Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak - Pesron PERAK

Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak - Pesron PERAK

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak - Pesron PERAK, Sport & recreation, Ipoh.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT

1) UTK MGUTAMAKAN PENYERTAAN PENUH, MENGGALAK & MEMBANGUNKAN SUKAN OKU DI PERINGKAT KELAB, DAERAH DAN NEGERI.
2) UTK MGEKALKAN HBUGAN & KEDUDUKAN YG BAIK DENGAN SMUA BADAN PENGELOLA & PENGAWALSELIAAN ANTARABANGSA & KGSAAN BG SKN OKU

24/01/2026

Tahniah dan syabas buat atlet Negeri Perak yang telah mencipta sejarah dengan kejayaan di Temasya ASEAN Para Games 2025, Korat.

Kejayaan ini merupakan simbol kesungguhan, ketabahan dan komitmen tinggi dalam mengharumkan nama Negeri Perak dan Malaysia di persada antarabangsa.

Terus melangkah dengan penuh keyakinan.

Anda semua adalah kebanggaan kami. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

13/12/2025

Sekalung tahniah diucapkan buat atlet Perak Ahmed Shahputra yang mewakili Malaysia dalam Kejohanan Dubai 2025 ASEAN Youth Para Games atas kejayaan cemerlang meraih pingat emas dalam acara Menโ€™s Doubles SH6.

Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat yang dicungkil melalui program i-Talent Tahun 2025 telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan, hasil usaha berterusan, bimbingan berkesan serta komitmen tinggi barisan jurulatih Perak.

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama negeri Perak, malah menjadi inspirasi kepada pembangunan atlet para muda negara.

Tahniah juara, anda kebanggaan kami semua.๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿฅ‡

Photos from Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak's post 07/12/2025
Photos from Majlis Sukan Negara Malaysia's post 04/12/2025

๐Ÿ’› Ucapan Istimewa Buat Atlet Negeri Perak ke Sukan Para ASEAN 2025 ๐Ÿ’›

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diberikan kepada barisan atlet hebat Negeri Perak yang akan membawa cabaran negara ke Sukan Para ASEAN 2025.
Anda semua adalah lambang kekuatan, disiplin dan semangat luar biasa yang membanggakan kami semua.

๐Ÿ‹๏ธโ€โ™‚๏ธ Atlet Powerlifting
โ€ข Mohd Akmal Danish bin Mohd Supi

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Atlet Olahraga
โ€ข Mohd Afnan bin Azhar
โ€ข Mohammad Faiz Haizat bin Rosdi
โ€ข Mohammad Ashraf bin Mohammed Hisham

๐Ÿธ Atlet Badminton
โ€ข Chew Jit Thye

โšซ๏ธ Atlet Boccia
โ€ข Lim Yin Xiang

๐Ÿน Atlet Memanah
โ€ข Nur Jannaton binti Abdul Jalil

Kami daripada PESRON PERAK dan seluruh warga Perak berdiri teguh menyokong perjuangan anda.
Berjuanglah dengan penuh keyakinan, kerana anda tidak pergi seorang diriโ€”anda membawa harapan dan doa seluruh rakyat negeri ini.

Semoga kejayaan mengiringi setiap usaha dan semoga anda pulang dengan kegemilangan.
Demi Perak, Demi Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿค๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

30/11/2025

โ€œKami bukan pasukan yang besar, tetapi hati kami penuh tekad.
Kami memikul tanggungjawab menjaga kebajikan atlet OKU kerana mereka layak disokong dan diraikan.โ€

30/11/2025

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10,
Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak 2023/2025 yang berlangsung pada 29 November 2025.

13/01/2024

Dukacita dimaklumkan, sahabat kita Saudari Arwah Norazlina Bt Mustafa Alias Atlet Para Olahraga Negeri Perak telah menghembuskan nafas sebentar sahaja tadi.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†

Takziah pada keluarga, moga Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin.. Amin

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูุŒ

Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kubur nya.

๏บ๏ปฃู‘ู๏ปดู’๏ปฆุขู…ููŠู’ู†ู ูŠูŽุง ุฑูŽุจูŽู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†

15/12/2023

Hari ini kita dikejutkan dengan berita sedih.

Dukacita dimaklumkan, sahabat kita saudara Mohd Azmir Bin Zainol, Pengurus Para Boling Padang Negeri Perak telah menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 15 Disember 2023.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†

Takziah pada keluarga, moga Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin.. Amin

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูุŒ

Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kubur nya.

๏บ๏ปฃู‘ู๏ปดู’๏ปฆุขู…ููŠู’ู†ู ูŠูŽุง ุฑูŽุจูŽู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†

17/08/2023

SUKANEKA OKU SEMPENA FIT MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023

Moh warga OKU negeri Perak sama-sama kita meriahkan Fit Malaysia peringkat Negeri Perak pada 20 Ogos 2023 nanti.!!

Fit Malaysia kali ini akan membawakan acara Sukaneka OKU khas buat kome. Pendaftaran PERCUMA.!! Moh sertai..!!

Untuk kome ajer.!!





17/08/2023

FIT MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2023
@ 20 Ogos 2023 | Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.

3 Hari Lagi โ€ผ๏ธ



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Ipoh