Perkep Klang Selatan

Perkep Klang Selatan

Share

Pengerusi: Ybhg Puan Nasibah binti Ahmad
Timbalan Pengerusi: Ybhg Puan Khidayati binti Yusof

Photos from Polis Klang Selatan's post 28/01/2026
19/01/2026

🌷MESYUARAT AJK PERKEP IPD KLANG SELATAN BIL 1/2026🌷

Tarikh : 16/01/2026 (Jumaat)
Masa : 1500hrs hingga selesai
Tempat : Rumah PERKEP IPD Klang Selatan

▢️ Kehadiran:
1. YBhg Puan Nasibah binti Ahmad (Pengerusi PERKEP IPD Klang Selatan)

2. ⁠ASP Noriza binti Mat Yaacob (Setiausaha PERKEP IPD Klang Selatan)

3. Insp Norhaslina binti Md Nor (Pen. Setiausaha PERKEP IPD Klang Selatan)

4. (15) orang AJK PERKEP IPD Klang Selatan

▢️ MATLAMAT/OBJEKTIF :

1. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Perkep IPD Klang Selatan bagi membincangkan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Perkep (AGM) IPD Klang Selatan 2026 yang akan dilaksanakan pada 22 Jan 2026 (Khamis).

2. Pembahagian tugasan mengikut biro bagi memastikan kelancaran perlaksanaan program.

3. Objektif mesyuarat adalah untuk memupuk kerjasama antara AJK dan biro - biro. Selain itu turut menjadi platform perkongsian idea dan pendapat bagi memastikan AGM yang bakal dilaksanakan berjalan lancar , tambahan AGM kali ini merupakan mesyuarat terakhir buat YBhg Pengerusi Perkep IPD Klang Selatan.

▢️ Ulasan :
Mesyuarat berjalan lancar dan semua AJK telah memberikan komitmen yang baik sepanjang mesyuarat berlansung.

08/05/2025

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡ 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ π€π‹π‹π€π‡π˜π€π‘π‡π€πŒπ€π‡ πŠππ‹ πŸπŸ—πŸŽπŸ’πŸ—πŸ ππ€πƒπˆπ‹π€ π’π˜π”π‡π€πƒπ€ ππˆππ“πˆ π’π”π‹π€πˆπŒπ€π

CP Dato' Hussein Omar Khan, Ketua Polis Selangor dan Datin Liliyana Haryanti, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah Kpl 190492 Nadila Syuhada binti Sulaiman.

Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 35 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 11 tahun, Perkhidmatan terakhir Allahyarham di Balai Polis Pandamaran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Pemergian Allahyarhamah Kpl 190492 Nadila Syuhada binti Sulaiman merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan khususnya warga Polis Selangor. Salam takziah.

Photos from Perkep Klang Selatan's post 28/02/2025

🌸Mesyuarat AJK PERKEP Klang Selatan Bil. 1/2025🌸

Tarikh : 28/02/2025 (Jumaat)
Masa: 1030Hrs - 1200Hrs
Tempat : Rumah Perkep IPD Klang Selatan

▢️ Kehadiran
1. YBhg. Pn Ooi Ee Cheng, Pengerusi PERKEP Klang Selatan
2. ASP Nurfarahana Binti Bahaman, Setiausaha PERKEP Klang Selatan
3. Semua AJK PERKEP Klang Selatan Tahun 2025

▢️ Objektif
Sesi suai kenal di antara Pengerusi Perkep dan Barisan Biro-Biro / AJK Perkep 2025.

▢️ Agenda

1) Pembentangan Penyata Kira-Kira 2025

2) Sesi Suai Kenal Barisan BIRO PERKEP Sesi 2025-2026

3) Pembentangan Takwim BIRO PERKEP bagi tempoh Jan - Dis 2025.

▢️ Ulasan
Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Sekian, Terima Kasih.

Photos from Perkep Klang Selatan's post 09/01/2025

🎳 Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Klang Selatan 2024 🎳

🌹Tarikh : 20/12/2024 @ Jumaat
🌹Masa : 1400hrs - 1730hrs
🌹Tempat : Wangsa Bowl @ Setia City Mall, Shah Alam

▢️ Kehadiran 🎳
1. YBhg Puan Ooi Ee Cheng - Pengerusi PERKEP Klang Selatan
2. AJK PERKEP & Ahli PERKEP Klang Selatan

▢️ Objektif 🎳
1. Aktiviti PERKEP Klang Selatan bagi tahun 2024.
2. Membudayakan gaya hidup sihat dengan bersukan.

▢️ Ulasan 🎳
Aktiviti yang dirancang telah mencapai matlamat serta berjalan dengan jayanya. Program berjalan lancar.

Photos from Perkep Klang Selatan's post 08/11/2024

πŸŽ‰Karnival Keusahawanan PERKEP Klang Selatan 2024πŸŽ‰

Tarikh : 07/11/2024 (Khamis)
Masa : 0800hrs - 1500hrs
Tempat: Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan

▢️ Kehadiran 🌹
1) ACP Cha Hoong Fong (Ketua Polis Daerah Klang Selatan)
2) Supt. Kamalariffin bin Aman Shah (T/KPD Klang Selatan)
3) Puan Ooi Ee Cheng,
(Pengerusi PERKEP Daerah Klang Selatan)
4) Ahli-Ahli PERKEP IPD Klang Selatan
5) Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Klang Selatan

▢️ Tujuan 🌹
1) Memberi peluang ahli PERKEP berkecimpung dalam bidang keusahawanan di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.
2) Mencari dan menambah dana bagi tabungan PERKEP Klang Selatan melalui jualan kupon dan
sewaan tapak gerai.
3) Pelbagai menu jualan makanan, barangan kecantikan, kesihatan, pakaian serta servis terapi dan urutan juga dijalankan.
4) Aktiviti lain seperti pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak (Tabika Baitul Jannah, IPD Klang Selatan), pertandingan menganyam ketupat, β€˜puzzle mania’ dan pertandingan karaoke
menambahkan suasana ceria sepanjang karnival berlangsung.

▢️ Ulasan 🌹
Program mendapat sambutan yang baik dan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

Photos from Perkep Klang Selatan's post 06/11/2024

πŸ“šMesyuarat AJK PERKEP Klang Selatan Bil. 06/2024πŸ“š

Tarikh : 04/11/2024 @ Isnin
Masa : 1430hrs-1630hrs
Tempat : Rumah PERKEP, IPD Klang Selatan

▢️ Kehadiran🌹
1. YBhg. Puan Ooi Ee Cheng, - Pengerusi PERKEP Klang Selatan.

2. AJK PERKEP Klang Selatan Tahun 2024.

▢️ Objektif 🌹
1. Pembentangan persiapan oleh Urusetia AJK Karnival Hari Keusahawanan PERKEP 2024.

2. Sesi pembentangan AJK Persiapan Tempat Majlis Hi-Tea PERKEP & AMANITA IPD Klang Selatan 2024 yang akan diadakan pada 30/11/2024.

▢️ Agenda 🌹
1. Membincangkan persiapan oleh Biro IKS PERKEP dan persediaan setiap AJK menjelang Karnival Hari Keusahawanan PERKEP 2024.

2. Perbincangan persiapan tempat dan tentatif program bagi Majlis Hi-Tea PERKEP & AMANITA IPD Klang Selatan Bagi Tahun 2024. Majlis Hi - Tea diadakan bagi meraikan AJK PERKEP Sesi 2023/2024 yang telah bertukar dan bersara.

▢️ Ulasan🌹
Perancangan dilihat teratur dan persiapan Karnival Keusahawanan PERKEP kian rancak dengan komitmen yang diberi dari setiap AJK. Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Photos from Perkep Klang Selatan's post 19/10/2024

Aktiviti Kelas Memasak Udang Air Asam Thai & β€œBurger Mini Crispy” Anjuran Biro Rumahtangga PERKEP Klang Selatan

Tarikh : 18/10/2024 @ Jumaat
Masa : 1500 hrs - 1600 hrs
Tempat : Bilik LDP, IPD Klang Selatan

▢️ Kehadiran 🌸
1) AJK & Ahli PERKEP Klang Selatan
(Jumlah yang hadir = 30 orang)

▢️ Tujuan 🌸
1) Menambahkan pengetahuan dalam bidang memasak.
2) Menjalinkan hubungan baik di kalangan ahli PERKEP Klang Selatan.

▢️ Ulasan 🌸
Menu masakan dimasak dan dihasilkan oleh Puan Norhaida Bt Shamsuddin - Biro IKS PERKEP Klang Selatan. Majlis berjalan lancar dan teratur dengan kerjasama dan sokongan semua pihak.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Selatan
Klang
KLANG