06/06/2025
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha!
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya”.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar wa lillahil hamd.
15/05/2025
New Season New Chapter
Training Day
17&18 May | 8.30 am - 10.00 am | Padang Kg.Punggai
30/03/2025
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!
Selamat Tinggal Ramadhan...Semoga Kita Bertemu Kembali Di Tahun Akan Datang...
02/03/2025
Marhaban Ya Ramadhan!
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Barakah...
Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa pada kali ini dengan sempurna...In shaa Allah....
Yak Yak Yea!!!
02/02/2025
-Pengumuman Dan Pemberitahuan-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Kelas bolasepak BAKA akan digerakkan kembali bagi musim baru yang akan pada 8hb February 2025 untuk sesi 2025 - 2026.
Semua pelatih yang telah pun mengikuti latihan tahun lepas diharapkan dapat hadir bagi kemaskini pendaftaran baru dan memulakan latihan bagi sesi tahun ini.
Kepada anak-anak yang berminat atau ibubapa yang ingin anak-anak menyertai latihan bagi sesi 2025, anda boleh membuat pendaftaran secara hadir langsung ke padang latihan di padang awam Kg.Punggai, Pengerang atau anda boleh hadir ke Clubhouse BAKA FC, Kg. Punggai, Pengerang pada bila-bila masa setelah bermulanya latihan.
Anda juga boleh hubungi di talian 011-27816151 (Coach Halim) untuk sebarang pertanyaan.
Bagi bermula tahun ini latihan akan mengikut hari cuti negeri yang baru iaitu pada setiap Sabtu dan Ahad.
Diharap semua pelatih dapat bersedia dengan semua kelengkapan, mental dan fizikal apabila latihan bermula nanti.
Pihak kelab berharap tahun 2025 ini pelatih-pelatih dapat menghadirkan sinar dan semangat baru bagi meningkatkan prestasi diri dan pasukan. Insha Allah…Aaminnn
Semoga berjumpa di latihan Pra-Musim 2025 - 2026 kepada semua pelatih BAKA FC…
NORHALIM MOHD YUSOF
Pengarah teknikal
BAKA FC
30/10/2024
Selamat menyambut Hari Deepavali 2024 kepada semua yang beragama Hindu.... Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua...
Deepavali Vaalthukkal!
27/10/2024
BAKA YOUTH CHAMPIONSHIP 2024 (BYC'24)
7 More Days...
27/10/2024
Majlis Undian Kumpulan Perlawanan Baka Youth Championship 2024 (BYC’24)
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Semua pengurus pasukan atau wakil pasukan dijemput hadir bagi cabutan undian kumpulan bagi semua kategori dan taklimat perubahan kejohanan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 28/10/2024
Hari: Isnin
Waktu: 9.00 mlm
Tempat: Baka FC Clubhouse, Kg. Tersusun Punggai, Pengerang
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/K22oChXgQP6BCKUp8
Bagi pengurus pasukan atau wakil pasukan yang tidak dapat hadir, undian akan dicabut oleh wakil pihak pengurusan kejohanan dan anda boleh mengikuti secara langsung di aplikasi google meet atau siaran langsung di page facebook Baka FC. Segala cabutan undian adalah muktamad.
Segala perubahan akan dimaklumkan.
Kehadiran: https://calendar.app.google/7ESnGSBZhuyCw3e57
Page FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=61555654380176
07/10/2024
⚽🏆🥇🥈⚽
BAKA YOUTH CHAMPIONSHIP 2024 (BYC24)
Anjuran : KELAB BOLASEPAK BAKA & JKKK KG TERSUSUN PUNGGAI
Hari : SABTU
Tarikh : 02-11-2024
Masa : 7.30 pg- 6.00ptg
Tempat : PADANG KG TERSUSUN PUNGGAI, 81600 Pengerang, Kota Tinggi.
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/7pNjdRtb9amFevkM8
KATEGORI
U8 & U10 & U12 (Terhad 12 Team Setiap Kategori)
Yuran
U8 - RM 100
U10 - RM 200
U12 - RM 300
✅Yuran Penuh
✔ Deposit (RM200)
Acc RHB BANK
AC NO: 25144100009739
Kelab Bolasepak Baka
FORMAT
⚽ Tempoh Bermain
U8 (11 Minit/5:1:5)
U10 (13 Minit/6:1:6)
U12 (15 Minit/7:1:7)
⚽PENDAFTARAN
Kelab/akademik/sek perlu mendaftarkan 1(satu) pasukan sahaja untuk setiap kategori
U8 - 5 sebelah (10 pemain)
U10 - 7 sebelah (12 pemain)
U12 - 9 sebelah (14 pemain)
⚽Semua pemain perlu bawa mykid/salinan semasa pertandingan
⚽Keputusan Pengadil adalah muktamad
⚽Setiap pasukan perlu membawa 2 set jersey
⚽Semua pasukan perlu bersiap sedia jam 7:30pg pada hari pertandingan.
Hadiah:
CUP Medal
Johan : Piala Pusingan(U12) + Piala iringan + Medal + e Sijil
N Johan : Piala iringan + Medal + e Sijil
Ketiga/keempat : Piala iringan + Medal + e Sijil
PLATE CUP
Johan : Piala iringan + Medal + e Sijil
N.Johan/ Ke 3/Ke 4: Medal + e Sijil
BOWL CUP
Johan/N Johan/Ke 3/Ke 4: Medal + e Sijil
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 01155349427( En Ismail ) / 01127816151(Coach Halim)
28/08/2024
Reminder!!!
| Training Day | 30 August 2024 | Friday | Padang Kg. Punggai |