Kelab Belia Perpaduan Bintong

Call

Kelab Belia Perpaduan Bintong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Belia Perpaduan Bintong, Bintong, Kangar.

πŸ“’ MAKLUMAN PENTING: PENGESAHAN PAJSK πŸŽ“πŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈKepada ibu bapa/penjaga bagi murid sekolah rendah dan menengah yang tela...
04/10/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENTING: PENGESAHAN PAJSK πŸŽ“πŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈ

Kepada ibu bapa/penjaga bagi murid sekolah rendah dan menengah yang telah menyertai Pink October Fun Run 2026, pihak penganjur kini sedang mengumpulkan maklumat peserta bagi tujuan pengesahan PAJSK.

Mohon ibu bapa/penjaga WhatsApp maklumat berikut ke πŸ“² 012-492 3030:

1. πŸ“Έ Gambar MYKID atau MYKAD pelajar
2. πŸ“ž Nombor telefon waris
3. 🏫 Nama sekolah serta nombor kod sekolah
Contoh: SK Bintong / RBA0004

⚠️ PERHATIAN: Maklumat ini hanya perlu dihantar oleh peserta yang telah mendaftar dan menyertai Pink October Fun Run 2026.

Setelah proses pengesahan peserta selesai, pihak Kelab Belia Perpaduan Bintong (BERPADU Bintong) akan mengemukakan maklumat berkenaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) untuk proses kelulusan. Markah PAJSK hanya akan direkodkan selepas mendapat kelulusan pihak JPN Perlis.

Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk menghantar maklumat yang lengkap bagi memudahkan proses pengesahan. πŸ™πŸ»πŸ’—

Terima kasih sekali lagi kepada semua murid, ibu bapa dan penjaga yang telah bersama-sama menjayakan Pink October Fun Run 2026! πŸŽ€

TOGETHER WE ARE STRONGER πŸ’ͺπŸ»πŸ’—

πŸŽ€ ALHAMDULILLAH, PINK OCTOBER FUN RUN 2026 MELABUHKAN TIRAI DENGAN PENUH MAKNA! πŸ’—Setinggi-tinggi penghargaan dan terima ...
03/10/2026

πŸŽ€ ALHAMDULILLAH, PINK OCTOBER FUN RUN 2026 MELABUHKAN TIRAI DENGAN PENUH MAKNA! πŸ’—

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 321 peserta yang bersama-sama memeriahkan Pink October Fun Run 2026 pada 3 Oktober 2026 di Sekolah Kebangsaan Panggas, Perlis.

Bagi kami di Kelab Belia Perpaduan Bintong (BERPADU Bintong), program ini bukan sekadar larian 3KM dan 5KM. Ia adalah usaha kecil kami untuk membawa satu mesej yang besar β€” jaga kesihatan, tingkatkan kesedaran dan jangan tunggu untuk melakukan pemeriksaan awal. πŸŽ—οΈ

Antara perkara paling bermakna ialah apabila 30 peserta mengambil peluang menjalani pemeriksaan Pap smear serta pemeriksaan payudara. Turut berlangsung ialah senamrobik, saringan kesihatan, perkongsian kesedaran kesihatan oleh Dr. Munira Hanim binti Awang, sesi penjagaan diri oleh Fatin Nurfazira binti Che Baharin dari Faz Aura Spa, pameran kesihatan serta cabutan bertuah dengan hadiah utama RM1,500 tunai. πŸƒβ€β™€οΈπŸ’—

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ts. Mohd Jeffry bin Hassan, Penaung BERPADU Bintong, yang turut menekankan betapa pentingnya pertubuhan belia memainkan peranan sebagai agen perubahan dengan mengajak masyarakat membudayakan kehidupan sihat, melakukan pencegahan dan mendapatkan pemeriksaan dari peringkat awal.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Dana Sukan Komuniti (DSK), JBSN Perlis, JKN Perlis, Klinik Kesihatan Kangar, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kangar, JPN Perlis, IPD Padang Besar, JKR Perlis dan SK Panggas atas kerjasama yang sangat baik.

Terima kasih juga kepada JPN Perlis atas sokongan berkaitan PAJSK, yang memberi manfaat kepada peserta dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah untuk merekodkan penglibatan aktif mereka di luar bilik darjah.

Penghargaan kepada JKR Perlis atas penyediaan khemah, kerusi dan meja; Yay Legacy yang membantu kami dalam pengurusan serta penyelarasan acara; serta Koperasi Pembangunan Anak Perlis Berhad dan Faz Aura Spa atas sokongan sebagai penaja. Tidak dilupakan seluruh petugas, sukarelawan dan semua pihak yang bekerja di belakang tabir. πŸ™πŸ»

Turut bersama memeriahkan program ialah kepimpinan agensi dan gerakan belia termasuk Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Pengarah JBSN Perlis; YDH Supt Sarih bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar; Jessy Ng, Naib Presiden Wanita Majlis Belia Malaysia; Amar bin Abd Jalil, Exco Majlis Belia Malaysia; Ts. Mohd Jeffry bin Hassan; serta Mohd Shahiq bin Rahim, Pengerusi BERPADU Bintong.

Kepada 321 peserta, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Anda semua yang menjadikan program ini hidup, meriah dan paling penting β€” bermakna. πŸ’•

πŸŽ—οΈ TOGETHER WE ARE STRONGER.

Jumpa lagi dalam program BERPADU Bintong yang seterusnya! πŸ’ͺπŸ»πŸ’—

πŸŽ€ PERHATIAN SEMUA PESERTA PINK OCTOBER FUN RUN 2026! πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈDah bersedia untuk larian Sabtu ini? Jangan lupa ambil race...
27/09/2026

πŸŽ€ PERHATIAN SEMUA PESERTA PINK OCTOBER FUN RUN 2026! πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

Dah bersedia untuk larian Sabtu ini? Jangan lupa ambil race kit anda sehari sebelum program! πŸ˜πŸ’—

🎽 RACE KIT PICKUP

Jumaat, 2 Oktober 2026

Kafeteria, Kompleks JBS Perlis

5.00 petang – 9.00 malam

Pastikan anda mengambil kit larian yang merangkumi baju acara dan nombor bib. 🎽

πŸ“ HARI LARIAN

3 Oktober 2026 (Sabtu) Sekolah Kebangsaan Panggas, Perlis Flag off: 7.40 pagi 🚩

πŸ’— Jumpa kalian di SK Panggas! Jom sama-sama meriahkan Pink October Fun Run 2026.

TOGETHER WE ARE STRONGER! πŸŽ—οΈ

πŸŽ€ ALHAMDULILLAH! SASARAN PESERTA BERJAYA DILEPASI! πŸŽ‰πŸ’—Terima kasih atas sambutan luar biasa daripada semua peserta yang t...
27/09/2026

πŸŽ€ ALHAMDULILLAH! SASARAN PESERTA BERJAYA DILEPASI! πŸŽ‰πŸ’—

Terima kasih atas sambutan luar biasa daripada semua peserta yang telah mendaftar untuk PINK OCTOBER FUN RUN 2026! Kehadiran anda menjadi pembakar semangat kami untuk menjayakan program ini. πŸ”₯

πŸ’° HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH RM1,500 TUNAI!

Pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda. Mana tahu, rezeki anda Sabtu ini! 🎁😍

πŸ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu) ⏰ 7.00 pagi πŸ“ Sekolah Kebangsaan Panggas, Perlis πŸƒβ€β™€οΈ Kategori 3KM & 5KM

Bukan sekadar larian, tetapi langkah bersama dalam meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara dan mengamalkan gaya hidup sihat. πŸŽ—οΈ

JUMPA KALIAN SABTU INI DI SK PANGGAS! πŸ’ͺπŸ’—

Together We Are Stronger!

πŸŽ€ PINK OCTOBER FUN RUN 2026 πŸŽ€πŸ’— Lari Bersama, Sebarkan Kesedaran, Sokong Pejuang Kanser Payudara! πŸ’—Jom warnakan Bintong d...
19/08/2026

πŸŽ€ PINK OCTOBER FUN RUN 2026 πŸŽ€
πŸ’— Lari Bersama, Sebarkan Kesedaran, Sokong Pejuang Kanser Payudara! πŸ’—

Jom warnakan Bintong dengan PINK! πŸ©·πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

Bukan sekadar berlari β€” setiap langkah kita membawa mesej kesedaran, sokongan dan solidariti buat semua pejuang kanser payudara. πŸŽ—οΈ

πŸ“… 3 Oktober 2026 | Sabtu
⏰ 7.00 Pagi
πŸ“ Masjid Nurul Hikmah, Wang Bintong

🏁 PILIH CABARAN ANDA
πŸ”₯ 3KM FUN RUN
πŸ”₯ 5KM FUN RUN

πŸ’° Yuran Penyertaan: RM35

🎁 Penyertaan termasuk:
πŸ‘• Baju Event
πŸ… Medal Finisher
πŸ”’ BIB
πŸ₯€ Refreshment
🎁 Peluang memenangi Lucky Draw RM1,500 Cash & Barangan Elektrik!

🚨 LAST CALL! 🚨
Pendaftaran dibuka sehingga 27 SEPTEMBER 2026 sahaja!

πŸ”— DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/BS9LyNCuHXq2Mu9p9

☎️ PERTANYAAN
YAY LEGACY
πŸ“± 017-408 3358

🩷 Satu langkah mungkin kecil, tetapi bersama-sama kita mampu membawa perubahan yang besar.

Jumpa anda di garisan permulaan! πŸƒβ€β™€οΈπŸ’¨πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨
LET’S RUN FOR A CAUSE! πŸŽ€

Daulat Tuanku Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis yang ...
17/05/2026

Daulat Tuanku

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis yang ke 83


Alhamdulillah, Kelab Belia Perpaduan Bintong bersama Kelab Belia Perpaduan Arau telah mengagihkan 100 pek juadah sahur m...
19/03/2026

Alhamdulillah, Kelab Belia Perpaduan Bintong bersama Kelab Belia Perpaduan Arau telah mengagihkan 100 pek juadah sahur melibatkan 33 buah lokasi diseluruh negeri Perlis.

Penghargaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang utama iaitu Koperasi Pembangunan Anak Perlis Berhad dalam menjayakan program ini.




09/01/2026

BERPADU BINTONG memberi sokongan penuh terhadap SHIDIE MOTOR bagi mewakili Malaysia ke Event NGO Racing Thailand Asean Super Fast di Buriram Thailand.
Kami juga mendoakan rezeki kejayaan milik kita bersama.





Address

Bintong
Kangar
01000

Telephone

+601110529897

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Perpaduan Bintong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share