23/04/2020
SuQan Outdoor
SuQan outdoor offers wide range of high quality outdoors and sporting equipments, apparels and acces
23/04/2020
Labour Day VR.
14/01/2020
Doraemon Belt!!
Untuk korang yang aktif bersukan macam berjoging, berlari join marathon, ke fun run ke, atau maybe nak pergi hiking sekejap setiap pagi pernah tak berdepan dengan masalah nak simpan barang penting macam phone, kunci atau duit kat mana? Guna beg besar sangat pulak..
Double Zipper Jogging Belt adalah penyelesaian kepada masalah korang. Belt ni boleh muatkan phone walaupun besar, boleh letak kad,kunci,energy gell dan macam2 lagi..
Kelebihan:
1. Ringan..
2. Serap peluh..
3. Boleh adjust ikut pinggang..
Harga cuma RM9.90 sahajaaa!!! Beli 5 dan ke atas free postage!
Like & Share
11/01/2020
TIPS PENDAKIAN GUNUNG IRAU
1. Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands dan gunung yang ke-15 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2110 meter. Ibarat "Fangorn Forest" di dalam filem, "Lord Of The Rings," merupakan antara tarikan aktiviti pendakian kerana keunikan hutan lumutnya di gunung ini.
2. Untuk membuat pendakian Gunung Irau, terlebih dahulu perlu memohon permit dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Permohonan boleh dibuat secara atas talian dilaman web http://forestry.pahang.gov.my/…/perlesenan-p…/mendaki-gunung.
3. Makluman keputusan permohonan akan diemel. Bagi bayaran permit, ia hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands.
4. Di nasihatkan membuat tembahan tarikh seawal mungkin kerana permit dikeluarkan hanya untuk 100 orang pendaki setiap hari. Yuran permit telah naik dari RM5 ke RM10 bermula Februari 2017 untuk seorang pendaki.
5. Sebelum pendakian, perlu ke Balai Polis Brinchang untuk memaklumkan maklumat pendakian seperti senarai ahli mendaki, waris yang boleh dihubungi, waktu dijangka tamat aktiviti mendaki dan sertakan salinan permit mendaki.
6. Perjalanan untuk ke tempat permulaan pendakian akan melalui ladang teh yang menghijau. Keadaan stuktur jalan telah pun dinaik pulih dari sebelumnya.
Walaubagaimanapun, keadaan jalan yang sempit dan banyak selekoh yang tajam memerlukan pemanduan yang lebih berhati- hati dan perlu membunyikan hon di setiap selekoh. Jika rasa tidak berkeyakinan untuk memandu sendiri, boleh menggunakan khidmat menyewa kenderaan ‘4x4’ yang banyak disediakan dengan harga yang berpatutan.
7. Biasanya pendakian mengambil masa 3 hingga 4 jam untuk sampai ke puncak bergantung kepada stamina masing- masing. Di nasihatkan memulakan pendakian awal pagi untuk mengelakkan aktiviti turun dilakukan pada lewat petang agar tiba di tempat permulaan pendakian sebelum waktu malam.
8. Peringkat permulaan trail agak mendatar dan laluan menurun sebelum trail mula mendaki. Ketika perjalanan, anda akan menjumpai pelbagai jenis bunga dan periuk kera serta mata disajikan dengan keindahan hutan yang berlumut yang menghijau.
9. Selepas dua jam mendaki, akan sampai kawasan lapang yang dipanggil Anak Irau atau ‘False Peak’. Dari sini memakan masa lebih kurang satu jam 15 minit untuk sampai ke puncak.
10. Pendaki dinasihatkan memakai ‘windbreaker’ kerana suhu pada waktu pagi di sini sejuk sekitar 20- 22 Celcius. Boleh juga bawa bersama baju hujan atau ‘poncho’ sebagai persediaan jika hujan kerana cuaca di sini tidak menentu.
11. Oleh kerana sepanjang pendakian untuk ke puncak tiada sumber air, anda perlu membawa bekalan air yang secukupnya. Bawa juga makanan untuk memberi tenaga seperti pisang, coklat, makanan tengahari untuk makan di puncak dan jangan lupa bawa bersama ‘air kemenangan’.
12. Hampir sepanjang pendakian, trail basah, lecak dan berlumpur. Jika langkah tidak diatur dengan berhati-hati, anda boleh terjatuh di dalam lumpur separas lutut. Pakai kasut yang bersesuaian. Disarankan memakai kasut getah atau ‘Adidas Kampung’ kerana ia selesa dan senang dicuci.
13. ‘Glove ‘ atau sarung tangan juga perlu di pakai untuk mengelakkan kecederaan pada tangan apabila perlu berpaut pada dahan atau akar kayu semasa mendaki.
14. Barang – barang lain sebagai langkah persediaan yang perlu di bawa seperti ubatan atau ‘basic first aid’ (minyak panas, pembalut luka, bandage), ‘headlamp’, wisel, pisau kecil, ‘lighter’ dan juga bawa bersama hati yang gembira.
15. Jaga alam sekitar dan jangan membuang sampah merata- rata. Jangan ambil apa- apa kecuali gambar. Jangan tinggalkan apa- apa kecuali jejak kaki.
16. Lakukan latihan fizikal beberapa minggu sebelum mendaki agar mendapat stamina yang baik. Berdoalah agar keaadan kesihatan dalam keadaan yang terbaik.
Kredit: Zaki Mat Ali
08/01/2020
Miri International 10K run RPC update..
Video ni sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dengan larian...
Like dan share page kami
03/01/2020
Ada yang hadapi masalah kaki cepat berpeluh? Berbau? even da pakai stoking? Lepastu stoking pulak licin? Apa kata korang try TBF Outdoor Compression Socks ni, antara socks yang menjadi pilihan customer saya nak pulak kaki outdoor sebab:
1.Stoking ni menyerap peluh
2.Anti odor! so kaki tak berbau!
3.Tak licin dan breathable!
4.Kaki tak sakit walaupun melompat!
5.Selesa walau pakai sehari suntuk!
Harga cuma RM40 + free postage seluruh Malaysia!!!
Sangat rugi kalau tak dapatkan sepasang sebab socks ni memang ramai yang cari tau! Stock pun makin menipis ni.
whatsapp kami di: http://www.wasap.my/+60149558781
sila like dan share page kami:
03/01/2020
Want to wear sunglass and spectacles at the same time? It's not possible until we get you Moffy Sunglasses 5-in-1 Set! 🤓
Features of Moffy Sunglasses are:
✔ Polarized function
✔ UV protection
✔ Built-in myopia frame
✔ Anti-slip nose pad design
✔ Suitable for outdoor activities
Price?? only RM70 FREE SHIPPING! !🚛
Whatsapp us if you are interested!
http://www.wasap.my/+60149558781
Please like and share our page:
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
97000