12/08/2026
Alpha Mike Sierra Legacy - AMSL
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Alpha Mike Sierra Legacy - AMSL, Sports League, Ipoh.
ALPHA MIKE SIERRA LEGACY (CT0151169-M)
SPORTS EVENT MANAGEMENT
ALPHA MIKE SIERRA REFEREE ACADEMY ๐ฆ
ALPHA MIKE SIERRA FOOTBALL CLUB
(C-PRK-17183)๐ฆ
โผ๏ธ
โMenyatukan komuniti melalui sukan & aktiviti sosial โ AMS Legacy.โ
12/08/2026
21/07/2026
21/07/2026
PERSIAPAN AWAL PERASMIAN
PIALA CAHYA MATA 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK
Sebagai persediaan menjelang Majlis Perasmian Piala Cahya Mata 2026 Peringkat Negeri Perak, Pengurus Alpha Mike Sierra Legacy (AMSL), En. Nor Azrul Azmi, bersama pasukan telah mengadakan pemeriksaan tapak serta meneliti setiap aspek persiapan bagi memastikan majlis berlangsung dengan lancar, teratur dan mencapai standard penganjuran yang terbaik.
Pemeriksaan ini merupakan persiapan awal sebelum raptai rasmi yang akan diadakan pada:
๐
24 Julai 2026 (Jumaat)
๐ 3.00 Petang (1500H)
๐ Padang 2 Renjer, Ipoh
๐ Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan Majlis Perasmian Piala Cahya Mata 2026 Peringkat Negeri Perak serta aksi-aksi menarik daripada pasukan yang bertanding pada:
๐
25 Julai 2026 (Sabtu)
๐ Padang 2 Renjer, Ipoh
Kehadiran anda bukan sahaja akan memeriahkan suasana kejohanan, malah menjadi suntikan semangat kepada semua pasukan dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
Jumpa anda di Padang 2 Renjer, Ipoh!
RoadToPialaCahyaMata2026
21/07/2026
LAWATAN TAPAK RASMI PIALA CAHYA MATA 2026
Sebagai persediaan akhir menjelang Piala Cahya Mata 2026 Peringkat Negeri Perak, satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau kesiapsiagaan lokasi kejohanan.
Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi Kejohanan bersama Pengarah Activ8 selaku pengelola kejohanan. Turut mengiringi lawatan ialah Pengurus Alpha Mike Sierra Legacy (AMSL) bagi memastikan setiap aspek pengurusan, teknikal dan operasi berjalan lancar mengikut perancangan.
Semoga segala persiapan yang dilakukan dapat memastikan kejohanan berlangsung dengan teratur, profesional dan memberikan pengalaman terbaik kepada semua pasukan, pegawai serta penyokong yang hadir.
Piala Cahya Mata 2026 โ Bersedia Melakar Sejarah.
LawatanTapak
PersiapanKejohanan
FootballTournament
RoadToChampion
SupportLocalFootball
20/07/2026
JEMPUTAN RASMI KE PIALA CAHYA MATA 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan penuh hormat, kami menjemput seluruh rakyat Negeri Perak, pencinta bola sepak, keluarga pemain serta penyokong untuk hadir memeriahkan Piala Cahya Mata 2026 Peringkat Negeri Perak.
Saksikan sendiri aksi penuh semangat daripada 32 pasukan terbaik yang bakal berentap merebut gelaran juara. Kehadiran anda bukan sekadar memberi sokongan kepada pasukan kegemaran, malah menjadi pembakar semangat kepada para pemain untuk mempamerkan aksi terbaik mereka.
Mari bersama-sama kita meriahkan kejohanan ini dalam suasana yang harmoni, berdisiplin dan penuh semangat kesukanan. Jadikan Piala Cahya Mata 2026 sebagai platform menyatukan komuniti bola sepak serta mencipta kenangan indah buat semua.
Ayuh, bawa keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda di padang!
โSatu Padang, Satu Semangat, Satu Juara.โ
SupportLocalFootball
RoadToChampion
FootballForAll
JumpaDiPadang
PerakFootball
SemangatKesukanan
KitaMeriahkanBersama
18/07/2026
8 HARI LAGI! โณ๐
Detik yang dinantikan semakin hampir. Hanya 8 hari lagi sebelum tirai Piala Cahya Mata Perak Region 2026 dibuka, menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh Negeri Perak untuk bersaing merebut kejuaraan.
Bersiaplah untuk menyaksikan aksi penuh semangat kesukanan, disiplin dan persaingan yang berkualiti pada 25 Julai 2026. Terima kasih kepada semua pasukan, penaja, rakan strategik dan penyokong yang terus memberikan sokongan dalam menjayakan kejohanan berprestij ini.
Piala Cahya Mata Perak Region 2026
25 Julai 2026
17/07/2026
TAKLIMAT DAN UNDIAN PIALA CAHYA MATA 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK.
Click here to claim your Sponsored Listing.