KELAB SSM

KELAB SSM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KELAB SSM, Sports, pt 122119 kg sg sireh tambahan 1, 42000 pelabuhan klang , selangor, Klang.

Photos from KELAB SSM 's post 29/04/2026

Sesi riadah Pickleball Social Meetup anjuran Biro Sukan Kelab SSM yang berlangsung pada Khamis, 23 April | 7.00 PM – 9.00 PM di Level 15, KWC Fashion Wholesale Mall berjalan dengan lancar! πŸ™Œ

Konsep santai, friendly dan terbuka kepada semua benar-benar terasa – penuh dengan gelak tawa, semangat berpasukan dan energi positif πŸ’ͺπŸ˜„

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan suasana. Sama ada yang dah pro atau baru pertama kali cuba, semua sporting dan enjoy! πŸ‘

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi bagi mengeratkan silaturahim dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SSM.

Photos from KELAB SSM 's post 29/04/2026

Alhamdulillah 🀲

Kelab SSM dengan penuh rasa syukur telah menyempurnakan penyerahan faedah kelab Ibadah Haji kepada ahli-ahli yang bakal menunaikan rukun Islam ke-5 pada tahun ini.

Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu serta memberi sedikit sokongan dalam persiapan menuju ke Tanah Suci. Kami mendoakan agar semua bakal jemaah dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta memperoleh haji yang mabrur.

Selamat menunaikan ibadah haji dan semoga kembali dengan selamat serta penuh keberkatan.

Photos from KELAB SSM 's post 11/12/2025

KELAB SSM ANJUR JOM MANCING 2025

Selangor, 6 Disember 2025 (Sabtu) -
KELAB SSM anjur pertandingan Jom Mancing 2025 di Kampung Delek Fishing Park, Klang. Penyertaan hampir 50 orang pemancing dari Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri seluruh Malaysia.

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Aznorashiq, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia dan Penguatkuasaan) dan disaksikan bersama Encik Farid Ahmad, Presiden KELAB SSM.

KELAB SSM ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi di atas kesudian merasmikan pertandingan ini serta menceriakan suasana.

Antara jenis ikan yang dipertaruhkan adalah dari spesis Senangin Taiwan, Kerapu Tiger, Kaci dan lain-lain.

Pertandingan ini bukan sahaja mencari pemancing dengan hasil tangkapan terberat, malah dapat mengeratkan hubungan semasa pekerja serta masa bersama keluarga.

Tahniah diucapkan kepada pemenang!

27/11/2025

Jom Semua Kita Meriahkan Pertandingan Mancing SSM 2025!

6 Disember 2025 @ Kampung Delek Fishing Farm

Pelbagai Hadiah Menarik Menanti!

Photos from KELAB SSM 's post 23/11/2025

SSM DINOBAT JOHAN BOLA SEPAK DALAM KARNIVAL SUKAN KPDN 2025

Selangor, 23 November 2025 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyertai Karnival Sukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2025 yang berlangsung dari 19-21 November 2025 di Uptown Sports Bangi dan Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Sebanyak tujuh acara sukan telah disertai oleh kontinjen SSM, antaranya bola sepak, bola jaring, dart, ping pong dan bola tampar.

Dalam karnival ini, SSM telah muncul johan bagi acara bola sepak, meraih naib johan dalam acara bola jaring dan dart serta tempat ketiga bagi acara ping pong.

SSM turut meraih kedudukan tempat kedua dalam pencapaian keseluruhan yang telah diumumkan pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan KPDN ini.

Karnival ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri PDN.

Turut hadir bersama adalah Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, Dato’ Haji Amran Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha KPDN dan Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

05/11/2025

Syabas & Tahniah!

Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pegawai Eksekutif SSM telah jayanya diadakan pada 1 November 2025 bertempat di Kompleks PKNS, Kelana Jaya dengan menarik minat penyertaan 8 pasukan dengan hampir 200 pemain dari Ibu Pejabat, Pejabat Negeri dan Pejabat Cawangan.

Penghargaan dan Terima Kasih kepada YBhg. Datuk Nor Azimah serta Pengurusan Tertinggi SSM di atas kesudian merasmikan kejohanan ini serta memberi semangat kepada pemain!

Adat kejohanan ada menang ada kalah, namun tujuannya adalah satu untuk mengeratkan silaturahim di kalangan pekerja disamping mempromosikan gaya hidup sihat.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Pt 122119 Kg Sg Sireh Tambahan 1, 42000 Pelabuhan Klang , Selangor
Klang
42000