Kelab Penyokong Harimau Selatan - Lembah Klang

Kelab Penyokong Harimau Selatan - Lembah Klang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Penyokong Harimau Selatan - Lembah Klang, Sports Team, Johor Bahru.

14/12/2025

JOHOR UMUM CUTI PERISTIWA 15 DISEMBER 2025 SEMPENA KEJAYAAN JDT MENJUARAI PIALA FA 2025, JUNJUNG KASIH HRH Crown Prince of Johor - YAB Onn Hafiz Ghazi

Syukur Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan cemerlang menjuarai Piala FA 2025 selepas menewaskan Sabah FC dengan mata 5-0 di pentas final.

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor dengan ini mengisytiharkan hari Isnin, 15 Disember sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan gemilang pasukan JDT menjuarai Piala FA 2025.

Walau bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada hari tersebut akan diteruskan seperti biasa, bagi memastikan persiapan calon-calon SPM serta kelancaran tugas semua petugas peperiksaan tidak terjejas.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas kepimpinan, iltizam dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus melakar kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa bola sepak tanah air, hasil komitmen tinggi barisan pemain, pasukan kejurulatihan serta pengurusan yang sentiasa beriltizam mengekalkan standard kecemerlangan pasukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Bangsa Johor yang sentiasa setia menyokong pasukan JDT. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan berterusan kepada seluruh warga pasukan JDT untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang serta membawa nama Johor ke pentas dunia. Insya-Allah.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR!
LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

14/12/2025

Semoga kemenangan milik JOHOR Southern Tigers malam ini.. Aamiin

12/12/2025

Selamat malam Johorean semuaβ€οΈπŸ’™

Jangan lupa saksikan, aksi akhir Piala FA 4hb Disember ini.. Semoga kemenangan milik JOHOR Southern Tigers ..

11/12/2025

π‘π„πŠπŽπƒ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 π…πˆππ€π‹πˆπ’ ππˆπ€π‹π€ 𝐅𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ“-πŸπŸŽπŸπŸ”

Dua pasukan dengan momentum tersendiri menuju ke pentas final Ahad ini! πŸ†

Hanya berbaki 3️⃣hari sahaja lagi!

Dapatkan tiket anda sekarang di https://tickethotline.com.my/ πŸ₯

-26

10/12/2025

PERJUMPAAN YANG AMAT BERNILAI DAN
TERIMA KASIH TMJ.
___________________________________

INTIPATI SESI WAWANCARA DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERSAMA PENYOKONG

- JDT bakal merekrut sekurang-kurangnya tiga muka baharu pada jendela perpindahan yang bakal dibuka Januari tahun hadapan yang bertujuan mengisi kekosongan yang ditinggalkan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan seperti Arif Aiman, Romel Moraes dan Ager Aketxe.

- Projek pusat latihan JDT akan bermula tahun 2026 dengan bajet RM180 juta. Mana-mana pasukan luar dan dalam negara boleh menyewa kemudahan fasiliti tersebut yang bakal dilengkapi dengan 12 buah padang.

- Penyokong jangan terlalu kritikal kutuk Jairo da Silva sebab berdasarkan statistik, beliau merupakan antara penjaring terbanyak kelab musim ini di mana beliau sudah menjaringkan 10 gol dan 6 'assist'. Beliau juga banyak terlibat dalam gerakan pasukan.

- Penyokong perlu terima kenyataan sekiranya suatu hari nanti JDT tidak lagi menjadi juara liga. Yang penting adalah konsistensi dari segi matlamat, inovasi dan sentiasa berjuang setiap tahun untuk memenangi piala seolah-olah belum pernah menang apa-apa.

- Penyokong JDT bertuah kerana mudah berjumpa dan berhadapan dengan pemilik kelab berbanding kelab yang lain.

- Cristiano Ronaldo minta perlawanan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim sekiranya Al Nassr hendak melakukan Asia Tour.

- Menurut Natxo Insa, walaupun berdepan dengan krisis tetapi kelab masih lagi 'compete' dalam kejohanan. Tidak perlu tekan β€˜panic button’ kerana kita masih ada banyak perlawanan lagi serta ada jaringan gol yang banyak.

- Kelab ini sentiasa dahagakan kejayaan. Terus berfikiran positif kerana berfikir negatif tidak akan selesaikan masalah. Kita dalam industri pertandingan dan kita kena lihat pasukan lain (di ACLE) supaya kita sedar pasal pasukan kita. Bezakan dengan tiga tahun lalu, banyak bezanya.

- Ini pasukan yang baru dibentuk. 80% pemain baru bermain bersama dan ianya melebihi jangkaan saya. Pemain perlukan masa untuk serasi. Kita perlu β€˜push’ mereka dari segi prestasi dan pastinya akan ada naik turun dan akan jadi lebih kuat selepas ini.

- Berapa Bergson jaringkan di ACL Elite? Nak buat penilaian jangan ada β€˜favouritism’. Kita kena kenal kelemahan pemain juga sebelum buat penilaian dan perbandingan.

- Jenama JDT muncul juara dalam kejohanan bola sepak, tinju, futsal malah juga perlumbaan motosikal.

- Inisiatif saya untuk Negeri Johor adalah mempertingkatkan kehidupan rakyat. Antaranya seperti 45,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan di Maharani Freeport, Muar.

- SEZ Malaysia Singapura akan beri banyak peluang kepada anak-anak Johor berniaga dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

- Rakyat patut ambil kesempatan atas peningkatan sistem pendidikan serta kegiatan ekonomi yang bukan sahaja merangkumi Johor Bahru tetapi juga daerah-daerah lain.

- Pembukaan Johor Khabib Gym di Johor adalah kerana Khabib percaya dengan perancangan saya dan kita dapat kumpulkan semua juara dunia dari pelbagai sukan di Johor.

Hidup Johor Demi Johor









Kredit: JOHOR Southern Tigers

09/12/2025

Kecewa, memang kecewa . Tp itulah hakikat yg terpaksa kita terima.. Ketiadaan Arif Aiman betul2 dirasai skuad Harimau Selatan.. Jairo seperti biasa, bikin hati panasπŸ™‚β€β†”οΈ

09/12/2025

πŸ”₯ π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—Ÿπ—˜π—£π—”π—¦π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—”π—‘π—š !

Saksikan kemuncak Piala FA 2025–2026, pertembungan epik antara juara bertahan Johor Darul Ta'zim dan Sabah FC yang kembali semula ke pentas akhir selepas 27 tahun!!

Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik ππ„π‘πŒπ”π‹π€ π‰π€πŒ πŸ” 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐆 menanti para penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini! πŸŽ‰

🎀 Akim Ahmad dan Hazama bakal menggegarkan pentas dengan persembahan yang penuh bertenaga dan tidak ketinggalan persembahan memukau daripada One Avenue Band yang akan menyanyikan lagu-lagu pilihan anda! 🎢⚽

πŸŽ™οΈ Dihoskan oleh Azlan Mubin dan Dayang Zainatul pastinya bakal menghangatkan suasana di stadium nanti!

Jangan tunggu lagi! Dapatkan tiket anda sekarang di https://tickethotline.com.my/ dan jadi sebahagian daripada detik bersejarah ini! πŸ”₯

-26

08/12/2025

Kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia

08/12/2025

Kedudukan terkini Liga Super 2025/26

07/12/2025

Melihat kepada kemenangan 4-1 menewaskan Laos, 3 goal tersebut dijaringkan oleh pemain dari Selangor.

⚽ Haykal Danish
⚽ Moses Raj
⚽ Muhammad Abu Khalil

Ternyata ubi muda Selangor boleh tahan hebat. Bak kata Man Klang, "Kuat Selangor kuatlah Malaysia".

Pendapat anda.??🀭

05/12/2025

6 Pemain Berpotensi Dilepaskan Musim Depan

1️⃣ Sumareh – Masih bergelut dengan kesilapan asas dan kurang peningkatan.
2️⃣ Moussa SidibΓ© – Kualiti permainan belum mencapai standard yang diharapkan.
3️⃣ Samu Castillejo – Tempo perlahan dan kerap hilang bola dalam situasi penting.
4️⃣ Jairo – Kurang klinikal di depan gol dengan banyak peluang disia-siakan.
5️⃣ Nazmi – Kurang kreativiti serta impak dalam pembinaan permainan.
6️⃣ Park – Prestasi tidak cukup meyakinkan di bahagian kanan pada perlawanan besar

Apa pendapat korang.??

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Culinary Team

Attire

Telephone

Website

Address

Johor Bahru
81200