31/08/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง ๐๐-๐๐ ๐ฒ๐พ
Memenuhi jemputan ke Majlis Minum Petang sempena Sambutan Ke-70 Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) serta Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan SPPP bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi SPPP, Sdr. Datoโ Yeoh Soon Hin, atas jemputan ke program yang penuh bermakna ini.
Majlis berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran Jalur Gemilang yang dikibarkan dan disemarakkan bersama oleh peserta daripada pelbagai kaum. Semangat kebersamaan, perpaduan dan cintakan tanah air jelas terpancar dalam program ini.
Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan patriotisme terus subur dalam kalangan rakyat demi sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.
Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan! ๐ฒ๐พ
25/08/2026
Salam Maulidur Rasul 1448/2026M.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat semua yang menyambutnya.
21/08/2026
Kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan kejadian pokok tumbang ketika hujan lebat dan ribut. Justeru, saya amat mengambil berat akan keadaan pokok-pokok di sekitar kawasan, khususnya pokok yang berisiko membahayakan keselamatan penduduk.
Sehubungan itu, tindakan cantasan dan pemeriksaan oleh Jabatan Landskap amat penting bagi memastikan pokok-pokok yang tidak selamat dapat dikenal pasti dan tindakan sewajarnya diambil dengan segera.
Di Jalan Bagan Lalang, terdapat sepohon pokok kelapa yang telah berusia dan berada di tepi jalan. Hasil aduan yang diterima oleh MPKK Kampung Manggis, tindakan penebangan terhadap pokok tersebut telah dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan krisis serta Jabatan Landskap atas tindakan pantas dan usaha yang telah dilakukan demi memastikan keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.
Semoga kerjasama antara masyarakat dan pihak berkuasa seperti ini dapat terus diperkukuhkan demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan sejahtera.
10/08/2026
Jalur Gemilang tanpa bulan bintang berkibar di Batu Buruk, Terengganu. Di mana sembunyinya Ketua Pemuda UMNO YB (Yang Berlakon) Dr Akmal Saleh ?
Mungkin Akmal ni tengah sibuk nak but perhimpunan di Dataran Batu Buruk ya. Jangan pilih kasih nak kecam ikut kaum ya.
PEMUDA UMNO MALAYSIA
09/08/2026
Pokok tumbang di Taman Mesra Permai telah berjaya diselesaikan oleh Pasukan Pengurusan Krisis MBSP.
Terima kasih diucapkan kepada pasukan Krisis atas tindakan pantas dan respons segera dalam menangani kejadian ini.
07/08/2026
Saya telah menghubungi Jabatan Perhilitan bagi memohon pemasangan sangkar untuk menangkap kera liar yang sering berkeliaran di Taman Permainan Taman Sentral susulan aduan yang diterima daripada penduduk setempat.
Kehadiran kera-kera ini telah menimbulkan gangguan dan kebimbangan, khususnya kepada kanak-kanak serta orang ramai yang beriadah dan bersiar-siar di taman tersebut.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Perhilitan atas tindakan pantas, perhatian serta komitmen mereka dalam membantu menyelesaikan isu ini. Sehingga kini, sebanyak tiga ekor kera telah berjaya diumpan masuk ke dalam sangkar.
Semoga usaha ini dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk serta pengunjung di kawasan Taman Permainan Taman Sentral.
01/07/2026
Menerima laporan oleh MPKK Taman Lucky mengenai pokok tumbang akibat hujan lebat di Taman Teratai kini sedang dalam tindakan oleh Pasukan Krisis Jabatan Perbandaran MBSP.
Terima kasih diucapkan kepada pasukan atas tindakan pantas dan komitmen yang diberikan dalam mengendalikan situasi ini.
19/06/2026
Happy Dragon Boat Festival๏ผ
็ซฏๅ่ๅฎๅบท๏ผ
10/06/2026
Berdasarkan rekod Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan suhu purata permukaan meningkat secara berterusan sejak 1969. Kadar peningkatan adalah sekitar 0.24ยฐC setiap dekad di Semenanjung Malaysia.
Antara punca utama adalah pelepasan gas rumah hijau dan penebangan hutan bagi tujuan pembangunan bandar, pembinaan bangunan, jalan raya dan kawasan berturap menghasilkan kesan "p**au haba bandarโ.
Oleh yang demikian, usaha penanaman pokok menjadi begitu bermakna sekali kerana bersama-sama kita menambahkan kawasan hijau yang pasti akan memberikan impak positif kepada komuniti setempat.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada YB ADUN Sungai Puyu, pihak MBSP, Tenaga Nasional Berhad, Persatuan Cheng Hoe Tong Seberang Perai, kontraktor pelaksana, pemimpin komuniti dan semua pihak yang telah membantu menjayakan projek dan program ini.