SKB FC -BeBoys FC-

SKB FC -BeBoys FC-

Share

Kelab Bola Sepak SK LKTP Belitong dikenali sebagai SKB FC -BeBoys FC-

Photos from SKB FC -BeBoys FC-'s post 05/07/2025

Kembali bersiaran!

08/07/2024

Salam Takziah.
Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.

Al Fatihah.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah kepada keluarga dan insan tersayang [En. Asyraf Rusni]. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada mereka dalam menghadapi dugaan ini. Semoga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa bersama arwah dan semoga arwah ditempatkan di Jannah. Aminnn

Arwah merupakan Bapa Tiri kepada Muhammad Irfan, pemain Bola Sepak daripada pasukan Malay Village Lions FC, yang banyak membantu pasukan dari sudut kewangan dan pengurusan, sumbangan bakti arwah amat besar dan dihargai. Kami daripada pihak MSSD BOLA SEPAK Kluang mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah, al fatihah.

07/07/2024

Salam Maal Hijrah.

Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha untuk membaiki diri untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

06/07/2024

Appreciation post.

Awish The Kapitan.

Send a message to learn more

06/07/2024

Grassroots Football is all about respect, love, happiness and fun!

Football. Everyone can play.

🥰

04/07/2024

Alhamdulillah. Berakhir sudah Kejohanan Bola Sepak B12 MSSD Kluang yang bertempat di SK Lelaki Bandar selaku venue utama kejohanan.

Rezeki tahun ini bersaing sehingga ke peringkat suku akhir sahaja setelah tewas di tangan pasukan SK Dato' Onn Jaafar (SKDOJ). Tahniah buat SKDOJ Panthers FC yang telah dinobatkan Juara MSSD Kluang untuk edisi 2024.

Banyak perkara yang perlu dibaiki dalam permainan seperti 'basics football' dan sebagainya. Pasukan ini baru dibina semula sejak tahun lepas dan akan melalui pelbagai fasa naik & turun dalam proses seterusnya.

insha-Allah, kejohanan ini akan menjadi batu loncatan buat The Boys untuk terus meningkatkan prestasi bagi siri-siri kejohanan yang akan datang.

Terima kasih buat pentadbir dan guru yang memberikan sokongan moral dan tenaga kepada pasukan ini, ibu bapa yang mendoakan anak-anak dan sudi menyumbangkan keperluan buat anak-anak untuk kejohanan kali ini. Semoga segala usaha kita tidak terhenti di sini. More to come, insha-Allah!

01/06/2024

Alhamdulillah.

Terima kasih Kelab Bolasepak SK Felda Kahang Barat kerana sudi bertandang ke Belitong. Minta maaf atas segala kekurangan. Diharapkan SKFKB tidak serik untuk terus berkolaborasi dengan SKB.

Apa yang penting, semangat kesukanan dapat dipupuk dalam kalangan murid dan membina perhubungan persahabatan yang baharu.

Terima kasih kepada ibu bapa baik dari pihak SKFKB dan SKB di atas sokongan yang telah diberikan kepada anak-anak.

Semoga bakat-bakat murid terus berkembang dalam sukan bola sepak.

Terima kasih!

31/05/2024

Ready for action Boys!

Friendly Match SKB FC vs Kelab Bolasepak SK Felda Kahang Barat .

Enjoy the game. Let's raise together.

Everyone can play football!

Photos from SKB FC -BeBoys FC-'s post 30/05/2024

Tanpa kapsyen.

27/05/2024

Dah bersedia semua?


27/04/2024

27 APRIL 2024 | SABTU

Alhamdulillah, berakhir sudah Kejohanan 9 Sebelah anjuran SK Seri Kampung Tengah, Kluang.

Banyak perkara yang boleh belajar dari perlawanan kali ini terutama sekali dari segi keupayaan teknikal dan taktikal para pemain.

Dua perkara yang ketara selepas beberapa siri kejohanan terbuka yang telah disertai adalah keupayaan pemain dalam mengekalkan stamina dan mentaliti untuk bersaing dengan lawan yang mempunyai keupayaan teknikal yang lebih hebat.

Kesemua pemain dapat mengekalkan disiplin dan taktikal yang telah diterapkan. Suatu cabaran yang agak sukar untuk terus konsisten dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Namun, semua dapat diadaptasi dengan baik. Begitulah pentingnya minit permainan dan pendedahan pengalaman di atas padang.

Naib Johan kategori Bowl. Itulah rezeki bagi kejohanan kali ini. Pemain telah berusaha sehabis baik. Itulah yang paling penting.

Tahniah Boys! Terima kasih ibu ayah, penyokong ke-12 yang sentiasa setia! Terima kasih penganjur!



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kluang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

SK LKTP Belitong, Jalan Cemara, Felda Bukit Tongkat
Kluang
86000