Laker Strikers Cricket Club

Laker Strikers Cricket Club

Share

Cricket Club based at SK TASEK DERMAWAN, IPOH.

Photos from Laker Strikers Cricket Club's post 09/02/2026

*9 Pemain Laker Strikers Tunjang Pasukan Kinta Utara 2026*

Kejohanan Kriket Piala Mahinder Singh – Koo Kim Kuang T10 Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 7 dan 8 Februari bertempat di SMK Bercham dan SK Tasek Dermawan. Kejohanan ini menghimpunkan 11 pasukan daerah dari seluruh negeri Perak dan berjaya menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat muda kriket peringkat akar umbi.

Sepanjang kejohanan, pasukan Kinta Utara mempamerkan prestasi yang sangat dominan dan konsisten. Dalam perjalanan ke perlawanan akhir, Kinta Utara telah beraksi dalam empat perlawanan dengan memulakan batting terlebih dahulu, menunjukkan kekuatan barisan pemukul serta disiplin taktikal yang tinggi.

Kemuncak kejohanan menyaksikan perlawanan akhir antara Kinta Utara dan Batang Padang. Kinta Utara membuat keputusan berani dengan memilih untuk memadang terlebih dahulu, satu strategi yang terbukti tepat apabila mereka berjaya menyekat larian lawan kepada hanya 37 larian dan all out dalam 8 overs. Tekanan berterusan daripada barisan bowler dan kawalan padang yang kemas menyebabkan Batang Padang gagal membina momentum.

Ketika giliran batting, Kinta Utara tidak berdepan masalah untuk mengejar sasaran tersebut apabila berjaya melepasi skor kemenangan dalam hanya 4.1 overs, sekali gus menobatkan mereka sebagai Johan Kejohanan dengan penuh bergaya.

Dari segi anugerah individu, Muhammad Fatih Mikail muncul sebagai bintang kejohanan apabila dinobatkan sebagai Player of The Match, Best Bowler, dan juga Player of The Tournament, hasil prestasi cemerlang sepanjang kejohanan. Anugerah Best Batsman dimenangi oleh Muhammad Danish Hamzah, manakala Best Keeper menjadi milik Syyarveen dengan pungutan 6 mata.

Keputusan Akhir Kejohanan:
• 🏆 Johan: Kinta Utara
• 🥈 Naib Johan: Batang Padang
• 🥉 Ketiga: LMS
• Keempat: Hulu Perak

Secara keseluruhan, kejohanan ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif pembangunan bakat muda, malah memperlihatkan masa depan kriket negeri Perak yang cerah dengan kemunculan pemain-pemain muda yang berpotensi besar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Photos from Laker Strikers Cricket Club's post 09/12/2025

9.12.2025

Kehadiran Senior Player Ahmad Akmal Alif ( batch 2016 ) Menyantuni adik2 pemain Kriket Sktd & penyerahan Jersey Malaysia ( U16 ) miliknya.. TeRiMa KaSiH 👌 hadir tanda bukti gross roots SKTD yang menyumbang untuk negara 🇲🇾
Akmal juga Atlit Perak yang penyumbang pingat 🥇 Emas SUKMA 2022&2024.

07/12/2025

GOLDEN JOURNEY BEGINS!!! 🥇

Our Men's and Women's teams are on their way to Thailand for the 2025 SEA Games.

Good luck semua pemain Kebangsaan Asal Negeri Perak Darul Ridzuan 🤍💛🖤

Semoga pulang membawa pingat Emas…
Silver To Gold …

🎖️Best Of Luck Alumni Pemain SKTD 🏏
1) Amir Azim batch 2013
2) Haziq Aiman batch 2015
3) Mas Elysa Yasmin batch 2011

Photos from Laker Strikers Cricket Club's post 26/11/2025

PROGRAM PEMBANGUNAN ADIWIRA BAWAH 9 TAHUN ( FORMAT BAHARU ) SEBELUM INI BAWAH 10 TAHUN.
DENGAN BERBEKAL MASA PEMILIHAN DAN LATIHAN 1-2 MINGGU DENGAN ZERO KEMAHIRAN & PENGALAMAN BERMAIN. MEREKA MENDAPAT TEMPAT KE-2 EDISI SULUNG INI. TAHNIAH UBI2 MUDA LAKER STRIKERS, SEMOGA MENJADI BINTANG BAHARU Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan

Photos from Laker Strikers Cricket Club's post 26/11/2025

22-23 november 2025
KEJOHANAN KRIKET JUARA-JUARA SEKOLAH PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI PERAK 2025
3 PLACES IN 3 consecutive YEARS
AND STILL no lucks for the girls bounce back this year

Photos from Laker Strikers Cricket Club's post 17/11/2025

17 Nov 2025

Pada 8-9 November SKTD Lioness di nobatkan sebagai JUARA bagi edisi Pertama Kejohanan Kriket Perempuan MSSD Kinta Utara 2025. Dengan itu pasukan LIONESS layak ke peringkat Zon msspk… Semoga diberikan kekuatan dan semangat berterusan Dalam kejohanan Juara2 Sekolah Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun 2025.

Photos from Laker Strikers Cricket Club's post 14/06/2025

11-12 Jun

KARNIVAL KRIKET SUPER 4 akhirnya melabuhkan tirai dengan kemenangan mutlak
Milik Daerah Kinta Utara dengan 2 kemenangan & 1 seri. Kejohanan ini melibatkan ranking 4 terbaik ( KIU, BP, LMS & KERIAN )

Alhamdulillah setiap pemain memainkan peranan yang baik dalam setiap perlawanan.

Tahniah 4 orang pemain Laker Strikers SKTD yang berjaya mengharumkan nama kelab & sekolah.

Kelas 5 Gigih
1. Muhammad Muiz
2. Putra Diniy Khalish
3. Muhammad Ariq Zahran
4. Shyarveen Nair

Photos from Laker Strikers Cricket Club's post 29/05/2025

27 Mei 2025
Alhamdulillah it’s a wrap….

We Are Crowned CHAMPION OF PERAK 2025 !
Syukur sangat2 Ya Allah… TeRiMa KaSiH 👌 semua support team Kinta Utara dari 4 buah sekolah Daerah Kinta Utara yang menjadikan mimpi ini satu kenyataan.

Sekolah yang mengambil bahagian :
Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan 2 org
Sekolah Kebangsaan Jelapang 2 org
Sekolah Kebangsaan Kuala Pari 2 org
Sekolah Kebangsaan Sri Kinta Jalan Hospital 2 org

Photos from Laker Strikers Cricket Club's post 25/05/2025

In coming… 2 pemain Laker Strikers Cricket Club akan mewakili Kinta Utara dalam edisi Sixes B12 tahun ini… Mohon doa kejayaan Team KINTA UTARA
Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan

Photos from Laker Strikers Cricket Club's post 25/05/2025

Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ipoh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

SK TASEK DERMAWAN
Ipoh
31400