Digital Internet Association of Malaysia

Digital Internet Association of Malaysia

Share

iaM Mission-Raise awareness, foster capabilities and share benefits of Digital & Internet technology

Smart School IoT Hackathon is a Training Development Program & Competition organised annually by iaM. The program focuses on creating awareness or educating students on Internet of Things(IoT) & Entrepreneurship.

10/06/2026

"My mission in life is not merely to survive, but to thrive." β€” Maya Angelou

In a digital world, surviving is no longer enough. To truly thrive, we must embrace the tools, skills, and connections that the digital age offers. πŸ’‘

At Digital Internet Association Malaysia (iaM), we believe digitalisation is the key that turns everyday potential into real progress, empowering communities to grow, innovate, and lead. Let's not just keep up. Let's move forward, together. πŸš€




Photos from Digital Internet Association of Malaysia's post 08/06/2026

πŸŽ‰ Syabas dan tahniah kepada 15 pasukan terbaik yang berjaya melangkah ke fasa seterusnya dalam pertandingan Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 (Edisi Negeri)! πŸ”₯πŸ’‘

Anda semua membuktikan semangat inovasi dan kreativiti dalam membina solusi Smart City, Smart Agriculture dan Smart Tourism berasaskan teknologi Internet of Things (IoT)! πŸš€πŸŒΎπŸ™οΈ

Kejayaan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan kerjasama yang luar biasa daripada para peserta, guru pembimbing serta sekolah yang sentiasa menyokong pembangunan bakat digital generasi muda.

πŸ’‘ Kepada pasukan yang belum berjaya kali ini, jangan berputus asa. Semangat inovasi, pembelajaran dan keberanian mencuba adalah kemenangan yang sebenar. Teruskan berkarya dan berinovasi!

πŸ“… Nantikan maklumat lanjut mengenai sesi β€œhackathon week”

Teruskan usaha dan semangat MADANI menuju peringkat seterusnya! πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ.






07/06/2026

🌟 TVET: THE TOP CAREER CHOICE 🌟

Sempena TVET National Day 2026, mari kita raikan kuasa Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) sebagai pemangkin masa depan generasi Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ.

Daripada inovasi, pengaturcaraan, IoT, sehingga teknologi pintar, TVET membuka seribu satu peluang kerjaya untuk anak muda yang berkemahiran dan berdaya saing. πŸ’‘βš™οΈπŸ’».

Digital Internet Association Malaysia (iaM) komited memperkasa generasi digital melalui pelbagai inisiatif termasuk Smart School IoT-AI Hackathon dan Apa Kata AI.




02/06/2026

πŸ“’ Pengumuman Penting untuk Semua Peserta!

πŸ”Š Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 (Edisi Negeri) – Training 1: AI & IoT Automation Fundamentals

Sebagai persediaan untuk Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 (Edisi Negeri), kami, Digital Internet Association Malaysia (iaM) bersama rakan koleberasi yang lain iaitu Hap Seng Consolidated Berhad dengan PULSY Technology Sdn. Bhd akan mengadakan satu sesi latihan dalam talian yang wajib dihadiri bagi menyediakan semua peserta untuk pengalaman hackathon ini.

Selain itu, kami juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai sesi latihan ini bagi membuka minda anda berkenaan dengan β€œInternet of Things” dan juga Kecerdasaan buatan (AI).

Anjuran: PULSY Technologies Sdn. Bhd.
Disokong oleh: Digital Internet Association Malaysia (iaM) – sebuah organisasi bukan kerajaan yang komited dalam memperkasakan digital, inklusiviti, dan inovasi di seluruh Malaysia.
Ditaja oleh: Hap Seng Consolidated Berhad
Sebahagian daripada: National Level Smart School IoT-AI Hackathon 2026

🎯 Training 1: AI & IoT Automation Fundamentals
πŸ“… Tarikh: 6 June 2026
πŸ•˜ Masa: 9:00 AM – 11:30 AM
πŸ“ Platform: Microsoft Teams
(Pautan sesi latihan akan dikongsi menerusi email kepada peserta yang berdaftar)
Link Pendafatran: https://form.jotform.com/261388878966483

🚨 Perhatian: Latihan ini adalah wajib bagi semua peserta yang telah berdaftar untuk Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 (Edisi Negeri). Kehadiran anda diperlukan untuk melayakkan diri dalam peringkat seterusnya.

🎀 Kehadiran β€œExpert Talent”

πŸ”ΉEncik Dinesh Vijayan
Seorang penggerak teknologi pendidikan dan jurutera perisian, Dinesh telah membantu membentuk penyelesaian yang inovatif dan boleh diperluas untuk bilik darjah. Sesi latihannya terkenal dengan pendekatan yang interaktif, praktikal, dan memberi impak kepada peserta baharu mahupun yang berpengalaman. Dengan kepakaran dalam automasi AI dan IoT, beliau akan membimbing peserta melalui asas-asas penting bagi menangani cabaran hackathon ini.

πŸ“ Mengapa Anda Perlu Menyertainya
βœ… E-sijil disediakan
βœ… 100% PERCUMA
βœ… Persediaan penting untuk Sabah Smart School IoT Hackathon 2026
βœ… Belajar daripada mentor teknologi yang berpengalama

31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada:
Digital Internet Assosiation Malaysia



31/05/2026

πŸŒ• Selamat Hari Wesak! πŸŒ•

Ketika cahaya bulan Wesak menyinari hati kita, marilah kita merenung makna kedamaian, kebijaksanaan dan keinsafan dalam perjalanan menuju pencerahan.

Sepertimana Sang Buddha menyebarkan ilmu dan kebijaksanaan ke seluruh dunia, kita di Digital Internet Association Malaysia turut komited menyebarkan cahaya ilmu digital kepada setiap rakyat Malaysia. πŸ’‘

Dalam era digital ini, teknologi menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat, memperkasakan komuniti dan membuka pintu peluang tanpa batas. Mari kita manfaatkan kemajuan digital untuk membina negara yang lebih inklusif, berdaya saing dan harmoni. 🌐

Semoga semangat Wesak ini membawa ketenangan, perpaduan dan inspirasi untuk terus melangkah ke arah Malaysia digital yang gemilang. πŸ™
✨




30/05/2026

🌾✨ Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai! ✨🌾

Digital Internet Association Malaysia (iaM) mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat di Sabah dan Sarawak serta semua rakyat Malaysia! πŸŽ‰

Sebagaimana petani menuai hasil tanaman dengan penuh kesyukuran, marilah kita bersama-sama menuai manfaat era digital demi masa depan yang lebih cerah. Teknologi dan digitalisasi membuka peluang baharu untuk memperkasa komuniti, memajukan ekonomi tempatan, dan menghubungkan setiap pelosok negara.

Di musim kesyukuran ini, kami mengajak anda untuk terus melangkah ke hadapan bersama gelombang transformasi digital, kerana kemajuan teknologi adalah hasil tuaian untuk generasi akan datang. πŸ’»πŸŒ

Marilah kita raikan tradisi sambil merangkul inovasi! πŸ™Œ





26/05/2026

Selamat Hari Raya Haji kami ucapkan
dari Digital Internet Association Malaysia (iaM). Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang lebih maju, inklusif dan celik digital.

Bersama-sama kita memacu transformasi digital ke arah masa depan yang lebih berdaya saing dan mampan.

Salam Aidiladha kepada semua yang meraikannya. 🀍




16/05/2026

πŸŽπŸ“š Selamat Hari Guru 2026!

"Guru Bitara Nadi Negara"

Digital Internet Association Malaysia (iaM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik di Malaysia dan seluruh dunia. Tanpa dedikasi dan pengorbanan para guru, mustahil generasi muda kita mampu berdiri tegak sebagai nadi pembangunan negara.

Di era revolusi digital ini, guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah arkitek minda yang membentuk generasi celik teknologi, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital.

Terima kasih, cikgu! Jasamu dikenang, bakti mu disanjung. πŸ‡²πŸ‡Ύ





16/05/2026

πŸ“’ Saat yang dinanti-nantikan telah tiba! 🌟

πŸŽ‰ PENGUMUMAN PENTING:

Tarikh akhir pendaftaran telah DILANJUTKAN sehingga 22 Mei 2026! ⏰ Jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan ambil masa tambahan ini untuk menyertai pertandingan dan tunjukkan bakat anda! ✨

Jom sertai Sabah Smart School IoT Hackathon 2026 Edisi Kedua dan buktikan kehebatan inovasi anda! πŸš€ Dengan bertemakan Smart City, Smart Tourism, dan Smart Agriculture, hackathon edisi kedua ini akan memberi peluang kepada anda semua untuk mengasah kemahiran seperti berfikiran inovasi, dan menerapkan penyelesaian pintar bagi masa depan Sabah! πŸŒπŸ’‘

πŸ† Sejumlah Hadiah: RM2,000.00!
🎁 Sertai & dapatkan Pingat, E-Sijil, Latihan IoT, T-Shirt, dan Kit IoT!
πŸŽ“ 14 Mata PAJSK !!
🀝 Dibiayai oleh: Hap Seng Consolidated Berhad
πŸ“’ Disokong oleh: Digital Internet Association Malaysia, sebahagian daripada National Level Smart School IoT-AI Hackathon 2026, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
πŸ“ Dianjurkan oleh: PULSY Technologies Sdn. Bhd

πŸ’» Daftar sekarang: https://form.jotform.com/261091124435449

πŸ“… Tarikh tutup penyertaan DILANJUTKAN: 22 Mei 2026 πŸ—“οΈ

Jangan lepaskan peluang ini! Jom kita cipta masa depan dengan Smart School Malaysia!! πŸ”₯





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:15 - 17:15
Tuesday 09:15 - 17:15
Wednesday 09:15 - 17:15
Thursday 09:15 - 17:15
Friday 09:15 - 17:15