15/05/2026
Berikut adalah perlawanan kedua Liga Pembangunan Piala Haji Fauzee Tahir yang akan berlangsung pada 16 Mei di dua venue... Ada sedikit perubahan untuk venue perlawanan... Teruskan bersama kami untuk info pasukan anda...
14/05/2026
Berikut adalah kedudukan liga pembangunan Piala Haji Fauzee Tahir selepas tamat perlawanab pertama tempoh hari. Teruskan bersama kami untuk berita yang akan datang
11/05/2026
Keputusan perlawanan pertama Liga F14 Piala Hj Mohd Fauzee.
10/05/2026
π₯ LIGA F14 PIALA HAJI MOHD FAUZEE 2026 BERMULA! π₯
Hari ini bermulanya saingan Liga F14 Piala Haji Mohd Fauzee Siri 3 Tahun 2026 yang melibatkan pembangunan bola sepak kategori bawah 14 tahun β½π
Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan liga kali ini bagi memastikan pembangunan bakat muda terus diperkasa dan diberi ruang kompetitif yang berkualiti.
Sebagai tanda sokongan kepada pembangunan akar umbi bola sepak, setiap pasukan yang menyertai liga ini turut menerima sebiji bola βMatch Ballβ yang telah disampaikan sendiri oleh Tuan Haji Mohd Fauzee kepada semua pasukan yang terlibat di venue Padang SMK Bandar Uda Utama.
Perlawanan pada hari ini berlangsung di dua venue utama iaitu:
π Padang SMK Bandar Uda Utama
π Padang SMK Tun Aminah
Lebih menarik, kejohanan kali ini turut dibantu oleh barisan Pengadil Muda hasil daripada Program Pengadil Muda yang telah dilaksanakan sebelum ini. Penglibatan mereka sedikit sebanyak membantu merancakkan lagi ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi serta memberi pengalaman sebenar dalam pengendalian perlawanan.
Semoga Liga F14 Piala Haji Mohd Fauzee 2026 terus menjadi platform terbaik dalam melahirkan pemain-pemain muda berbakat serta memperkukuhkan pembangunan bola sepak peringkat sekolah dan kawasan Iskandar Puteri β½πͺ
03/05/2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Liga Pembangunan F14 merebut Piala Haji Mohd Fauzee Tahir 2026.. Liga diteruskan untuk musim ketiga.. Tahun ni liga kembali ke kategori bawah 14 tahun.. Beberapa pasukan baharu yang menyertai liga ini.. Liga ini masih lagi dikuasakan sepenuhnya oleh F14 Advisors dan dibantu oleh MSSD Johor Bahru dan MBIP.. Liga ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak dan juga pengadil muda disekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri. Sepak mula liga ini akan bermula pada 10 Mei ini melibatkan 8 pasukan yang dijalankan 4 venue pertandingan.. Jumpa anda di sana...
30/04/2026
Taklimat Liga F14 Piala Haji Mohd Fauzee untuk kategori U14. Liga F14 ini telah masuk Siri 3. Liga ini melibatkan 8 buah sekolah yang berada dalam kawasan Iskandar Puteri. Penglibatan Pengadil Muda juga turut bersama memeriahkan kejohanan liga ini yang dijangka mengambil masa selama 8 minggu. Semoga dapat mencungkil bakat pemain ke arah kecemerlangan bola sepak.
21/04/2026
β½ PROGRAM PENGADIL MUDA ISKANDAR PUTERI (FASA 3) β½
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Pengadil Muda Iskandar Puteri Fasa 3 pada 20 hingga 21 April 2026 bertempat di SMK Bandar Uda Utama π
Program ini merupakan hasil jalinan kerjasama strategik antara:
π€ DTC Uda Utama
π€ Majlis Sukan Sekolah Johor Bahru (MSSDJB)
π€ Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
π€ Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
π€ Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Program telah dikendalikan oleh barisan instruktor pengadil berpengalaman iaitu:
π¨βπ« Dr. Kamaruzaman
π¨βπ« Cikgu Faisal
π¨βπ« Cikgu Azizul
π¨βπ« Cikgu Hilmi
π¨βπ« Cikgu Hariz
Seramai 30 orang pengadil muda telah terlibat bermula dari Fasa 1 hingga Fasa 3, menunjukkan komitmen tinggi dalam menimba ilmu kepengadilan β½
Sepanjang program ini, para peserta telah didedahkan dengan:
π Kelas Teori Kepengadilan
ποΈ Latihan praktikal di padang dalam situasi perlawanan sebenar
Sebagai langkah seterusnya, para peserta akan menduduki Peperiksaan III anjuran PBNJ dalam masa terdekat.
Semoga usaha murni ini dapat melahirkan lebih ramai pengadil bola sepak yang berkaliber dan profesional pada masa hadapan π
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini π
18/04/2026
Perlawanan Persahabatan
Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan persahabatan sempena Siri Jelajah Sukan DTC Uda Utama menentang pasukan dari Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star π€
Perlawanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan.
Keputusan penuh:
DTC Uda Utama 1 - 1 Kolej Sultan Abdul Hamid
Tahniah kepada semua pemain atas komitmen dan usaha yang ditunjukkan sepanjang perlawanan πͺπ₯
Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan rumah atas layanan yang sangat baik serta kerjasama yang diberikan sepanjang kunjungan ini π
Semoga jalinan ini terus kukuh dalam usaha membangunkan bakat bola sepak muda dan membentuk sahsiah pelajar melalui sukan β½οΈβ¨