Hoki Johor

Hoki Johor

Share

Komuniti Hoki Pendidik di Negeri Johor

Photos from Hoki Johor's post 01/09/2026

Double Celebration..
Selamat Hari Kemerdekaan
Johan Kategori Lelaki 18 tahun
- Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir
- Anugerah Penjaga Gol Terbaik

Target yang ditetapkan adalah Top 3. Pasukan hoki tidak berjaya mencapai KPI tersebut namun berjaya memperbaiki ranking semasa di kedudukan ke-4. Kita masih lagi dalam Top 5 Kebangsaan.
3 target podium dan 1 di suku akhir. 2 mencapai dan 2 tumbang. Adakah disebabkan mereka bermain dengan tidak bersungguh?
Kami melihat sendiri mereka bermain. Cukup bersemangat sebagai satu pasukan. Cuma kekangan yang timbul adalah di luar ramalan kita. Apa yang boleh kita buat adalah dengan mengadaptasi sesegera mungkin. Semua pasukan menghadapi masalah yang sama. Disinilah kita melihat kepada keupayaan seorang jurulatih dalam menilai situasi dan tindakan. Kita dapat menyaksikan, kebanyakan team feveret juga tumbang..
Dan kita seharusnya berterima kasih dan bersyukur kerana pihak tuan rumah KL pantas mencari dan melaksanakan jalan penyelesaian. Banyak isu yang ditimbulkan, tetapi lebih baik jika disertakan jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak. Semua peringkat, semua pasukan terkesan dengan apa yang terjadi. Yang penting, absorb, and solve the problem.

Rezeki Lelaki 18 tahun untuk mencapai Johan adalah effort mereka sepasukan. Walaupun diterajui coaches baharu (3 coaches cadangan awal menarik diri atas alasan komitmen) mereka berjaya beradaptasi sebagai satu pasukan. Keikhlasan dalam memimpin walaupun berdepan pelbagai kritikan/tekanan mendatang rezeki juga sebagai juara akhirnya. 33 tahun (1993) berlalu dan kini Juara L18 di genggaman. Guess what? Ketika itu, Hj A Rahman Karim P*S menerajui hoki Johor bersama pasukannya😊
Dan dengan pencapaian sedia ada, Team Lelaki Johor sepatutnya lebih mantap di peringkat selepas MSSM.
2022 - Naib Johan L18
2023 - Naib Johan L18
2024 - Naib Johan L18
2025 - Kelima
2026 - Johan L18

Tahniah juga kepada P12 kerana sampai ke suku akhir seperti yang di ramalkan. Kandas sekali lagi bertemu Perak setelah undian (atau Selangor).
L12 dan P18 tetap menyumbang mata terbaik mereka walaupun hanya sekadar di peringkat kumpulan. Dan ini semua menyumbang kepada mata keseluruhan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penyokong, ibu bapa, guru-guru, pihak JPNJ terutamanya En Fakarudin sebagai SUA MSSJ dan jurulatih-jurulatih pembangunan yang menyumbang tenaga ke pada kejayaan atlit-atlit ini. Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik semua.

Terima kasih jua atas sokongan Tn Hj Zulkurnain bin Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Johor diiringi Tn Hj Ahmad Kamal bin Untong, Timb Pengarah SPM JPNJ yang hadir menyaksikan perlawanan akhir.

Raikan bersama. Kejayaan ini kejayaan kita. Selamat Hari Kemerdekaan buat semua. Dan selamat bercuti buat rakan-rakan pegawai kontinjen.❤️.

Photos from Hoki Johor's post 01/09/2026

The Champion 2026 - Boys 18. Dalam mode sebenar...😁 Enjoy your glory boys. Terima kasih menjulang nama Johor. Terbaik Coach Safuan dan Coach Ridwan menggalas cabaran ini dibantu Coach Aloi.

Photos from Hoki Johor's post 31/08/2026

Pengarah Pendidikan Johor, Tn Hj Zulkurnain bin Abdul Rahman diiringi Tn Hj Ahmad Kamal bin Untong, Timb Pengarah SPM turut hadir untuk meluangkan masa bersama ibubapa dan pegawai serta menyaksikan perlawanan akhir yang berlangsung di antara negeri Johor dan Terengganu. Title Johan L18, kali terakhir dipegang adalah pada tahun 1993. Tahniah boys....

31/08/2026

Tuan Pengarah diiringi Timbalan Pengarah SPM bersalaman dengan atlit Hoki MSS Johor

31/08/2026

After 30 or 40 years i guess....Alhamdulillah, hadir juga akhirnya😊.
1993 Johor last champion Lelaki 18 tahun di Melaka.

31/08/2026

Jom sokong
Johor vs Terengganu...Finale

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address

Johor Bahru