Dalam latihan perlu istiqomah ,
Baru dapat jadi .
Dalam latihan perlu tertib ,
Baru dapat faham .
Dalam latihan perlu kenal ,
Baru dapat senang .
Dalam latihan perlu semangat ,
Baru dapat sungguh .
Gayang 5 Kluang
Gelanggang virtual aktiviti silat gayang 5 kluang
18/05/2026
SATU SEMBILAN TUJUH LAPAN .
Tahun 1978.
Allahyarham Pak Atan Air batu bersama beberapa anak murid beliau termasuk Pak Long Mat Kecik pergi bertemu Allahyarham Chu Aman dan Allahyarham Pak Sani.
Tujuannya satu…
memohon restu untuk membawa nama Seni Lian Gayang Lima berkembang di Kluang.
Dari situlah bermulanya perjalanan Gayang Lima di bumi Kluang.
Gerakku , Gerak kesepaduan ,
Lapan senjata asahannya ,
Tertakluk akal fikiran ,
Budi bicara yang sempurna .
Tak dipuja tapi dihargai .
13/05/2026
GOOD VIBES ONLY .
Sejak sejak video perkongsian GELEK kami menjadi bualan ramai diruangan ini ,
Kami baca setiap pendapat dan pandangan peribadi tuan tuan yang di lontarkan ,
Kami hormat dengan semua pandangan dan pendapat yang diberi .
Hari ini kami cuba menerangkannya sehabis baik dengan pelbagai sangkaan yang cuba dimainkan ,
Tetapi sayang ada setengahnya tetap merasa kami memperlekehkannya ,
Dan semakin kami menerangkannya dengan baik semakin seperti mencurahkan minyak pada api .
Disebalik itu p**a ramai yang baik baik ,
Ada sebahagiannya menerima dengan baik ,
Ada sebahagiannya menyokong dengan penuh ,
Ada sebahagian mendapat faham apa yang kami sampaikan ,
Dan ada sebahagiannya berterima kasih atas perkongsian kami .
Kami sangat gembira dengan maklum balas sebahagian orang orang yang faham mesej perkongsian kami ,
Mereka faham tanpa perlu berdebat ,
Mereka mengerti tanpa perlu membalas ,
Mereka raikan perkongsian kami dengan elok ,
Mereka gembira dengan usaha kecil kami yang tak seberapa ini ,
Terima kasih kami ucapkan kepada sebahagian orang orang ini .
Jadi diruangan yang kami cipta ini kami mahu lahirkan vibes positif bukannya negatif ,
Jika kamu mahu memburukkan keadaan ,
Dengan memprovokasi perkongsian kami ,
Kamu tak di alu-alukan untuk hadir diruangan kami ini ,
Silakan kamu beralih diruangan yang lain .
Kami akan bersihkan semua jenis vibes negetif ,
Kepada vibes negetif terima kasih sudi hadir diruangan kami buat seketika ini .
Selamat tinggal vibes negetif !
Seni Lian Gayang Lima Kluang : Dari Restu Guru ke Generasi Baru
“ Selagi ada anak muda / murid yang menjaga adab dan ilmu pada guru , selagi itu warisan Gayang Lima akan terus hidup .”
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memberi pendapat dan pandangan ,
Terima kasih kepada yang sudi menyokong usaha kecil kami ,
Kami hargai setiap kata kata ,
Dan kami hargai semuanya .
11/05/2026
CHECK AND BALANCE ,
Berlatih digelanggang adalah latihan semak dan imbang pada pelajar yang akan menentukan seseorang dah bersedia atau tidak untuk pelajaran seterusnya .
LATIHAN SETIAP ISNIN DAN SELASA
JAM 8.30PM - 10.30PM .
Kau tak ada partner nak training ?
Tak ada masalah ,
Dekat mana mana pun kau boleh training ,
intinya Kau nak dengan tak nak sahaja !
Ok ? Dapat sesuatu ?
Andai kata kau malas training berdiri ,
Atau tak mampu untuk berdiri ,
Atau semangat sudah hilang ,
Kau boleh training duduk !
Tak ada masalah pun ,
Cari semula semangat kau yang dah lama hilang !
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
NO 1, TINGKAT, 2, Jalan Aman 1, Taman Aman, Kluang Darul Ta'zim
Kluang
86000