27/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026M
Page Rasmi BolaSepak Dan Futsal Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ✊
27/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026M
16/05/2026
𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒 🏆
🏆
16/05/2026
Terima Kasih kepada semua Yang hadir 👏
16/05/2026
KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN BOLASEPAK PIALA YB EXCO 2026
JOHAN - MBKT A
NAIB JOHAN - Majlis Daerah Hulu Terengganu
KETIGA - Majlis Daerah Marang Rasmi
KEEMPAT- Majlis Daerah Besut
PENJARING TERBANYAK - SAIFULNIZAM (MBKT A)
PEMAIN TERBAIK- MAT KUBU (MBKT A)
PENJAGA GOL TERBAIK - TG AZRAF FAHIMI (MBKT A)
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu. diiringi YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar MBKT, Dan YBrs. Encik Mohd Sabri bin Abas, Setiausaha MBKT
Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak dan Para Pegawai yang terlibat pada edisi kali ini. Terima Kasih Kita jumpa tahun hadapan di Kemaman Indaman!!
Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penaja yang telah memberikan sokongan serta sumbangan dalam menjayakan kejohanan ini. Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada kelancaran program yang berlangsung.
𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 !!!
16/05/2026
Sekitar perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Piala YB Exco 2026 yang berlangsung di Ssins K.T
Turut menyaksikan perlawanan YB. Dato' Hj. Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu. Turut hadir YBhg. Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Datuk Bandar MBKT, YBrs. Encik Mohd Sabri bin Abas, Setiausaha, Ahli-ahli Majlis MBKT serta Pengarah-pengarah jabatan dan bahagian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
15/05/2026
Sebelum sepak mula perlawanan Akhir Kejohanan Bolasepak Piala YB EXCO 2026, para penyokong telah disajikan dengan aksi perlawanan persahabatan yang menemukan pasukan Ahli Majlis MBKT menentang Ahli Majlis MDHT.
Perlawanan berlangsung cukup sengit dengan kedua-dua pasukan mempamerkan semangat juang, komitmen serta aksi menarik sepanjang permainan, sekali gus memeriahkan suasana kejohanan sebelum tirai final dibuka.
15/05/2026
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR
Kejohanan Bolasepak Piala YB Exco 2026
menyaksikan pasukan MBKT A berjaya muncul juara selepas menewaskan MDHT dengan keputusan 1-0 dalam aksi final yang berlangsung penuh sengit dan kompetitif.
Tahniah diucapkan kepada pasukan MBKT A atas kejayaan merangkul kejuaraan. Syabas juga kepada pasukan MDHT atas semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan.
Terima kasih kepada semua pemain, urusetia serta para penyokong yang telah memeriahkan kejohanan ini.
15/05/2026
Amirul Imran telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang MD BESUT sebentar tadi.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Sabri bin Abas, Setiausaha (MBKT) diiringi Haji Sallehudin Harun selaku Ahli Majlis . Hamper bagi anugerah Pemain Terbaik setiap perlawanan p**a ditaja oleh Haji Sallehudin B Harun & Partners.
Selain itu, air minuman dan 100PLUS sepanjang Kejohanan Bolasepak Piala YB EXCO PBT telah ditaja oleh Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Terengganu Cawangan Kuala Terengganu.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penaja, penyumbang serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga segala sokongan dan kerjasama yang diberikan terus berkekalan pada masa akan datang.