PKMT FC

PKMT FC

Share

MEDIA SOSIAL RASMI LIGA KESIHATAN MELAKA 2025/2026

14/07/2026

Terima kasih, CEO. Selamat Maju Jaya! 🖤💛

Seluruh warga PKMT FC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada En. Azuan Fuad, Ketua Operasi PKMT FC atas pelantikan sebagai Assistant Manager Teman FM FC bagi saingan Piala Cahya Mata 2026.

Kepercayaan yang diberikan ini adalah bukti kepada dedikasi, kepimpinan dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang bersama PKMT FC. Kami yakin pengalaman serta semangat juang yang dimiliki akan menjadi aset berharga buat Teman FM FC.

Walau di mana amanah digalas, keluarga PKMT FC sentiasa berdiri teguh memberikan sokongan. Semoga setiap perancangan dipermudahkan, setiap usaha diberkati dan kejayaan terus mengiringi langkah.

Terbang tinggi, bawa nama dengan penuh kebanggaan.
PKMT FC sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda. 



08/07/2026

"Bukan keputusan yang kami harap petang semalam. Kalah 1-4 kepada SWCorp yang dibarisi campuran pemain berpengalaman dalam liga yg lebih kompetitif.

Sukar untuk menelan kekalahan ini, tetapi kami akan belajar daripada kesilapan.
Syabas SWCorp atas kemenangan.
Kami akan kembali lebih kuat."

Azuan Fuad
Ketua Pegawai Operasi
PKMT FC.

Senarai pemain :
Hazmin (GK), Pakli (GK), Adib, Tenang, Haziq, Fikri, All , Ikhwan, Farid, Yul, Der, Ammar, Zul, Sadoh, Ali, Ayie, Zakier, Hilmi, Assif.

05/07/2026

Perlawanan Persahabatan Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Ayuh berikan sokongan padu kepada pasukan PKMT FC dan SWCorp 🤝⚽

​🗓️ Tarikh: Selasa, 7 Julai 2026

​🕠 Masa: 5.30 Petang

​🏟️ Tempat: Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit

​Sukan menyatukan kita.

03/07/2026

Rekod setakat ni dari Feb 2026 - kini :

📊 11 Perlawanan | 9W - 1D - 1L

⚽ 69 Gol Dijaringkan | 13 Gol Dibolosi

​Haziq Shah Putra sedang memimpin carta gol dengan 11 gol, tapi yang lain pun rapat sangat kat belakang.

Tahniah juga kepada yang Assist semua gol walaupun tiada nama direkodkan. Baru betul unsung hero 🤣

​Terima kasih atas sokongan padu korang selama ni. Next game, kita kasi gempur lagi! ⚡🦅

03/07/2026

HIGHLIGHT MATCH ⚽️🤘🏻

PKMT FC 8 - 1 MACC FC

03/07/2026

Padu line-up hari ni, masing-masing buat kerja.
Tahniah semua.

Good game well played kepada pasukan MACC Melaka. Terima kasih atas tentangan yang sengit!

Senarai Pemain : Fazlie (GK), Fikri, Tenang, Haziq, Arip, Ikhwan, Adib, Zul Yazid, Ali, Farid, Yul, Wajdi, Der, Sadoh, All.

29/06/2026

Bola Itu Bulat. Atas Padang Kita Lawan

​PKMT FC meneruskan siri perlawanan persahabatan menentang pasukan MACC Melaka. Perlawanan yang pastinya penuh dengan aksi bertenaga.

​See You On The Pitch guysss!

​🗓️ Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)

⏰ Masa: 5.30 petang

📍 Lokasi: Stadium Tun Fatimah

24/06/2026

HIGHLIGHT MATCH ⚽️

PKMT FC 7-1 MELAKA ALL STAR

Photos from PKMT FC's post 23/06/2026

Antara aksi pemain PKMT FC sewaktu perlawanan persahabatan bertemu Melaka All Star, malam tadi.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bukit Baru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Jalan Bukit Baru
Bukit Baru
75150