19/01/2026
PERMASYHURAN GURU UTAMA PSSSM
Dengan penuh rasa syukur, Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM) telah melakar satu detik bersejarah dengan berlangsungnya Istiadat Permasyhuran Guru Utama PSSSM sempena Majlis Adab & Warisan Sendeng Nusantara (ADIWIRA) 2026.
Maka dengan penuh adat dan tertib, PSSSM telah memasyhurkan
Y.Bhg. Dr. Jamaluddin bin A. Jalal
sebagai
GURU UTAMA PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA.
Istiadat ini telah disempurnakan oleh YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI, Menteri Besar Selangor, dan PSSSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan beliau terhadap usaha memartabatkan warisan silat dan budaya bangsa..
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Presiden PSSSM, Ahli Majlis Tertinggi PSSSM serta seluruh AJK ADIWIRA 2026 atas kepimpinan dan komitmen yang memungkinkan istiadat ini dilaksanakan dengan penuh tertib dan berwibawa.
Permasyhuran ini menandakan kesinambungan amanah dalam penjagaan ilmu, adab dan warisan Sendeng untuk generasi masa hadapan.
Sendeng adalah warisan.
Sendeng adalah adab.
Sendeng adalah amanah..
27/12/2025
Silat Sendeng Malaysia pernah di angkat jadi 'subjek' dalam filem TOMBIRUO...
12/12/2025
Yang berhajat untuk menyertai kelas, bolehlah menghubungi Ketua Gelanggang masing-masing seperti berikut:
SENARAI GELANGGANG PSSSM MALAYSIA
1. GELANGGANG SERAMPANG LAUT (Sepang)
π Kota Warisan, Selangor
π€ Tn. Azli Shah Bin Zakaria
π 014-622289
2. GELANGGANG TIGA SETURUT (Muar)
π Bukit Pasir, Muar, Johor
π€ Tn. Mohd Taufik Bin Hashim
π 014-9203484
3. GELANGGANG ASTAKA TUAH (Saujana Putra)
π Bandar Saujana Putra, Selangor
π€ Tn. Shikh Muhammad Norhisham
π 019-7958387
π§ [email protected]
4. GELANGGANG ZULFAKAR (Seremban)
π Taman Arowana Impian, Seremban
π€ Tn. Muhammad Luthfi Muslim
π 013-9256971
π§ [email protected]
5. GELANGGANG MENARA LEBAH MENGURAP (Kuala Lumpur)
π Kampung Bharu, Kuala Lumpur
π€ Tn. Abdul Majid Bin Wahid
π 012-6960231
6. GELANGGANG HELANG BERBEGA (Klang)
π Bandar Bukit Raja, Selangor
π€ Tn. Hanif Farhan Bin Mohd Rasdi
π 019-6101300
π§ [email protected]
7. GELANGGANG PUKOL TUJOH (Klang)
π Sungai Udang, Klang
π€ Tn. Amirul Bin Ahmat Sharif
π 017-2580870
π§ [email protected]
8. GELANGGANG JAGGURU RIATTANG (Klang)
π Kampung Jawa, Klang
π€ Tn. Shahrul Nizam Saim
π 019-3441907
π§ [email protected]
9. GELANGGANG SENDENG PAKAR (Shah Alam)
π Seksyen 24, Shah Alam
π€ Tn. Abdul Rahman Bin Shamsul Bahri
π 012-3331283
π§ [email protected]
10. GELANGGANG W.P LABUAN
π Sungai Keling, WP Labuan
π€ Tn. Anuar Bin Berzuri
π 012-8287996
π§ [email protected]
11. GELANGGANG AMPANG SAUJANA
π Ampang Saujana, Selangor
π€ Tn. Nazrullnizam Bin Abdullah
π 016-6609006
π§ [email protected]
12. GELANGGANG TANJUNG LIPIS (Pahang)
π Tanjung Lipis, Pahang
π€ Tn. Ramly Bin Rasul
π 013-9868700
13. GELANGGANG DATOβ BENTARA LUAR (Muar)
π Jalan Daud, Muar
π€ Tn. Mohamed Bin Hashim
π 012-3232195
14. GELANGGANG SK DUMPAR (Muar)
π SK Dumpar, Muar
π€ Tn. Mohd Fadhil Bin Mohamad Amin
π 019-7548943
15. PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG SARAWAK
π Kuching, Sarawak
π€ Tn. Wan Adzman Bin Wan Abdul Rahman
π 016-3601996
π§ [email protected]
16. GELANGGANG TAJI MERLELA (Kajang)
π Bandar Seri Putra, Selangor
π€ Tn. Akmal Effendee Bin Abdul Razak
π 017-6178979
π§ [email protected]
17. GELANGGANG HUJAN PANAS (Muar)
π Taman Desa Warisan, Muar
π€ Tn. Mohd Hidayat Bin Md Esa
π 014-9356001
Dipohon agar dapat disebarkan kepada saudara-mara, sahabat handai dan anak-anak muda yang ingin mempelajari seni pusaka bangsa.
Semoga PSSSM terus makmur, terpelihara dan diberkati Allah SWT...
03/11/2025
Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM) atau dahulu dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar (SSSM) telah diasaskan oleh Almarhum Guru Utama Haji Hamid Bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau mewarisi ilmu persilatan daripada nenda-nenda serta guru-guru yang terkenal dengan ilmu kependekaran dan kerohanian sejak awal abad ke-20. Gabungan tiga aliran utama iatu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng, dan Pukulan Tujuh Hari menjadikan seni ini unik dan tinggi nilainya.
SUMBER : PAGE PSSSM2014
21/10/2025
MENJEJAKI PENDEKAR LONG MAMAT : Bahagian 1
27 September 2025
Kampung Parit Ibrahim, Pontian, Johor
βSebelum ini belum ada sesiapa yang datang untuk mengetahui mengenai waris dan pusara Long Mamat,β ujar Tuan Haji Zaini Saat, Ketua Kampung Parit Ibrahim, suami kepada cucu Pendekar Long Mamat, Hajah Awa binti Mohd Yassin.
Dengan penuh rasa takzim, wakil Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014) telah menziarahi pusara Pendekar Long Mamat, atau nama asalnya Muhamad bin Lena, tokoh yang menjadi tunjang kepada warisan ilmu dan falsafah perguruan Sendeng di bumi Melayu.
Delegasi pertubuhan diketuai oleh
Dr. Jamaluddin bin A. Jalal (Guru Amanah & Guru Kejurulatihan serta Adat Istiadat),
Dr. Zainal bin Dapit (Ahli Majlis Perguruan),
serta pesilat muda Saudara Mohd Hazim dan Saudara Hakimi.
Dalam lawatan tersebut, pihak pertubuhan telah diberi penerangan tentang asal-usul keturunan Long Mamat oleh keluarga warisnya. Menurut Tuan Haji Zaini dan Hajah Awa, mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada PSSSM 2014 kerana sudi mengambil berat tentang nasab dan pusaka perjuangan datuk mereka.
Mereka turut menyatakan hasrat untuk menaik taraf pusara Pendekar Long Mamat dengan pemasangan kepuk baharu, agar mudah dikenal dan diziarahi oleh generasi pelapis yang ingin menelusuri jejak warisan ini.
βSesungguhnya, menziarahi pusara pendekar bukan sekadar menatap batu nisan, tetapi meneguhkan janji untuk menyambung perjuangan.β
Bahagian 2 bakal membawa kita menelusuri langkah seterusnya dalam misi mengangkat kembali nama Pendekar Long Mamat ke persada persilatan tanah air dan nusantara.
SUMBER : PSSSM2014
---
14/10/2025
CERITA RINGKAS KIAI SALLEH (PANGLIMA SALLEH) DALAM PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA (PSSSM)
Lebih di kenali sebagai Kiai Salleh atau Panglima Salleh, Batu Pahat. Beliau mengetuai orang-orang Melayu menangani Bintang Tiga di Batu Pahat, Johor. Panglima Salleh telah dilahirkan pada tahun 1916 di Jorak, Muar. Sepanjang hayatnya, beliau banyak berguru dengan guru agama dan persilatan. Antara guru beliau yang di ketahui ialah Kiai Mustahir, Pagoh dan Kiai Arshad al Banjari. Dari kedua-dua guru ini, beliau telah menuntut ilmu agama dan amalan perang yang berasaskan amalan ayat empat. Beliau mula memimpin orang melayu Batu Pahat pada usia 29 tahun iaitu sekitar 1945. serangan pertama ke atas kubu komunis di Bukit Simpor di buat selepas suboh pada 19 April 1945 yang d sertai oleh 38 orang penduduk kampung. Itulah kali pertama penduduk kampung menyaksikan kehebatan Panglima Salleh dala pertempuran. Panglima Salleh telah menerima almarhum Hj Hamid sebagai murid setelah di suruhnya mengerjakan kebunnya selama 6 bulan. Selepas berakhir 6 bulan barulah Panglima Salleh bertanyakan namanya dan di panggil untuk di perturunkan ilmu-ilmu keagamaan dan dalaman. Hj Hamid telah beguru dan tinggal bersama Panglima Salleh selama tiga tahun iaitu dari tahun 1946 sehingga 1949. Waktu itu almarhum Hj Hamid berusia 19 tahun.
Pada tahun 1949 Hj Hamid dan Panglima Salleh telah mengetuai dua pasukan penduduk kampung untuk memburu Mat Indera. Panglima Salleh di ketahui amat benci amalan-amalan khurafat dan karut seperti bertapa di gunung-ganang dan sebagainya. Sebelum di khatamkan, Hj Hamid telah di uji kefahaman ilmu Tauhid oleh gurunya dan di suruh beramal di dalam sebuah gua di Parit Sulong untuk mendapat ilmu dari harimau jadian. Hj Hamid faham dengan tujuan gurunya lalu menolak permintaan itu dengan cara yang baik dan menyatakan lebih baik dia beramal di masjid. Panglima Salleh yang gembira jawapan tersebut menyatakan Hj Hamid layak dikhatamkan. Menurut almarhum Hj Ismail, Hj Hamid dikhatamkan dalam kelambu oleh Panglima Salleh untuk mengelak dari di lihat oleh anak muridnya yang lain. Panglima Salleh meninggal dunia pada 21 April 1959 di hospital besar Johor Bharu kerana penyakit bengkak paru-paru. Dari almarhum Hj Hamid, amalan ayat empat ini telah di kembangkan kepada ahli-ahli PSSSM. Kesemua tokoh-tokoh yang telah di sebutkan di atas adalah susur galur guru-guru yang menurunkan ilmu kepada almarhum Hj Hamid. Guru-guru yang lain di ketahui mengajar almarhum Hj Hamid ialah Kiai Mustahir dan Panglima Lias dari Pagoh, Haji Mohd Lip Bedu (ilmu Tauhid), Hj Abdul Ghani, Datoβ Mohd Bakar (Kadi Besar, Johor), Ustaz Sulaiman Sujak dan Ustaz Ahmad Tunggal.
SUMBER : BLOG SSSM : https://sendengmalaysia.blogspot.com/2008/01/haji-salleh-abd-karim.html
***foto rakaman : Haji Salleh Abdul Karim atau lebih dikenali Kiyai Salleh atau Panglima Salleh (dalam bulatan) pernah menggempur kubu komunis sekitar tahun 1945 di Bukit Simpor...
09/10/2025
SENDENG TUJUH HARI
(Haji Mohd Arif Samsu)
Haji Mohd. Arif Samsu, terkenal dengan pukulan sendeng 7 harinya. Beliau telah berguru dengan Long Mamat dan kemudian menghalusi permainan sendeng dari Taman Dagang setelah tewas mencabarnya. Beliau pernah merantau sehingga ke Pattani dan Pulau Pinang untuk mencuba pukulan sendeng 7 harinya. Di katakan ketika beliau sedang mengajar di Pulau Pinang pada tahun 1939, Hj Hassan Pendekar telah ikut serta dalam rombongan tersebut. Sebelum itu, Hj Mohd Arif Samsu pernah mencuba Hj Hassan Pendekar.
Walaupun pukulan tangan Hj Mohd Arif gagal di saingi tetapi kepantasan Hj Hassan Pendekar gagal di tangani Hj Mohd Arif. Beliau mengajar sendeng 7 harinya pada almarhum Hj Hamid bersama beberapa orang dewasa seperti Pak Ngah Hassan dan lai-lain lagi. Ketika itu almarhum Hj Hamid baru berusia 12 tahun. Almarhum Hj Hamid pernah di uji dengan di panggil naik ke rumah dan di serang dari belakang pintu tetapi serangan itu berjaya di elaknya. Hj Arif mengiktiraf Hj Hamid boleh menjadi guru. Hj Mohd Arif Samsu telah meninggal pada penghujung 1940 an.
SUMBER : BLOG SSSM https://sendengmalaysia.blogspot.com/.../haji-mohd-arif...
***foto ini tiada kena mengenai dengan cerita ini, sekadar hiasan. noted
08/10/2025
LOGO ASAL PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA
Rangkai kata - βSENI SILAT SENDENGβ
Pemakaian rangkai kata βSENI SILAT SENDENGβ yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri pembelajaran yang terkandung didalamnya.
Ciri utama atau teras yang menunjangi pembelajaran ini ialah SENDENG, kerana setiap pergerakan dan penggayaan yang di aksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan seni mempertahankan diri dipraktikkan secarang menyendeng atau miring. Inilah sebabnya perguruan ini dinamakan βSENI SILAT SENDENGβ. Berbentuk bulat dan ditengah-tengahnya terdapat sebilah keris bersarung dan diapit dengan pelbagai jenis peralatan silat yang digrafikkan secara simbolik dan simitrikal serta dikelilingi dengan rangkai kata βSeni Silat Sendeng Malaysiaβ berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna hitam. Putih bererti KESUCIAN dan Hitam bermaksud KEASLIAN.
Cogankata / Motto
SENDENG β PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA.
SUMBER : BLOG SSSM https://sendengmalaysia.blogspot.com/2007/01/logo-and-motto.html
04/10/2025
SEJARAH RINGKAS SENI SILAT SENDENG MALAYSIA
Seni Silat Sendeng diasaskan oleh Long Mamat dan seterusnya dikembangkan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah dengan nama Seni Silat Sendeng Muar. Dibawah kepimpinan beliau perguruan ini dikenali sebagai Seni Silat Muar yang berpusat di Sungai Mati, Muar, Johor Darul Takzim. Sekembalinya beliau ke rahmatullah pada 19 Mei 1990, adinda beliau Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah telah dipilih untuk mengetuai perguruan ini sebagai βGuru Utama.β Pada 11 Julai 1992, Seni Silat ini telah didaftarkan atas nama βPertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysiaβ dengan gabungan 7 buah cawangan negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan N.Sembilan. Terdapat lebih kurang 42 gelanggang di seluruh negara yang dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah seramai 48 orang. Keseluruhan jumlah ahlinya yang berdaftar adalah seramai 2,240 orang.
Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia terus berkembang negeri seperti Kelantan, Sabah dan Labuan dibawah beliau dan pelbagai pembaharuan idea telah tercetus. Setelah melibatkan diri dalam program wajadiri anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pertubuhan telah menganjurkan banyak aktiviti riadah dan pertandingan. Antara pertandingan yang pernah disertai ialah Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, aktiviti budaya anjuran KBS dan menganjurkan aktiviti dibawah PSSSM seperti Sendeng Full Contact.
Setelah berkhidmat dan mengabdikan diri dalam PSSSM allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mac 2002.
SUMBER : https://sendengmalaysia.blogspot.com/2007/01/psssm-history.html