29/11/2024
💖 **Jumaat Berkat, Rezeki Melimpah!** 💖
🌟 **Infaq untuk PA Sistem Baru Surau Al-Faizin** 🌟
**"Jangan lepaskan peluang! Bersedekah di hari Jumaat, pahala berganda-ganda!"**
Setiap sen sumbangan anda membawa seribu kebaikan. Ayuh, bersama kita tingkatkan kemudahan surau dan meraih keberkatan!
🔊 *"Sumbangan Anda, Masa Depan Surau Kita"* 🔊
Assalamualaikum,
Jawatankuasa SAF sedang menaiktaraf PA sistem surau untuk menggantikan peralatan yang rosak. Kos keseluruhan projek ini adalah RM18,320, dan SAF telah menerima peruntukan RM5,000 daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) melalui kaedah tuntutan selepas pembelian.
Bagi mencukupkan baki sebanyak RM13,320, kami memohon sumbangan infaq ikhlas daripada jemaah. Antara peralatan yang akan dinaiktaraf termasuklah audio mixer, amplifier, column speaker, active speaker, dan headset mic untuk meningkatkan kualiti suara semasa solat dan aktiviti surau.
Tabung khas ini dibuka sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga dana mencukupi. Jemaah yang ingin menyumbang boleh menggunakan kod QR khas atau terus transfer ke akaun: *Bank Muamalat*
*No. Akaun: 14020003300718*
*Rujukan: Infaq PA*
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT. Terima kasih atas sokongan jemaah.
Harap maklum dan terima kasih.