19/10/2025
πΉ Latihan Mingguan & Hubungan Bersama Ibu Bapa
Alhamdulillah, latihan mingguan SAFC yang dijalankan di Padang Ragbi dan Stadium Kluang telah selesai dilaksanakan dengan baik. Kehadiran pemain yang bersemangat serta komitmen jurulatih memastikan setiap sesi berjalan lancar dan menyeronokkan β½π₯
Sokongan berterusan daripada ibu bapa dan penjaga merupakan satu rezeki besar buat kami di SAFC. Kehadiran mereka di tepi padang, bantuan tenaga, serta doa yang tidak putus menjadi sumber kekuatan kepada seluruh pasukan. ππͺ
Dalam SAFC, kami percaya bahawa hubungan komunikasi dua hala antara jurulatih dan ibu bapa sangat penting. Ia membantu dalam memahami keperluan pemain dan memastikan perkembangan mereka berada di landasan yang betul.
Selain itu, satu sesi perbincangan bersama ibu bapa turut diadakan bagi membincangkan beberapa aktiviti akan datang, termasuklah peranan kecil yang boleh sama-sama dimainkan bagi membantu kelancaran pengurusan pasukan. π€
Bagi kami di SAFC, bola sepak bukan sekadar sukan. Ia adalah medan untuk membina disiplin, semangat berpasukan, tanggungjawab dan jati diri anak-anak sejak usia muda. π±β½
Terima kasih kepada semua yang terus menyokong perjalanan kecil kami ini.
05/10/2025
Part 2: Karnival bola sepak PIALA YDP PIBG SETMAS 2025
05/10/2025
πΈβ½β¨ KARNIVAL BOLA SEPAK PIALA YDP PIBG SETMAS 2025 β¨β½πΈ
Pada 4 Oktober 2025, Padang Sekolah Lelaki Bandar telah menjadi saksi kepada kehangatan Karnival Bola Sepak Piala YDP PIBG SETMAS 2025 yang penuh dengan semangat, sorakan dan momen indah!
π― Tujuan utama penganjuran karnival ini adalah untuk melahirkan bakat-bakat muda bola sepak, mengukuhkan pembangunan akar umbi serta menyemai semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam kalangan anak-anak.
πΉ Kategori & Pasukan yang terlibat:
π Tahap 1 (6β9 tahun)
Bat Boy FC | Harimau Muda FC | The Satria FC | Singa Cilik FC | Wira Muda FC
π Tahap 2 (10β12 tahun)
Thunderkids FC | TMJFT (Tunku Mahmood Junior Football Team) | The Eagle FC | Cheetah FC | Titans United FC
π‘ Istimewanya, pengurus pasukan terdiri daripada kalangan ibu bapa yang berani menyahut cabaran menguruskan anak-anak pasukan masing-masing. Tahniah buat semua ibu bapa yang bukan sahaja menyokong dari tepi padang, tetapi turut sama menghidupkan suasana kejohanan ini. π
π₯ Keputusan Akhir:
Juara Tahap 1: Bat Boy FC( Piala Pusingan YDP PIBG SETMAS 2025)
Juara Tahap 2: Thunderkids FC (Piala Pusingan YDP PIBG SETMAS 2025)
π₯ Sepanjang kejohanan, pelbagai momen berharga tercipta β ada sorakan penuh semangat, wajah kecewa saat tewas, detik-detik lucu yang menghiburkanβ¦ semuanya menjadi kenangan indah buat anak-anak kita!
π Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Coach Azlan selaku Ketua Pengelola Kejohanan, dibantu oleh Coach Firdaus, atas usaha gigih memastikan perjalanan kejohanan lancar dan meriah.
π΄ Selain bola sepak, karnival ini turut dimeriahkan dengan jualan makanan dan minuman, di mana hasilnya digunakan bagi menjana dana akademi untuk program pembangunan masa depan.
π Setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Ridwan bin Bidin, YDP PIBG SETMAS, yang telah menaja Piala kejohanan kali ini sebagai tanda sokongan padu terhadap pembangunan bola sepak di sekolah.
β¨ Secara keseluruhannya, karnival ini bukan sahaja menjadi pentas pertandingan, tetapi juga wadah kekeluargaan,semangat setiakawan dan pembinaan jati diri. Syabas buat semua pemain,ibu bapa,guru dan warga sekolah!
29/09/2025
Aktiviti hujung minggu..Latihan π
29/09/2025
π₯ Tahniah Pasukan Skrin & pemain SAFC! π₯
Beberapa pemain SAFC telah bergabung bersama Pasukan Skrin dalam Piala Pojek di bawah bimbingan Coach Firdaus. Hasil semangat juang & kerjasama mantap, pasukan berjaya raih tempat ke-4 terbaik! πβ½
Penglibatan pemain SAFC membuktikan bakat mereka mampu bersaing di pentas lebih besar. πͺβ¨
Terus maju, terus berjuang SAFC tiada jurang, semua satu keluarga! π
13/09/2025
π SAFC | Semangat Keluarga π
Hari ini SAFC meraikan kehadiran adik Faiq di padang walaupun beliau masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan tangan kerana terjatuh.
Lebih istimewa, seluruh warga SAFC turut sama meraikan hari ulang tahun Faiq ππ₯³
Semoga Faiq cepat sembuh & kembali beraksi di padang bersama rakan-rakan dengan lebih kuat dan bersemangat! πͺβ½
06/09/2025
PROGRAM KAPTEN LATIHAN SAFC
Di Sonic Academy Football Club (SAFC), setiap sesi latihan bukan sekadar tempat mengasah kemahiran bola sepak, malah ia adalah ruang untuk melahirkan pemimpin muda.
Melalui Program Kapten Latihan, pemain akan diberi peluang menjadi ketua pasukan pada setiap sesi. Rotasi ini memberi peluang sama rata kepada semua ahli untuk:
β½ Mengasah keyakinan diri
β½ Belajar memimpin rakan sepasukan
β½ Membina disiplin dan rasa tanggungjawab
β½ Mengukuhkan semangat kerjasama
Program ini bukan sahaja melahirkan pemain yang hebat di padang, tetapi juga membina pemimpin yang matang, berkarisma dan berwawasan dalam kehidupan.
Di SAFC, kami percaya setiap pemain adalah seorang kapten dalam proses pembelajaran mereka sendiri.
04/09/2025
Ucapan Tahniah & Penghargaan
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain Sonic Academy Football Club (SAFC) yang telah mengambil bahagian dalam acara olahraga Sukan Sekolah tahun ini.
Kepada yang berjaya meraih kemenangan tahniah, usaha anda membuahkan hasil dan kejayaan itu adalah bukti ketekunan serta semangat juang yang tinggi. Anda telah mengharumkan nama SAFC dengan penuh kebanggaan.
Namun, kepada rakan-rakan yang mungkin belum berjaya kali ini , ketahuilah kekalahan bukan bererti kegagalan. Setiap peluh yang dititiskan tetap menjadikan anda juara di mata kami.
Ingatlah, SAFC berdiri atas semangat keluarga. Kita menang bersama, kita kalah bersama dan kita terus belajar bersama.
Kerana di SAFC⦠kita bukan sekadar bola, kita adalah semangat yang tidak pernah padam!
Tahniah sekali lagi kepada semua anda adalah kebanggaan kami!
Pengurusan SAFCπ«‘π€
04/09/2025
Thank you Sabiq and family for stopping by our sponsorship partner to claim a 10% discount with every purchase. born appetite... π«Άπ»π«Άπ»
*co sponsored
Papa Kitchen Kluang
Dapo Abang Lan
03/09/2025
10 % disc at PAPA KITCHEN & DAPO ABG LAN when showing official id n official members card.. ππ
01/09/2025
Sonic Academy Football Club (SAFC) diwujudkan sebagai satu platform pembangunan akar umbi bola sepak untuk anak-anak yang benar-benar berminat bermain bola, tetapi mungkin tidak berpeluang mewakili sekolah atau tiada tempat untuk berlatih secara konsisten.
Di SAFC, setiap pemain dibimbing dengan teknik yang betul, latihan yang teratur dan disiplin yang membina karakter. Konsepnya sama seperti kelas tuisyen akademik jika tuisyen membantu pelajar meningkatkan pencapaian pelajaran, SAFC p**a menjadi tuisyen bola sepak bagi menggilap bakat dan minat anak-anak dalam sukan.
Namun, SAFC bukan sekadar bola.
Di sini, anak-anak belajar erti kerjasama, disiplin, keyakinan diri, menghormati orang lain dan berjuang demi impian.
SAFC percaya setiap anak ada potensi. Dengan ruang, peluang dan bimbingan yang betul, mereka boleh berkembang daripada seorang pemain biasa menjadi pemain luar biasa, malah menjadi insan yang lebih baik.
SAFC Tempat Bermula, Impian Dibina.