FR Story

FR Story Dari padang ke sejarah
Asal-usul kelab, legenda pemain, dan cerita yang jarang diketahui dalam Bahasa Malaysia

Paris Saint-Germain - Part 3:Paris Saint-Germain (PSG) mempunyai senarai panjang pemain legenda yang telah membentuk ide...
18/02/2026

Paris Saint-Germain - Part 3:

Paris Saint-Germain (PSG) mempunyai senarai panjang pemain legenda yang telah membentuk identiti kelab sejak penubuhannya pada tahun 1970.

Antarnya:

Zlatan Ibrahimović:
Memberikan mentaliti juara kepada PSG dengan 156 goldalam 180 perlawanan dan memenangi 12 trofi domestik.

Edinson Cavani : Digelar "El Matador", beliau menjaringkan 200 gol dan amat disayangi peminat kerana kerajinan dan kesetiaannya.

Thiago Silva: Kapten ikonik yang mengetuai pertahanan PSG selama 8 musim, memenangi 23 trofi.

Neymar Jr: Pemegang rekod perpindahan dunia yang membawa PSG ke final Liga Juara-Juara pertama mereka pada 2020.

Pauleta: Penjaring gol prolifik Portugal yang menjaringkan 109 gol dan menjadi simbol kelab sebelum era pelaburan besar.

Raí: Pemain tengah Brazil yang mengetuai PSG memenangi UEFA Cup Winners' Cup pada 1996.

Ronaldinho: Walaupun hanya dua musim, skil dan keajaiban beliau di padang menjadikannya salah seorang pemain paling diingati dalam sejarah kelab.

Safet Sušić: Sering diundi sebagai pemain asing terbaik PSG, beliau mencatatkan 344 penampilan dan 67 gol.

Mustapha Dahleb: Antara bintang besar pertama kelab dengan 310 penampilandan 98 gol.

Jean-Marc Pilorget: Legenda pertahanan yang memegang rekod penampilan lama (435 perlawanan) sebelum diatasi oleh Marquinhos.

Paris Saint-Germain - Part 2:Hanya dua tahun selepas ditubuhkan, berlaku perselisihan faham dengan Majlis Bandaraya Pari...
18/02/2026

Paris Saint-Germain - Part 2:

Hanya dua tahun selepas ditubuhkan, berlaku perselisihan faham dengan Majlis Bandaraya Paris mengenai identiti kelab dan subsidi kewangan.

Majlis bandaraya mendesak nama kelab ditukar kepada "Paris FC". Henri Patrelle enggan, menyebabkan kelab itu berpecah semula.

Paris FC kekal dalam divisyen pertama (Ligue 1) dan mengekalkan status profesional.
PSG dihantar ke divisyen ketiga (Division 3) dan kehilangan status profesional buat seketika.

Walaupun jatuh ke divisyen bawah, PSG bangkit dengan cepat. Di bawah kepimpinan pereka fesyen Daniel Hechter yang mengambil alih pada 1973, kelab ini berjaya kembali ke divisyen utama pada tahun 1974.

Pada tahun yang sama, mereka berpindah secara tetap ke stadium Parc des Princes, yang kekal sebagai rumah mereka sehingga kini.

Sejak 2011, kelab ini dimiliki oleh Qatar Sports Investments (QSI), yang telah melabur besar untuk menjadikan PSG jenama global terkemuka.

Paris Saint-Germain - Part 1:Asal usul kelab Paris Saint-Germain (PSG) bermula daripada usaha untuk mewujudkan semula ke...
17/02/2026

Paris Saint-Germain - Part 1:

Asal usul kelab Paris Saint-Germain (PSG) bermula daripada usaha untuk mewujudkan semula kelab bola sepak utama di ibu negara Perancis yang pada ketika itu ketiadaan wakil dalam divisyen utama.

Kelab ini ditubuhkan secara rasmi pada 12 Ogos 1970. PSG terhasil daripada penggabungan dua kelab

Paris FC:
Sebuah kelab yang ditubuhkan pada 1969 oleh sekumpulan usahawan (termasuk Guy Crescent dan Pierre-Étienne Guyot) tetapi tidak mempunyai pemain atau stadium.

Stade Saint-Germain:
Sebuah kelab dari Saint-Germain-en-Laye yang baru sahaja memenangi promosi ke divisyen kedua (Ligue 2) dan mempunyai infrastruktur sukan yang lengkap.

Tokoh-tokoh penting di sebalik penubuhan ini ialah Guy Crescent, Pierre-Étienne Guyot, dan Henri Patrelle.

Olympique Lyonnais - Part 3:Olympique Lyonnais (Lyon) mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan dan memiliki pemain-pem...
16/02/2026

Olympique Lyonnais - Part 3:

Olympique Lyonnais (Lyon) mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan dan memiliki pemain-pemain kelas dunia.

Antaranya:

Juninho Pernambucano:
Sering dianggap sebagai pemain paling hebat dalam sejarah Lyon.
Mengetuai Lyon memenangi 7 kejuaraan Ligue 1 berturut-turut.
Terkenal sebagai pakar sepakan percuma terbaik dunia, menjaringkan 44 gol sepakan percuma daripada 100 gol keseluruhannya untuk kelab.

Fleury Di Nallo:
Digelar sebagai "Le Petit Prince de Gerland" (Putera Kecil Gerland).
Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Lyon dengan 222 gol dalam 495 perlawanan.
Merupakan ikon utama kelab pada era 60-an dan 70-an.

Serge Chiesa:
Pemegang rekod penampilan terbanyak dalam sejarah kelab dengan 541 perlawanan.
Seorang pemain tengah kreatif yang setia bersama kelab selama 14 musim.

Bernard Lacombe:
Penjaring gol kedua terbanyak kelab dengan 149 gol.
Selepas bersara, beliau terus berkhidmat sebagai jurulatih dan penasihat teknikal yang berpengaruh di Lyon selama berdekad-dekad.

Karim Benzema:
Produk terbaik dari akademi Lyon (L'Academy).
Memenangi 4 gelaran Ligue 1 sebelum berpindah ke Real Madrid.
Menjadi penjaring terbanyak Ligue 1 pada musim 2007/08 dan memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan.

6Grégory Coupet:
Penjaga gol legenda yang mengawal gawang Lyon sepanjang tempoh dominasi 7 kejuaraan liga mereka.
Dianggap sebagai salah satu penjaga gol terbaik Perancis pada generasinya.

Alexandre Lacazette:
Legenda moden yang merupakan penjaring gol kedua tertinggi sepanjang zaman kelab (mengatasi Lacombe).
Kapten semasa yang kembali ke kelab untuk membantu membimbing generasi muda.

Olympique Lyonnais - Part 2:Pengurus pasukan pada ketika itu, Félix Louot, bersama sekumpulan penyokong dan ahli kelab, ...
16/02/2026

Olympique Lyonnais - Part 2:

Pengurus pasukan pada ketika itu, Félix Louot, bersama sekumpulan penyokong dan ahli kelab, memutuskan untuk berpisah daripada LOU bagi membentuk kelab bola sepak profesional yang tersendiri.

Kelab ini ditubuhkan secara rasmi pada 26 Mei 1950 (sesetengah sumber merujuk kepada 3 Ogos 1950 sebagai tarikh pemfailan rasmi).

Warna merah dan biru telah dipilih sebagai warna rasmi kelab, yang dicadangkan oleh Albert Trillat.

Armand Groslevin dilantik sebagai presiden pertama kelab yang baru ditubuhkan itu.

Kelab ini sering digelar Les Gones (Budak-budak Lyon) dalam dialek tempatan.
Sejak penubuhannya, Lyon telah berkembang menjadi salah satu kelab paling berjaya di Perancis, terutamanya dengan rekod memenangi tujuh kejuaraan Ligue 1 berturut-turut antara tahun 2002 hingga 2008.

Olympique Lyonnais - Part 1:Asal usul kelab bola sepak Olympique Lyonnais(sering disebut sebagai Lyon atau OL) bermula d...
15/02/2026

Olympique Lyonnais - Part 1:

Asal usul kelab bola sepak Olympique Lyonnais(sering disebut sebagai Lyon atau OL) bermula daripada perpecahan dalam sebuah kelab sukan pelbagai cabang di bandar Lyon, Perancis.

Racing Club de Lyon:
Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1896 sebagai kelab sukan pelbagai cabang.

Lyon Olympique Universitaire (LOU):
Pada tahun 1899, Racing Club de Lyon bertukar nama kepada Lyon Olympique Universitaire. Di bawah naungan LOU, sebuah bahagian bola sepak telah dibentuk secara rasmi.

Menjelang tahun 1950, timbul perselisihan dalaman dalam LOU mengenai pengurusan pemain amatur dan profesional.

Olympique de Marseille - Part 3:Olympique de Marseille mempunyai senarai panjang pemain legenda yang telah membentuk sej...
15/02/2026

Olympique de Marseille - Part 3:

Olympique de Marseille mempunyai senarai panjang pemain legenda yang telah membentuk sejarah gemilang kelab ini.

Antaranya:

Jean-Pierre Papin:
Sering dianggap sebagai pemain terhebat dalam sejarah kelab. Beliau merupakan satu-satunya pemain yang memenangi Ballon d'Or (1991) semasa menyarung jersi Marseille. Papin terkenal dengan gol "papinades" (sepakan voli yang luar biasa).

Didier Deschamps:
Kapten legenda yang menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada tahun 1993 satu-satunya kelab Perancis yang pernah mencapainya.

Basile Boli:
Wira perlawanan akhir UCL 1993 kerana beliau menjaringkan gol tunggal kemenangan menentang AC Milan melalui tandukan ikonik.

Didier Drogba:
Walaupun hanya bermain selama satu musim (2003/04), Drogba meninggalkan impak yang sangat mendalam dengan menjaringkan 32 gol dan membawa Marseille ke perlawanan akhir Piala UEFA.

Steve Mandanda:
Pegang rekod sebagai pemain dengan penampilan terbanyak dalam sejarah kelab (612 perlawanan).

Josip Skoblar:
Legenda dari era 1970-an yang memegang rekod gol terbanyak dalam satu musim Liga Perancis (Ligue 1) dengan 44 gol pada musim 1970/71.

Chris Waddle:
Pemain dari England yang sangat diminati kerana kemahiran menggelecek dan kreativiti yang luar biasa. Beliau pernah diundi sebagai pemain kedua terhebat kelab di belakang Papin.

Pemain legenda lain yang turut disebut termasuk Abedi Pele, Marcel Desailly, Fabien Barthez, Enzo Francescoli, dan Franck Ribéry.

Olympique de Marseille - Part 2:Pada peringkat awal, ragbi merupakan sukan utama kelab ini. Malah, moto kelab iaitu "Dro...
14/02/2026

Olympique de Marseille - Part 2:

Pada peringkat awal, ragbi merupakan sukan utama kelab ini. Malah, moto kelab iaitu "Droit au But" (Terus ke Gol) sebenarnya berasal daripada sukan ragbi sebelum bola sepak menjadi fokus utama pada tahun 1902.

Kelab ini memilih warna putih sebagai warna utama jersi untuk melambangkan kesucian, manakala warna biru melambangkan warna bandar Marseille.

Marseille merupakan satu-satunya kelab Perancis yang pernah memenangi Liga Juara-Juara UEFA (Champions League), yang dicapai pada tahun 1993.

Olympique de Marseille - Part 1:Olympique de Marseille (OM) merupakan salah satu kelab bola sepak paling bersejarah di P...
14/02/2026

Olympique de Marseille - Part 1:

Olympique de Marseille (OM) merupakan salah satu kelab bola sepak paling bersejarah di Perancis dengan asal-usul yang bermula pada penghujung abad ke-19

Kelab ini diasaskan secara rasmi pada 31 Ogos 1899 oleh René Dufaure de Montmirail. Walau bagaimanapun, akar umbi kelab ini dikesan lebih awal menerusi Football Club de Marseille yang ditubuhkan pada tahun 1897.

Nama "Olympique" dipilih bagi memberi penghormatan kepada Sukan Olimpik kuno dan warisan sejarah bandar Marseille yang diasaskan oleh masyarakat Yunani dari Phocaea kira-kira 2,500 tahun dahulu. Disebabkan sejarah ini, kelab ini sering digelar sebagai Les Phocéens.

Bayern Munich - Part 3:Kelab Bayern Munich mempunyai ramai pemain yang dianggap sebagai lagenda kelab, dengan beberapa n...
11/02/2026

Bayern Munich - Part 3:

Kelab Bayern Munich mempunyai ramai pemain yang dianggap sebagai lagenda kelab, dengan beberapa nama ikonik yang merentasi era yang berbeza dalam sejarah bola sepak Jerman.

Antaranya:

Franz Beckenbauer:
Dikenali sebagai "Der Kaiser", merevolusikan peranan libero. Beliau memenangi pelbagai gelaran bersama Bayern, termasuk tiga Piala Eropah berturut-turut pada tahun 1970-an.

Gerd Müller:
Digelar "Der Bomber", beliau adalah penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Bayern Munich dengan 523 gol dalam 580 perlawanan.

Thomas Müller:
Pemain dengan penampilan terbanyak untuk kelab, Thomas Müller memenangi 33 trofi bersama Bayern.

Oliver Kahn:
Salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.

Philipp Lahm:
Lahm merupakan kapten yang memimpin Bayern kepada banyak kejayaan, termasuk treble pada musim 2012/13.

Lothar Matthäus:
Pemenang Ballon d'Or, Matthäus adalah pemain tengah yang dinamik dan berpengalaman luas.

Arjen Robben dan Franck Ribéry:
Gandingan sayap yang digeruni, digelar "Robbery", mereka memainkan peranan penting dalam era moden Bayern.

Address

Skudai
Johor Bahru
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FR Story posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category