PharmaMallrathon

PharmaMallrathon

Share

Karnival sukan untuk warga kerja Farmasi seluruh Negeri Johor

Photos from PharmaMallrathon's post 27/08/2026

Sebabkan min nak galakkan penyertaan, min share cara daftar ye. Follow je step by step seperti dalam gambar. TERHAD 150 PENYERTAAN SAHAJA.. so, cepat daftar guys!!!

Apa2 soalan, tanya je tau..

26/08/2026

Hi korang πŸ‘‹ Masa yang ditunggu telah tiba. Pendaftaran untuk PHARMAMALLRATHON Sempena World Pharmacist Day 2026 telah dibuka πŸ₯³

First Come, First Serve! (lambat tinggai πŸ˜‚)

πŸ“… Tarikh: 4 Oktober 2026 (Ahad)
πŸ“ Lokasi: AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru
πŸ•’ Masa: 9.30 pagi - 1.00 petang

πŸ’ΈYuran Pendaftaran: RM50/pax
✍🏼Tarikh Pendaftaran Dibuka: 26 Ogos 2026
‼️Tarikh Pendaftaran Ditutup: 8 September 2026
‼️Terhad kepada 150 peserta sahaja
‼️Pastikan anda mengisi maklumat size baju pada Google Form di dalam laman web pendaftaran di bahagian Event Details

Bawa kawan, bawa keluarga, bawa bakal jodoh, bawa semua!

πŸ‘‰TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK DAFTAR SEKARANGπŸ‘‡

πŸ”— https://events.mps.org.my/sign-up atau link di BIO atau boleh scan QR di poster

Klik link ➑️ Sign Up [For non-pharmacist, untick the check box] ➑️ Pilih Event [PharmaMallrathon] ➑️ Register Now ➑️ Isi Maklumat ➑️ Buat Bayaran ➑️ SIAP! πŸ‘

Nota: Sila isikan *Tidak berkaitan/TB/None* untuk pilihan "Food Preference, Designation, Affiliation, Industry, Specialty, Food Allergies, Medication Allergies"

Untuk pertanyaan berkenaan pembayaran: [email protected]

Untuk pertanyaan berkenaan pendaftaran: [email protected]

Maklumat lanjut sila follow IG, Threads dan page PharmaMallrathon untuk perkembangan terkini, jadual flag-off, dan sebagainya. Let’s walk for a healthier future! πŸƒβ€β™‚οΈ



P/S: Jangan risau, ubat kaki lenguh tak disediakan, tapi kenangan manis pasti ada! πŸ˜‰

Photos from PharmaMallrathon's post 26/08/2026

Okay, korang dah tahu bila dan kat mana PharmaMallrathon akan berlangsung…

Sekarang kami nak reveal jersi..!!

πŸ’Š THE PHARMAMALLRATHON JERSEY! πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

Inspired by pharmacy, movement & the spirit of World Pharmacist Day 2026, jersey ni penuh dengan karakter dan details yang menggambarkan dunia farmasi. πŸ’Šβœ¨

πŸ“Έ Zoom in and check out the details!
Which part is your favourite? πŸ‘•πŸ’œ

PENDAFTARAN akan dibuka soon and TERHAD kepada 150 peserta sahaja..!!

So, stay tuned untuk info pendaftaran daripada kami β™₯️



25/08/2026

Tengahari ni mimin nak bagi soalan sikit untuk hilangkan mengantuk lepas makan tengahari kan.

Sila jawab di ruangan comment. 😎

Ditubuhkan oleh Persekutuan Farmaseutikal Antarabangsa (FIP), pada tarikh manakah Hari Ahli Farmasi Sedunia disambut setiap tahun untuk menghormati profesion ini?

A. 12 Mac
B. 25 September
C. 9 November
D. 8 Julai

25/08/2026

Pssstt,

Nak tanya sikit.

πŸ‘€ Ada pengumpul medal ke kat sini?

Cute kan πŸ₯‡ ni, ada jari peace lagi tau. ✌🏻😎

Photos from PharmaMallrathon's post 24/08/2026

Hello semua followers,

Korang biasa nampak abang/kakak farmasi duduk kat kaunter, bagi ubat dan jawab soalan pasal kesihatan kan? πŸ‘€

Tapi kali ni… mereka keluar dari kaunter! And, we're going to the mall..!!

Sempena World Pharmacist Day 2026, kami bawakan sesuatu yang lain daripada biasa…

πŸ’Šβœ¨ PHARMAMALLRATHON! βœ¨πŸ’Š

Ya, korang tak salah dengar. Berjalan 10k dalam mall!! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ›οΈ
Tak panas, tak kena hujan… tapi langkah tetap kena cukup! πŸ˜†

πŸ“… 4 Oktober 2026 (Ahad)
πŸ“ AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru

Bawa kawan. Bawa keluarga. Bawa geng kaki jalan. Bawa bakal jodoh pun boleh. πŸ˜‚

πŸ“ Macam mana nak register?
πŸ’° Berapa yuran pendaftaran?
πŸ‘• Ada jersey ke?
πŸ… Ada medal ke?
πŸ‘€ Apa lagi yang bakal menanti?

Sabarrr… satu-satu kami reveal! πŸ˜†

πŸ‘‰ Follow Instagram & Threads untuk dapatkan lebih banyak info, pengumuman dan perkembangan terkini.

Stay tuned. We’re just getting started! πŸ’ŠπŸƒβ€β™€οΈβœ¨ πŸ‘€πŸ’ŠπŸƒβ€β™€οΈ



Photos from PharmaMallrathon's post 03/10/2025

Jom kita imbau kembali kenangan Pharmsport 2.0 πŸ₯° Dugaan betul ye nak sampai ke Pahang masa tu, dengan banjir, ada atlet yg terkandas sampai 2 pagi, tapi tetap semangat πŸ’ͺ Semoga kali ini akan membuahkan hasil setanding dengan usaha kita selama ini πŸ₯³ Usaha tidak pernah menipu! πŸ€— Good luck semua!!

02/10/2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua!
Esok seramai 114 atlet dan pengurus pasukan akan bertolak ke acara yang dinanti-nantikan iaitu Pharmsports 3.0 πŸŽ‰πŸŽ‰ dengan satu matlamat dan satu tujuan
Hanya satu, iaitu membawa piala pusingan pulang ke bumi selatan bertuah, ke pangkuan Bangsa Johor πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺπŸΌπŸŽ‰ doakan kami semua ya!!
Ayuh Johor, luaskan kuasamu!!

Photos from PharmaMallrathon's post 03/08/2025

Alhamdulillah semalam kita telah berjaya melaksanakan sesi Kospen Wow kita untuk siri yang ke 10 iaitu siri penutup bagi tahun 2025 πŸŽ‰πŸŽ‰
Terima kasih kepada semua yang terlibat, ada yg datang dari jauh, Tangkak, Muar, Mersing 🫰🏼🫰🏼
Berikut adalah keputusan bagi acara-acara yang dipertandingkan

Dart Lelaki
Johan: Ahmad Hirzan
Kedua: Morghandass Chandira Segaran
Ketiga: Mohd Azlan Mohd Sakri

Dart Wanita
Johan: Noor Hazlina
Kedua: Mahirah Izzati
Ketiga: Marjan Mastura Mohamad

Lontar Peluru Lelaki
Johan: Muhamad Shuhadak
Kedua: Fikri Musa
Ketiga: Lai Teck Peng

Lontar Peluru Wanita
Johan: Angela HH Ng
Kedua: JiaJia See
Ketiga: Nur Izzati

100m dan 200m lelaki (sekali announce sebab pemenang sama 🀣🀣)
Johan: Fahmi Jafri
Kedua: Bahrudin Sari'at
Ketiga: Syamil Jalil

100m wanita
Johan: Tang Wei Ling
Kedua: Nurhidayah Nabilah
Ketiga: See Sze Jia

200m wanita
Johan: Tang Wei Ling
Kedua: Nurhidayah Nabilah
Ketiga: Anis Ting Shee Hui

Terima kasih semua kerana menyertai acara pemilihan kali ini πŸŽ‰πŸŽ‰

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, D/a Hospital Permai Lama
Johor Bahru
81200