10/08/2026
Juara bukan sekadar tentang pingat di dada, tetapi tentang adab yang terpahat dalam jiwa.
Sebelum kami mengajar mereka cara untuk menang, kami mengajar mereka cara untuk menghormati. Sebelum ilmu ditanam, adab dipupuk terlebih dahulu.
Kerana kami percaya, juara yang sebenar bukan hanya hebat ketika berdiri di atas podium, tetapi tetap merendah diri walaupun sudah berada di puncak.
Adab dahulu, ilmu kemudian. Dari situlah lahirnya seorang pejuang… dan akhirnya, seorang JUARA. 🥋🏆
26/05/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pesilat hebat dari MRSM Kota Putra dan MRSM Besut atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Silat MRSM Peringkat Negeri Terengganu!
🥇 MRSM Kota Putra berjaya meraih 9 emas dan 5 perak
🥇 MRSM Besut p**a memperoleh 7 emas dan 7 perak
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan usaha keras semua atlet, jurulatih serta pihak yang terlibat. Semoga terus sukses dan mengharumkan nama sekolah serta dunia persilatan pada masa akan datang.
Tahniah dan Terima kasih juga kepada barisan jurulatih yang berpenat lelah dan berkorban demi kemenangan para pesilat MRSM.
“Pantang pesilat menyerah kalah,
Berjuang gagah penuh bermaruah.” 💪🔥
16/05/2026
Selamat Hari Guru 🌹
“Guru bukan sekadar mengajar ilmu,
tetapi membentuk akhlak, mencorak masa depan,
dan menyalakan cahaya harapan dalam kehidupan.”
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang dalam mendidik anak bangsa.
Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Guru Bitara, Nadi Negara ✨
02/02/2026
UCAPAN TAHNIAH
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada para pesilat dan jurulatih AWAJA yang telah berjaya lulus Kursus Wasit Juri Kebangsaan yang berlangsung di Kemaman, Terengganu.
Keputusan kelulusan adalah seperti berikut:
2 orang – Kelas 1
5 orang – Kelas 3
Kejayaan ini mencerminkan tahap komitmen, disiplin serta keilmuan yang tinggi dalam memartabatkan seni persilatan, khususnya dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan di peringkat kebangsaan.
Diharapkan pencapaian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi melahirkan wasit dan juri yang berintegriti, profesional serta berwibawa, seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan silat tanah air.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya.