20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M
Maaf Zahir dan Batin
Buat seluruh keluarga Southern Group Familia, semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin. Andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan dan kebersamaan kita, dengan rendah hati kami memohon ampun dan maaf.
Pergi ke kebun memetik kelapa,
Singgah sebentar di tepi perigi.
Syawal tiba penuh bahagia,
Salam Aidilfitri ikhlas diberi.
Anak kampung turun ke kuala,
Singgah sebentar membeli ketupat.
Andai ada tersilap kata,
Maaf dipohon penuh hormat.
Ikhlas daripada kami untuk seluruh Southern Group Familia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. πβ¨
01/03/2026
Kalini kami cuba Ramadan Camp di kawasan TER Sg. Temiggol, Kahang, Johor. Lokasi ni memang terbaik untuk yang nak camping solo atau bersama family. Untuk yang kaki hammock pun sangat sesuai β suasana tenang dan nyaman.
Kemudahan yang ada:
β’ Bilik air disediakan
β’ Line Maxis dan Celcom ok
β’ Ada sungai untuk mandi
β’ Suasana malam sangat tenang dan damai
Mohon kerjasama semua untuk bawa balik sampah masing-masing, kerana tong sampah tidak disediakan. Jaga kebersihan supaya kawasan ini kekal cantik.
β οΈ Peringatan penting:
Kawasan ini adalah hutan simpan kekal, jadi sila dapatkan permit terlebih dahulu.
β’ Harga permit bermalam: RM10 seorang / semalam
β’ Kanak-kanak bawah 12 tahun dan OKU: Percuma
β’ Permit boleh dipohon dan dibayar di Pejabat Hutan berhampiran Caltex Kahang
Selamat bercamping dan semoga dapat menikmati suasana alam yang indah. πποΈ
20/02/2026
Taman Eko Rimba Gunung Belumut | Solo Camping | SGF UNDERGROUND
Taman Eko Rimba Gunung Belumut | Solo Camping | SGF UNDERGROUND
Menyatu dengan alam.Mini camp meet bersama group SGF UNDERGROUND di gunung belumut kluang johor.Sungai jernih kawsan pn bersih kepada korang yang belum sampa...
18/02/2026
Salam Southern Group Familia semua πβ¨
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak π€²
Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan, dilimpahi rahmat, diampunkan dosa, dan dipermudahkan segala urusan kita semua.
Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa, beribadah, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita β€οΈ
14/02/2026
Selamat malam geng semua πβ¨
Arini geng SGF makan angin kat Soujern Escape. Layan santaiΒ² jerβ¦ rehatkan minda, hirup udara segar, gelak ketawa sama-sama π€πΏ
09/02/2026
Layan geng..
CampingStory07 | Deru Alam Campsite | Kampung Esok | Negeri Sembilan.
Tak kan mengecewakan korang kalau camping dekat DERU ALAM CAMPSITE ni, Suasana dusun dan tenang bunyi air sungai yang mengalir kabus tebal setiap pagi.Korang...
09/02/2026
Kami lari seketika dari kesibukan kerjaβ¦ πΏπ
Luangkan masa menikmati setiap detik bersama kawan-kawan π€
Kali ini 2H1M di Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang, Johor ποΈ
Ada yang setup khemah βΊ, ada yang santai guna hammock π β bebas ikut gaya masing-masing, janji happy! π
Aktiviti utama:
π¦ Mandi sungai
π Santai menikmati keindahan alam
π₯ Borak-borak santai eratkan ukhwah
Terima kasih pada semua yang join SGFU Santai Solo kali ini π
InsyaAllah pasti ada lagi program selepas iniβ¦ tunggu ya! π
Pada yang ingin menyertai komuniti Southern Group Familia, boleh follow kami di sini atau di TikTok: sgf.underground π²