Setelah hampir 2 minggu tiada weekly training disebabkan padang ATM digunakan untuk joint excersie army, para coaches hari ini memberi tumpuan kepada pemulihan tahap kecergasan pelatih dan kawalan bola.
Antara fokus utama dalam sesi latihan minggu ini ialah:
✅ Larian ringan & latihan interval
✅ Pemulihan kecergasan asas (fitness base recovery)
✅ Foam rolling & stretching otot utama
✅ Dribbling dan ball control
✅ Refresh taktik & posisi dalam padang
Kita kembali perlahan-lahan tetapi dengan semangat yang lebih kuat.
Momentum kena ‘on’ semula! 💪⚽️
Kelab Bola Sepak ATM Gladiator Ipoh
Ditubuhkan pada tahun 2015. Pusat latihan di Padang Pernama Markas 2 Briged Ipoh
31/05/2025
🏆 JUARA BERGAYA! 🏆
Alhamdulillah, satu pencapaian membanggakan buat Kelab Bola Sepak ATM Gladiators apabila kedua-dua kategori U10 dan U8 berjaya merangkul kejuaraan dalam Pestabola Teluk Intan 2025, Piala Dato’ Haji Mohd Azhar bin Jamaluddin yang diadakan baru-baru ini : 18 Mei 2025
Semangat juang, disiplin tinggi dan kerjasama padu para pemain cilik ini membuktikan bahawa usaha gigih pasti membuahkan hasil. Terima kasih kepada jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan tidak berbelah bahagi. 🙌💪
Ini baru permulaan. Akar umbi yang kuat, insyaAllah bakal melahirkan bintang bola sepak negara suatu hari nanti! 🌟🇲🇾
“Beginilah suasana sebenar latihan ATM Gladiator!”
Setiap Sabtu dan Ahad, dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam, inilah waktu kami mencabar diri, fizikal, mental dan semangat berpasukan.
Dalam 2 jam latihan ini, bukan sekadar push-up, sit-up atau larian. Kami belajar tentang disiplin. Kami diajar untuk bertahan bila badan dah penat, tapi semangat tak boleh padam. Kami bina kekuatan bukan untuk gagah semata-mata, tapi untuk jadi versi diri yang lebih baik setiap minggu.
Video ni cuma secebis dari apa yang kami lalui setiap sesi.
Datang & sertai kami.
- Latihan Setiap Sabtu & Ahad | 5.00 – 7.00 petang
- Padang Pernama (sebelah mr steak house)
Bawa semangat, pakaian sukan & air mineral. Yang lain-lain, kami akan ajar.
ATM Gladiator bukan sekadar kelab.
Ini medan tempaan jiwa & badan.
Sekitara Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ATM Gladiator 2025
19/04/2025
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ATM Gladiator 2025
Alhamdulillah, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ATM Gladiator yang berlangsung semalam telah berjalan dengan meriah dan penuh warna-warni!
Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang menghiburkan semua :-
❤️ Sukaneka untuk pelatih: kerusi beracun yang penuh gelak tawa,
❤️ Permainan ibu bapa: “ibu bawa keretapi belon” & “bapa kain pelikat berantai” yang mencuit hati.
❤️ Sumbangan duit raya kepada semua pelatih ATM Gladiator sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
❤️ Dan ditutup dengan persembahan bunga api yang menyinari langit malam!
Pihak pengurusan ATM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa, ahli keluarga dan komuniti ATM yang hadir serta menyumbang makanan, minuman dan tenaga bagi menjayakan majlis ini.
Penghargaan khas juga buat barisan AJK jamuan yang bertungkus-lumus menjayakan program:
Wan, Coach Abe, Fadil, Jamil, Aina, Ikin, Ayie, Noni, Coach Shah, Coach Mien, Putri, CikAtan – anda semua adalah tulang belakang majlis ini!
Majlis ini bukan sekadar sambutan Hari Raya, tetapi menjadi simbol ukhuwah, kasih sayang dan kekuatan keluarga besar ATM Gladiator. Terima kasih atas semangat dan kebersamaan yang ditunjukkan.
Semoga kita terus diberi peluang untuk meraikan detik-detik indah seperti ini di masa akan datang.
04/01/2025
Pelatih-pelatih ATM bersama coach masing-masinng
Friend Match bersama Perak FC Akademi.
U8 ATM 2 - 0 PERAK FC
U7 ATM 1 - 1 PERAK FC
U8 ATM 1 - 0 PERAK FC
U9 ATM 2 - 1 PERAK FC
U10 ATM 0 - 0 PERAK FC
U9 ATM 2 - 1 PERAK FC
U10 ATM 0 - 0 PERAK FC
U12 ATM 1 - 0 PERAK FC
U12 ATM 1 - 0 PERAK FC
U12 ATM 3 - 0 PERAK FC
Tahniah semua buat pelatih-pelatih ATM.
02/01/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Ipoh
30450