Sonic Academy Football Club - SAFC

Sonic Academy Football Club - SAFC

Share

academy football club grass root and development program

Photos from Sonic Academy Football Club - SAFC's post 19/10/2025

πŸ”Ή Latihan Mingguan & Hubungan Bersama Ibu Bapa

Alhamdulillah, latihan mingguan SAFC yang dijalankan di Padang Ragbi dan Stadium Kluang telah selesai dilaksanakan dengan baik. Kehadiran pemain yang bersemangat serta komitmen jurulatih memastikan setiap sesi berjalan lancar dan menyeronokkan ⚽πŸ”₯

Sokongan berterusan daripada ibu bapa dan penjaga merupakan satu rezeki besar buat kami di SAFC. Kehadiran mereka di tepi padang, bantuan tenaga, serta doa yang tidak putus menjadi sumber kekuatan kepada seluruh pasukan. πŸ™πŸ’ͺ

Dalam SAFC, kami percaya bahawa hubungan komunikasi dua hala antara jurulatih dan ibu bapa sangat penting. Ia membantu dalam memahami keperluan pemain dan memastikan perkembangan mereka berada di landasan yang betul.

Selain itu, satu sesi perbincangan bersama ibu bapa turut diadakan bagi membincangkan beberapa aktiviti akan datang, termasuklah peranan kecil yang boleh sama-sama dimainkan bagi membantu kelancaran pengurusan pasukan. 🀝

Bagi kami di SAFC, bola sepak bukan sekadar sukan. Ia adalah medan untuk membina disiplin, semangat berpasukan, tanggungjawab dan jati diri anak-anak sejak usia muda. 🌱⚽

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong perjalanan kecil kami ini.

Photos from Sonic Academy Football Club - SAFC's post 05/10/2025

Part 2: Karnival bola sepak PIALA YDP PIBG SETMAS 2025

Photos from Sonic Academy Football Club - SAFC's post 05/10/2025

πŸ“Έβš½βœ¨ KARNIVAL BOLA SEPAK PIALA YDP PIBG SETMAS 2025 βœ¨βš½πŸ“Έ

Pada 4 Oktober 2025, Padang Sekolah Lelaki Bandar telah menjadi saksi kepada kehangatan Karnival Bola Sepak Piala YDP PIBG SETMAS 2025 yang penuh dengan semangat, sorakan dan momen indah!

🎯 Tujuan utama penganjuran karnival ini adalah untuk melahirkan bakat-bakat muda bola sepak, mengukuhkan pembangunan akar umbi serta menyemai semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam kalangan anak-anak.

πŸ”Ή Kategori & Pasukan yang terlibat:
πŸ† Tahap 1 (6–9 tahun)
Bat Boy FC | Harimau Muda FC | The Satria FC | Singa Cilik FC | Wira Muda FC

πŸ† Tahap 2 (10–12 tahun)
Thunderkids FC | TMJFT (Tunku Mahmood Junior Football Team) | The Eagle FC | Cheetah FC | Titans United FC

πŸ’‘ Istimewanya, pengurus pasukan terdiri daripada kalangan ibu bapa yang berani menyahut cabaran menguruskan anak-anak pasukan masing-masing. Tahniah buat semua ibu bapa yang bukan sahaja menyokong dari tepi padang, tetapi turut sama menghidupkan suasana kejohanan ini. πŸ™Œ

πŸ₯‡ Keputusan Akhir:

Juara Tahap 1: Bat Boy FC( Piala Pusingan YDP PIBG SETMAS 2025)

Juara Tahap 2: Thunderkids FC (Piala Pusingan YDP PIBG SETMAS 2025)

πŸ”₯ Sepanjang kejohanan, pelbagai momen berharga tercipta – ada sorakan penuh semangat, wajah kecewa saat tewas, detik-detik lucu yang menghiburkan… semuanya menjadi kenangan indah buat anak-anak kita!

πŸ‘ Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Coach Azlan selaku Ketua Pengelola Kejohanan, dibantu oleh Coach Firdaus, atas usaha gigih memastikan perjalanan kejohanan lancar dan meriah.

🍴 Selain bola sepak, karnival ini turut dimeriahkan dengan jualan makanan dan minuman, di mana hasilnya digunakan bagi menjana dana akademi untuk program pembangunan masa depan.

πŸ† Setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Ridwan bin Bidin, YDP PIBG SETMAS, yang telah menaja Piala kejohanan kali ini sebagai tanda sokongan padu terhadap pembangunan bola sepak di sekolah.

✨ Secara keseluruhannya, karnival ini bukan sahaja menjadi pentas pertandingan, tetapi juga wadah kekeluargaan,semangat setiakawan dan pembinaan jati diri. Syabas buat semua pemain,ibu bapa,guru dan warga sekolah!

Photos from Sonic Academy Football Club - SAFC's post 29/09/2025

Aktiviti hujung minggu..Latihan 😊

Photos from Sonic Academy Football Club - SAFC's post 29/09/2025

πŸ”₯ Tahniah Pasukan Skrin & pemain SAFC! πŸ”₯

Beberapa pemain SAFC telah bergabung bersama Pasukan Skrin dalam Piala Pojek di bawah bimbingan Coach Firdaus. Hasil semangat juang & kerjasama mantap, pasukan berjaya raih tempat ke-4 terbaik! πŸ†βš½

Penglibatan pemain SAFC membuktikan bakat mereka mampu bersaing di pentas lebih besar. πŸ’ͺ✨

Terus maju, terus berjuang SAFC tiada jurang, semua satu keluarga! πŸ’™

Photos from Sonic Academy Football Club - SAFC's post 13/09/2025

πŸŽ‰ SAFC | Semangat Keluarga πŸŽ‰

Hari ini SAFC meraikan kehadiran adik Faiq di padang walaupun beliau masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan tangan kerana terjatuh.

Lebih istimewa, seluruh warga SAFC turut sama meraikan hari ulang tahun Faiq πŸŽ‚πŸ₯³

Semoga Faiq cepat sembuh & kembali beraksi di padang bersama rakan-rakan dengan lebih kuat dan bersemangat! πŸ’ͺ⚽

Photos from Sonic Academy Football Club - SAFC's post 06/09/2025

PROGRAM KAPTEN LATIHAN SAFC

Di Sonic Academy Football Club (SAFC), setiap sesi latihan bukan sekadar tempat mengasah kemahiran bola sepak, malah ia adalah ruang untuk melahirkan pemimpin muda.

Melalui Program Kapten Latihan, pemain akan diberi peluang menjadi ketua pasukan pada setiap sesi. Rotasi ini memberi peluang sama rata kepada semua ahli untuk:
⚽ Mengasah keyakinan diri
⚽ Belajar memimpin rakan sepasukan
⚽ Membina disiplin dan rasa tanggungjawab
⚽ Mengukuhkan semangat kerjasama

Program ini bukan sahaja melahirkan pemain yang hebat di padang, tetapi juga membina pemimpin yang matang, berkarisma dan berwawasan dalam kehidupan.

Di SAFC, kami percaya setiap pemain adalah seorang kapten dalam proses pembelajaran mereka sendiri.


Photos from Sonic Academy Football Club - SAFC's post 04/09/2025

Ucapan Tahniah & Penghargaan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain Sonic Academy Football Club (SAFC) yang telah mengambil bahagian dalam acara olahraga Sukan Sekolah tahun ini.

Kepada yang berjaya meraih kemenangan tahniah, usaha anda membuahkan hasil dan kejayaan itu adalah bukti ketekunan serta semangat juang yang tinggi. Anda telah mengharumkan nama SAFC dengan penuh kebanggaan.

Namun, kepada rakan-rakan yang mungkin belum berjaya kali ini , ketahuilah kekalahan bukan bererti kegagalan. Setiap peluh yang dititiskan tetap menjadikan anda juara di mata kami.

Ingatlah, SAFC berdiri atas semangat keluarga. Kita menang bersama, kita kalah bersama dan kita terus belajar bersama.
Kerana di SAFC… kita bukan sekadar bola, kita adalah semangat yang tidak pernah padam!

Tahniah sekali lagi kepada semua anda adalah kebanggaan kami!

Pengurusan SAFC🫑🀝

04/09/2025

Thank you Sabiq and family for stopping by our sponsorship partner to claim a 10% discount with every purchase. born appetite... 🫢🏻🫢🏻






*co sponsored
Papa Kitchen Kluang
Dapo Abang Lan

03/09/2025

10 % disc at PAPA KITCHEN & DAPO ABG LAN when showing official id n official members card.. πŸ‘πŸ‘

Photos from Sonic Academy Football Club - SAFC's post 01/09/2025

Sonic Academy Football Club (SAFC) diwujudkan sebagai satu platform pembangunan akar umbi bola sepak untuk anak-anak yang benar-benar berminat bermain bola, tetapi mungkin tidak berpeluang mewakili sekolah atau tiada tempat untuk berlatih secara konsisten.

Di SAFC, setiap pemain dibimbing dengan teknik yang betul, latihan yang teratur dan disiplin yang membina karakter. Konsepnya sama seperti kelas tuisyen akademik jika tuisyen membantu pelajar meningkatkan pencapaian pelajaran, SAFC p**a menjadi tuisyen bola sepak bagi menggilap bakat dan minat anak-anak dalam sukan.

Namun, SAFC bukan sekadar bola.
Di sini, anak-anak belajar erti kerjasama, disiplin, keyakinan diri, menghormati orang lain dan berjuang demi impian.

SAFC percaya setiap anak ada potensi. Dengan ruang, peluang dan bimbingan yang betul, mereka boleh berkembang daripada seorang pemain biasa menjadi pemain luar biasa, malah menjadi insan yang lebih baik.

SAFC Tempat Bermula, Impian Dibina.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kluang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Kluang
86000