasukan diiringi oleh 3 pegawai termasuk jurulatih.

Bermain di peringkat kumpulan dan divisyen, memberikan minit permainan yang lebih buat semua pemain. Peningkatan mutu persembahan pemain terserlah dari minggu 1 ke minggu terakhir.

Kejohanan kali ini juga dimulakan 4 minggu sebelum MSSD Bola Sepak Bentong boleh dikatakan sebagai platform untuk membiasakan diri.

Tahniah buat pasukan yang peroleh Johan di setiap devisyen. Tahniah buat semua pemain dan pegawai pasukan kerana telah memberikan persembahan yang baik dan kerjasama disepanjang kejohanan berlangsung.



Photos from Akademi Bola Sepak Bentong Kids's post 12/07/2026

Training 11/7/2026

Usaha berterusan menghasilkan kejayaan.



Photos from Akademi Bola Sepak Bentong Kids's post 05/07/2026

27/6/2007 & 4/7/2026
Penutup June dan pembuka July

Latihan berkala. Tahniah pemain terus komited hadir latihan. Latihan yang konsisten dan kesungguhan berlatih akan mengeluarkan potensi diri

Kejayaan bukan datang secara kebetulan, tetapi lahir daripada usaha yang dilakukan berulang kali. 💪⚽l



Photos from Akademi Bola Sepak Bentong Kids's post 21/06/2026

20/6/2026 Minggu ke 2.

Latihan untuk persediaan 'BKFA-TFFC Grassroot League U12 2026' yang berlangsung setiap ahad Selama 5 minggu

Latihan minggu dengan kekuatan coach dan pemain 1:5 berjalan lancar. Terima kasih ibu bapa yang terus komited menghantar anak-anak.



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bentong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Bentong
28700

Opening Hours

08:00 - 10:00