12/09/2026
โTanpa peserta dan penganjur, tiadalah kejohanan yang dapat dilaksanakan dengan jayanya.โ
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kejohanan pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat, ukhuwah dan sportiviti.
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang:
๐ฅ Johan โ KKKNC (Kuala Berang)
๐ฅ Naib Johan โ Firestorm (Manir)
๐ฅ Tempat Ketiga โ MIXNT (Ajil)
Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur serta semua peserta yang telah memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan pada tahun ini. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah hasil usaha dan kebersamaan kita semua.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada YB Datoโ Haji Rosol Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, yang hadir mewakili Toโ Puan Hajah Halipah yang tidak dapat bersama-sama pada hari ini atas faktor kesihatan. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Toโ Puan Hajah.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada wakil Dewan Muslimat PAS Hulu Terengganu, Ustazah Rohayati merangkap Naib Ketua II, Cik Nadhirah Alias, Timbalan II Ameerah Terengganu, Ustazah Widad Ismail, Ketua Ameerah Hulu Terengganu serta Puan Nurul Sakinah Jahari, Pengarah Kejohanan atas kesudian hadir memeriahkan dan memberikan sokongan kepada kejohanan ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin, semangat kesukanan yang dipupuk dan pengalaman yang dikongsi menjadi kenangan yang bermakna buat kita semua.
Tahniah kepada semua pasukan. Menang atau kalah, anda semua tetap juara kerana telah berani turun berjuang! โค๏ธ